13 April 2009

Melengahkan Solat~

Salam..
peringatan buat diriku yang sering lagho dan hina ini..
moga dibukakan hati kami dan ditetapkan iman..
jadikanlah kami hamba-hambaMu yg soleh-solehah..
moga hari esok lebih baik dari hari ini

Azab Melengah-lengahkan Sembahyang
Azab Di Dunia
-Hidup tidak dirahmati
-'Nur' pada wajah akan pudar
-Tidak menerima pahala walaupun bagi amalan yang baik
-Doa tidak dimakbulkan
-Tidak mendapat doa daripada orang yang soleh

Azab Ketika Hendak Mati
-Mati dalam keadaan aib
-Mati dalam kelaparan
-Mati dalam keadaan terlampau dahaga. Jika selautan air pun diberi, masih tidak mampu
menghilangkan rasa haus tersebut

Azab Dalam Kubur
-Dihimpit oleh bumi sehingga tulang berceramuk
-Dihidupkan dalam api kubur sehingga berguling-guling kepanasan
-Dilepaskan ular besar yang berkuku panjang dan tajam ke arahnya

Azab Selepas Kebangkitan
-Hisab dan hukuman ke atasnya amat keras
-Dicampak ke dalam api neraka dalam keadaan hina.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Perintahkanlah anak-anakmu bersembahyang apabila mereka berusia tujuh tahun, dan rotanlah mereka jika masih berlengah-lengahkannya semasa mereka berusia 10 tahun."

mari sama-sama perbaiki mutu solat kita.

kredit: sumber buletin friendster~siti fatimah ismail

No comments: