28 September 2011

The Dawah Show



 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah



They always inspired me to become a good Muslim day by day.
Thank You Allah for this Iman and Islam.
Alhamdulillah. :)

25 September 2011

Tudung


 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah




"Kak Siti - kak Siti, semua ustazah kat SMART pakai tudung macam ni taw sekarang" teruja sungguh kawan umiku menunjukkan tudung lycra berawning labuh. "Akak ambillah satu.." Dihulurkan tudung itu kepada umi dengan harapan Cikgu Biologi berspek mata dihadapannya akan memakai tudung itu nanti. 


Umi ada bercerita kepada ayah. Saya hanya memasang telinga. "Si Asmira tu tanya, Kak Siti tak pakai ke tudung yang saya bagi tu". Jawab umi sambil tersenyum, "Akak pakai waktu kat rumah je" 

**
Pagi tadi, sambil menggosok tudung bulat berwarna ungu milik umi, saya bertanya kepadanya "Umi pernah bosan tak pakai tudung ni". Umi sekadar geleng kepala. "Rasa bosan tu tak pernah..tapi.." Umi terhenti sebentar. "Umi rasa tak cantik ke?" saya mencelah. "Tak cantik macam orang lainlah"


Tetiba Umi bercerita lagi "Ada sorang ustaz kat sekolah Umi cakap kat umi, "Dalam banyak-banyak cikgu kat sekolah ni, Cikgu Siti sorang yang tak berubah-sama je macam dulu". "Kenapa? Isteri dia ustazah juga kat sekolah tu ya? Mesti ustazah tu pakai tudung fesyen zaman sekarang kan mi?" saya menduga. Umi mengangguk pula.



"Ayah memang tak bagi umi pakai tudung tu", sambung umi lagi.

24 September 2011

Dimanakah kita?



 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah


Sungguh di dalam kehidupan kita tidak pernah ada satu kebetulan, semuanya suratan yang sangat mempesonakan.

Sungguh mempesonakan sehingga kesan pahatan pengalaman yang diperoleh dalam perjalanan kehidupan itu, mampu kita kongsikan bersama yang lain dengan harapan supaya dapat dijadikan pedoman.

Setiap derap kaki yang kita atur menuju destinasi kerja mahupun belajar dikira langkahnya oleh dua peneman setia Raqib dan Atid. Kemana kita halakan kaki kita, segala perkara yang dilaksanakan kita dicatat dengan cermat tanpa pernah lepa. Itulah tugas mereka.

Namun, bukan semua yang dizahirkan itu dapat direkod ke dalam buku amal kita. Lintasan hati, cetusan rasa, bisikan rahsia, umpatan cerca, niat yang buruk mahupun mulia hanya Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar segalanya. Lantas bisiklah kata cinta kepadaNya, pintalah semahunya kepadaNya, adulah sepuasnya hanya kepadaNya. Kerana Dia yang paling setia. Maka, setialah kamu kepadaNya.

11 September 2011

Makruh


 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah


Perkara yang sama menjadi topik perbualan. Terkadang boleh jadi sangat membosankan. 
Seolah pemikiran remaja harus diletakkan "K" dan menjadi topik utama adalah usaha mencari pasangan. Serabut otak memikirkan. Menyesakkan. 
Allah sudah tentukan, mengapa perlu risau tak keruan?
Banyak lagi yang harus difikirkan di masa hadapan.


Percaya untuk Berjaya


 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah


Perkongsian oleh seorang sahabat dalam usrah pada hari ini. Percaya untuk Berjaya. 
Ramai manusia yang tidak berjaya apabila mereka tidak percaya yang mereka boleh berjaya. 


Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)



Itulah cara Rasulullah memotivasikan umat Islam sewaktu perang tersebut dengan menjanjikan sebuah kemenangan ke atas Kota Konstatinopel akan ditawan umat Islam pada suatu hari nanti. Akhirnya umat Islam menang jua Perang Khandaq tersebut motivasi daripada Rasulullah. 

04 September 2011

siapa gerangan diri nanti.


 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah


mencari gali potensi diri untuk digunakan sebaiknya,
biar berbeza haluan kita, namum matlamatnya tetap sama.


tanya sama diri, apa yang ingin aku jadi suatu hari nanti?


jangan terhenti setakat di dunia,
biar hasilnya kelak dapat dituai di akhirat sana..


selamat pulang ke kuliah buat semua.. :)