27 April 2009

ustazah husna...~

salam semua~
berdebar-debar nih..
jadi tutor sementara tadi..
baru je balik pukul 11 tadi..

petang tadi, umi balik dari sekolah terus cakap..
"akak, ustaz fakhzan suruh akak ajar malam ni"
"apa??, nak ajar apa umi??"
"marilah sini.." buku hijau dikeluarkan..
"dia suruh buat yang nih"..
"ooh.."
bajek sungguh mula-mula.. ingatkan yang senang-senang, seerti berlawan ke,
sekali soalan 7-19, qawaid+nahu..!!
sahih al-khoto' dan i'rab..~~
wahhh..
kena study dulu,..
macam last minute preparation utk test lak..
habis diconteng buku ustaz..
maaf ea ustaz..

bertolak lepas solat i'syak..
sampai2 sekolah, umi jalan kat depan..
umi tunjuk muka kat kelas 5IK atau ibnu khaldun..
"cikgu~"
"eh..sape nih cgu??"
sampai2 je xpasal2 tunjuk peace*..
xpandang mata sesiapa pun..
segan habis..
macam budak baru..
'freshie' gituh..
memang malu-malu..
budak laki kelas tu ada 5 orang je..

jemputlah duduk kat meja belakang..
keliling meja adik2 duduk..
mula-mula baca doa'..
pkt bacakan..
sesi taaruf jap..
kenalkan nama sendiri dan sekolah..
sebenarnya dah siap bawa senarai nama budak2 tuh..
panggil nama dan tengok tuannya..
xingat semua..
tapi budak2 tuh memang comel~

yang agak sengalnya adalah..
konon-konon..
nak tangkap gambar, excited dah ni bawa keluar kamera..
budak2 tu pun dah siap posing..
onn kan je kamera..
xhidup???
rupanya bateri xde!!!
malunya lah..~
o_O

tapi pindah pula ke depan..
senang nak menulis..

mulalah pembelajaran..
rupanya macam buat pembentangan kat kelas~
dah xberdebar sangat..
selitkanlah cerita-cerita lepas spm..

tetiba terpacul cakap..
"tahu x mlm nih ada boys over flower???"
"tapi xpe, akak dah tengok semua"
"ooohhh"
dan xpasal2..
tulis kat whiteboard..
~hana yori dango~
~meteor garden~
~boys over flower~
"tapi lepas spm je taw tengok cerita nih.."
siap buat penjelasan terperinci lagi..
asal cerita manga..
versi jepun, taiwan, dan korea~
semestinya hana yori dango lagi best..
walaupun xsehensem bof..

xpasal2..

tapi seronok..

"ok!!.. sambung balik tadi~"

entah mengarut apa entah..
orang xpandai buat lawak..
cerita aje lah..

tapi..

tak lupa bagi sikit tazkirah dan kata-kata semangat..

takut gak buat salah..
berapa banyak buku dibelek..
habis semua diselongkar..
siap bawa kamus lagi..
semangat kan..
takut bagi ajaran sesat..
yang tak dapat dijawab minta kiv..

pukul 11, umi datang..
bawa batteri!!
tangkaplah beberapa gambar~
maka..
kelas pun tamat..
minta maaf atas segalanya..
adik2 tu..
dah la comel.. sopan santun sungguh~
salam+cium tangan..
dah kata xpayah..
tapi cium jugak tangan..

teringat dulu-dulu~

antara gambar-gambar mereka..

sudut bahasa arab..~

bebudak baik+comel ~

5 jejaka~

peace*

ustazah husna???

peace to the world~

dalam kereta, umi cakap ada 2 kali lagi kelas..
tu pun kalau ustaz fakhzan bagi..

sampai rumah umi tanya lagi..
"apa perasaan jadi cikgu?"
jawablah..
"seronok, tapi tak tahulah budak2 paham atau x..."

hummm
will i be a teacher or lecturer???

am i good enough?

or simply being a translator...

who knows.


...kenangan 2009...






26 April 2009

hati yang mati~




Tanda-tanda hati mati Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

  • Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
  • Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
  • Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
  • Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
  • Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
  • Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
  • Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
  • Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
  • Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
  • Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

manusia zahirnya bersih dan baik..
namun, andai dibiarkan hatinya kotor dan busuk dek kelalaian duniawi maka hatinya akan mati..

"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."
(Hadis riwayat Ibn Majah)



mengapa hati kita mati??

Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah. Allah berfirman bermaksud:

"Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata."
(Surah al-Zumar ayat 22)


  • Hubbul dunia (kasihkan dunia)
  • Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
  • Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

dibuai, dihanyut kesoronokan sementara menyebabkan diri manusia alpa. keseronokan yang zahirnya nampak sedikit kesannya, tapi besar impaknya apabila tidak dikawal dan dihindar. akhirnya, antara sedar atau tidak, hati telah mati tanpa kita sedari.

setiap penyakit ada penawar..

hidupnya hati kerana tiga :

  • Zuhud dengan dunia
  • Zikrullah
  • "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd ayat 28)
  • Bergaul atau berkawan dengan orang yang mukmin

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


aduhai diri..

tatkala sedari hati kita mati..

cepat-cepatlah beristighfar supaya menyedari..

tak guna kita mengendahkannya lagi..

masih ada waktu untuk kita menyesali..

supaya diri lebih diredhai..

marilah sama-sama perbaiki diri..

sedangkan batu yang keras lagi ditembusi..

apatah lagi sekeping hati..

yang takutkan allah rabbul izzati..

"Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan."
(Surah al-Baqarah ayat 74)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

wassalam



kredit: iluvislam
diolah: husna tawfiq


21 April 2009

attention to all sasic graduates~

salam~
its been quite sometime since the last post ..
almost 2 days left for my lucky friends go to SASIC for their certificate giving ceremony..
i wish all of them could make it there on time wearing their golden* batik along..
huhuhu..
it must be surely grand i think..
of course la.. according to puan aumi..
all of them will have to wear special robe bought specially for them..
its my dream actually having myself at SASIC watching all of my friends having their great time..
meeting back all the teachers and juniors..
looking and viewing the new SASIC as the last time its only a while ive been there..
ooh.. but then, it seemed that i couldnt manage to do so..
it quite sad, but then i have to be rational..
even my umi tried to console me as she knows how deeply i am wanted to go there..
yeah, i know im not going to receive anything..
somehow, i really-really-really want to go though..
hmmm..
its ok my dear, i will have my friends that will send my regards to our beloved teachers and my juniors.. my f22 adekz..
its ok, once you've got the chance to fly somewhere (insya-allah) or you have some time..
you can go to SASIC at no time..

to all my dearie friends,
i know maybe its too early..
but then,
i wish all of you a safe journey to SASIC..
when you reached there..
send my regards to the teachers k..
say that we thanked them of all the efforts and hardship that they have to endured because of us
use up this opportunity to show them how grateful you are of being their students..
never forget their kindness towards you dearie, as they were like our own parents..
sacrifying time, love and money to raise us all..
may all of them will bless us..
may allah bless all of them..
and may allah bless all of us..
last but not least, may all of you have a safe journey back home..

p/s : do snap a lots and lots and lots of pictures taw!

19 April 2009

tatkala diri dilanda kebuntuan..
solat istikharah adalah penyelesaian..
moga diberi petunjuk merungkaikan..
jalan manakah sebenar pilihan..

17 April 2009

Provokasi + Matrik Melaka~

Bismillah~
salam..

"temuduga yayasan pahang"

temuduga yg totally lain drpd temuduga mara atau jpa..
berminat utk baca..? sedikit perkongsian ttg temuduga tersebut,..
Kursus Bahasa Arab, Universiti Ibnu Tofail, Morocco

Terima Kasih buat semua kawan2 yg amat baik beri sokongan moral
dan tips2 yg korg tayang hari lepas..
Memang amat-amat berguna..

8.30pg semua berkumpul..
terus cari adilah yg ke'pink'an hari ni..
ramai sggh orang yg datang,
ramai sampai boleh gelak2..
xpaham..
kebnykannya dak2 jpa..
jadi mereka jumpa sekali lagi..

ucapan aluan oleh ustaz muhamad, pegawai yayasan phg bahagian pendidikan..
semua pelajar dibahagikan mengikut kursus msg2..
dak2 mesir sila ke tingkat bawah..
medic+ulama amilin
dak2 jordan dan morocco tunggu kat dlm dewan tu..
terkapai2 lah keseorangan..
adilah dan dua pupunya kebwh meninggalknku..
dewan beraircond tu dipenuhi ng ramai org..
kbnykan dak kuliyah sltan abu bakar dan maahad sltn ahmad shah.
serta dak dq..
dan sorg dak kisas..
hehe..

selang bbrp minit pembahagian, 3 nm disebut.
nurul husna antara 3 org tu..
kami diarahkan ke sebuah bilik kecil di hujung dewan,..
xterlalu kecil..nice..beraircond..
dan ada 2 panel sedang menunggu,..
ada 5 kerusi..tp kami bertiga je,..
kami terus dijemput duduk..
muka panel kedua-duanya stiff..*provokasi*

sorg dak laki yg xengt nm nya, dr kuliyah s.a.b
yusra iliyani dr maahad s.a.s
dan nurul husna dr kisas
kami bertiga pilih bidang bahasa arab ke morocco..


sesi temuduga bermula

1) Pengenalan diri.

