09 March 2009

selawat munjiat~

salam buat semua..


Semalam ada seorang kawan baik hantar mesej kepada saya..
Dia ada tanya maksud bagi ayat ( al - aqaabat , al - aafat, dan al - a'simat )
Rupa-rupanya nenek dia suruh terjemahkan doa..
Saya pun teruslah bukak kamus berwarna kuning Al-Jadid..
Tapi saya tak jumpa maksud ( al - aafat )
Jadi saya teruslah telefon seorang sahabat al- hafizah yang mahir Bahasa Arab., 
saya tanyalah Apa maksud ( al -afaat ) 
Dia pun beleklah buku yang dia baca,.
Katanya, ( al- afaat) bermaksud musibah atau bala bencana..
Ada dalam Selawat Munjiat katanya..


itulah.. baca selawat tapi tak tahu maksud... haishhh.. = = ''


Sempena Maulud Nabi Muhammad s.a.w 
Ada kawan kita berkongsi sebuah buku bertajuk "Putera Lembah Bakkah"..
Saya pula hendak berkongsi "Selawat Munjiat"..


Memang jenis-jenis selawat yang ada..
selawat tafrijiyyah,selawat syifa' dan banyak lagi..
tapi selawat nih Special, sebab selalu dibaca didalam doa selapas baca Surah Yassin
Kita sahaja yang tak perasan..

sesiapa yang kurang jelas..
bolehlah rujuk dalam buku2 yassin..di akhir surah tu ada doa' nya..


Ya Allah, limpahkanlah sholawat atas Junjungan kami Nabi Muhammad, Sholawat yang dengan keberkatannya Engkau lepaskan kami dari segala huru hara dan bala bencana, dan (dengan keberkatannya) Engkau tunaikan bagi kami segala hajat, dan (dengan keberkatannya) Engkau sucikan kami dari segala kesalahan, dan (dengan keberkatannya) Engkau tinggikan kedudukan kami di sisiMu, dan (dengan keberkatannya) Engkau cukupkan kami dari segala kebajikan dalam hidup ini dan selepas kematian; dan juga (sholawat) ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda (Rasulullah SAW) dan salam sejahtera”.


munjiat atau tunjiat berasal drpd perkataan “Tunjina” atau “Tunajjina” yang bermaksud memohon atau bermunajat..


selawat ini dapat dibaca didalam doa kita selepas setiap kali puji-pujian kepada allah..


setakat ini perkongsian..
wassalam..





2 comments:

Unknown said...

salam juga....

silahkan akhi, terima kasih udah mampir ke blog ane :)

NourlHousna Tawfiq said...

to mohamad..
trimas ya..