26 April 2009

hati yang mati~




Tanda-tanda hati mati Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

  • Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
  • Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
  • Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
  • Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
  • Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
  • Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
  • Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
  • Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
  • Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
  • Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

manusia zahirnya bersih dan baik..
namun, andai dibiarkan hatinya kotor dan busuk dek kelalaian duniawi maka hatinya akan mati..

"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."
(Hadis riwayat Ibn Majah)



mengapa hati kita mati??

Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah. Allah berfirman bermaksud:

"Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata."
(Surah al-Zumar ayat 22)


  • Hubbul dunia (kasihkan dunia)
  • Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
  • Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

dibuai, dihanyut kesoronokan sementara menyebabkan diri manusia alpa. keseronokan yang zahirnya nampak sedikit kesannya, tapi besar impaknya apabila tidak dikawal dan dihindar. akhirnya, antara sedar atau tidak, hati telah mati tanpa kita sedari.

setiap penyakit ada penawar..

hidupnya hati kerana tiga :

  • Zuhud dengan dunia
  • Zikrullah
  • "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd ayat 28)
  • Bergaul atau berkawan dengan orang yang mukmin

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


aduhai diri..

tatkala sedari hati kita mati..

cepat-cepatlah beristighfar supaya menyedari..

tak guna kita mengendahkannya lagi..

masih ada waktu untuk kita menyesali..

supaya diri lebih diredhai..

marilah sama-sama perbaiki diri..

sedangkan batu yang keras lagi ditembusi..

apatah lagi sekeping hati..

yang takutkan allah rabbul izzati..

"Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan."
(Surah al-Baqarah ayat 74)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

wassalam



kredit: iluvislam
diolah: husna tawfiq


2 comments:

-li.zue- said...

huwaa..
bagus post cik husna!
terasa2.. hamba yg lemah btol..
bg kesedaran.. better late than never..
dah lama tak dgr tazkirah~

ko dpt matrix melaka gak eyh?

NourlHousna Tawfiq said...

~siti zue

sob3,..

aku dapat matrik melaka..
pegi sana dulu rsnya..