25 October 2009

mahabbah antara kita~

 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah  بسم الله الرحمن الرحيم


Insan dicipta untuk berkasih sayang. Allah jua amat suka andai dua orang itu bertemu dan mereka berkasih sayang kerana Allah. Kasih sayang yang terjalin itu membentuk satu ikatan yang amat kuat. Ikatan itu bukanlah ikatan yang dimurkai Allah yakni hubungan antara seorang adam dan seorang hawa tanpa ikatan yang sah. Namun, sebuah ikatan ukhuwwah yang dibina atas dasar persahabatan yang utuh. Resam kehidupan itu selalu menyaksikan ukhuwwah itu mulai longgar.
Mulalah air mata manusia mengalir dek kesedihan. Hati manusia mula gundah dek keresahan. Manusia jua mula akan sedar kekhilafannya dek kelemahan diri. Lantas manusia mula mencari dan bertanya "apakah kesalahan diri ini?''. Manusia terlupa yang selama ini, hatinya sering merasakan yang dia mampu untuk membaiki setiap kesalahan yang pernah dilakukannya. Namun manusia alpa untuk berdoa dan meminta pada Allah Yang Maha Mendengar. Mungkin badai yang menghentam ukhuwwah itu dihantar untuk mengukuhkan lagi tembok persahabatan.
Setiap kali pertemuan dan persahabatan yang dijalin dalam hidup pasti akan wujud masalah dan musykilah. Tanpa manusia sedar, kasih sayang telah dibajai di dalam hati menjadikan bunga ukhuwah itu makin mekar mewangi. Malahan, ada doa untuk kita sama-sama amalkan agar ukhuwah persahabatan mahupun mahabbah kekeluargaan antara kita semakin erat dan kukuh.
Doa Pelembut Hati~


Surah Thoha ayat 1-5

  • Sejarah ayat ini adalah ayat yang dibacakan oleh adik Saidina Umar sewaktu beliau masih belum memeluk Islam. Saat beliau mendengar bacaan adiknya, sepanas-panas hati seseorang pemimpin yang digeruni menjadi sejuk dan lembut lantas terus memeluk agama Islam dek terpana dengan keindahan kalam Allah.
Doa Penguat Ukhuwah~
Doa Rabithah
اللّهم اِنّكَ تَعلم اَنّ هَذِهِ القُلُوبِ قَدِ اجْتَمَعَت عَلىَ مَحَبَّتِك وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِك ؛ وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ ؛ وَتَعَاحَدَتْ عَلَى نَصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ ؛ فوثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا [×3 ] وَأَدِم وُدَّهَا وَحْدِهَا سُبُلَهَا وَاٌمْلَأَهَا بِنُورِكَ الّذِي لَا يَخْبُوا وَاُشْرَحْ صُدُورَهَا بِفَيْضِ الاءِيْمَانِ بِكَ ؛ وَجَمِيلِ تَوَكُّلِ عَلَيْهَا بِمَعْرِفَتِكَ ؛ وَأَمِتْهَــــا عَلَى الشّهَادَةَ فِي سَبِيلِك ؛ إِنّكَ نِعْمَ المَوْلَى وَ نِعْمَ النصير ؛ اللّهم آمين ؛ صلّى اللّهم عَلَى سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارِك وَسَلِّمُ
Setiap kali sebelum baca, bayangkan muka orang itu dan boleh juga disebut namanya sekali. Baca doa rabithah tersebut, dan apabila tiba ayat فوثق اللهم رابطتها...... fawaththiqillahummarabitotaha, diulang sebanyak tiga kali. Sebaik-baiknya dibaca selepas setiap kali solat. Atau boleh juga dibaca sewaktu membaca Al-Mathurat.
Manusia itu adalah gambaran si penulis yang penuh dengan kelemahan dan sering melakukan kesilapan. Sejuta kemaafan buat semua yang prnah mengenali diri ini dan pernah disakiti hatinya kerana perbuatan saya. Hanya mampu saya memohon ampun dan maaf atas segalanya. Selebihnya, hanya pada Allah saya memohon agar segala kerahmatan dilimpahkan buat semua.
Mungkin selepas ini takkan pernah kita berjumpa lagi. Moga Allah pertemukan kita di syurgaNya kelak.
أنا متـأسفة
أحبكم في اللـــــــه

1 comment:

al-bagani said...

huhu..hayati maksud doa rabithah 2..
cukup indah kalau dihayati..