mula2.. masing2 diminta perkenalkan diri..bermula drpd budak laki tu,..yusra dan saya..
saya rasa sayalah orang yg paling byk ckp dalam bilik tu,..
mereka berdua hanya beritahu serba sedikit tntg diri masing2..
nama, asal, belajar di mana..
tapi saya rasa, tak cukup sekadar tu sahaja,
dengan lafaz basmalah, salam saya perkenalkan diri, seperinci yg mungkin.
tarikh lahir, tempat tinggal, tempat belajar, nama ayah umi, pekerjaan dan juga keputusan periksa..
nmpak lebih kot..tapi seboleh-bolehnya biarlah panel tahu kita bersungguh

ustaz tny, kenapa nak pergi morocco?
terlintas di fikiran
ada 2 org cikgu saya belajar disana.
siapa? ustaz nmpk berminat nak tahu..
alamak..
lupa jap nm ustzah n uztaz..
erk.. puan siti aina sabariah
dan.
en sheikh..
ustz ckp.. sheikh salim??
ya.. sheikh salim..

oooo.. ustaz knal rupenya..
same2 belajar kot,,

2) Sesi BETUL bermula.

Ustaz Khairul Anuar, menurut kad matrik yg dipakainya mula menulis sesuatu atas kertas.
tulis apa?
dua patah perkataan..
suruh tgk ada yg slh pd ayat tersebut?
tak-tak-saya kata huruf sin tuh cam salah..
saya bkn suruh awk tgk huruf..saya suruh awk tgk ayat..
tergelak habis semua kat situ!
dah.. mn la tahu..
jwb ikut hati..

farihalmuslimain
sepatutnya disebut begitu..
tapi disebabkan memori karat..
kami bertiga xdapat sebut dengan betul..
padahal soalan agak senang..
nyata la tu fe'el madhi..
ya rabbi!

ustaz tanya lg, muslimain tuh ap?
khobar? mudhofun ilaih?
saya jawab fa'il..
betul jwpan tu meski samar2 ingatan..
betul??wonder sbntar..

ustaz tulis ayat lain pulak dah..
dalam hati doa.."ya allah permudahkanlah"..
ra'aitul waladain..
"saya nmpk 2 org budak"
dia suruh sebut perkataan tuh..
saya sebut salah lg..
waladain tuh ap? xengat langsung...
ustaz bg klu..
masih samar2..
jwblah mubtada' muakhhar..
sbb ustz bg klu mubtada' dan ada bg satu cnth ayat lain..
nasib baik.. betul gak..


3) Provokasi sebenar bermula..

ustaz mulalah berkata kamu ni a1 bhs arab dlm kertas je. benda senang saya tanya pun xboleh jwb. kan dah belajar tingkatan 3 dulu. *belajar ke?? saya xbelajar pun!!*hati berkata. nih kamu tahu ke morocco tuh kat mana??. yusra jwb timur tgh. bkn. saya mencelah, *tak mnx izin* slh ea.., morocco atas dia spain dan bersebelahan dgn algeria. angguk2. kamu tahu ke jauh mana dr malaysia ke sana. naik kpl terbang apa. nih kamu tahu ke kamu ke universiti apa? diam. saya jawablah universiti ibn tofail. dr yg diam dari tadi mula mencelah sikit, membantu ustz memprovok kami. oo, universiti tu blakang sungai isap kan???. ????. sengih je. dan banyak lagi la diprovok.

nih saya belum uji lagi kamu boleh ke x ckp bahasa arb??
ohh..tidak..
walaupun, kononnya buat teks syarahan sket2,..tetap xyakin.
nasib baik, xtny

nih kamu ambil kursus bhs inggeris di uia. tapi nak amek bhs arab lak. nape??
ooo. tuh hanya kursus bagi lepasan spm selama 2 bln. jwb saya.
panel sengeh.*provok
ya lah, nanti kamu bukan guna sgt pun kat sane.. kamu gne bhs perancis dan bhs arab..
saya mencelah lagi, xslh kan?? *kurang adab ke??
memang la xsalah tapi kamu je yg advance sket daripada org lain..bagus, cara kamu habiskan cuti kamu.
fuhh..
senyum-senyum-senyum
angguk-angguk-angguk
sepanjang ustz dan dr berbicara hanya itulah yg mampu dilakukan..
jwpan temuduga akan diketahui dalam masa 10 hari ni..
insya allah, akan dihubungi kelak,

4) akhir

sebelum keluar, mintak izin nk tny satu soalan..
"klu kami xdpt ke morocco dan akan ditukarkan ke jordan, adakah kami masih akan belajar bahasa arab atau tidak?"
ustz jawab, masih bhs arab dalam perbankan..
???
masih xphm, tapi buat-buat paham..
ustaz cbe terangkan baik2..
tamat,..
ucaplah terima kasih tuan, dan keluar..

~

maka berlalulah keluar kami bertiga, budak laki tu nmpk frust sket. yusra pun geram tak dapat jwb soalan simple ngn baik. saya? lega, dan terus salam umi yg setia menunggu.

MoRal~
1) Study betul2 kursus yg dipilih sebelum ditemuduga.
lebih2 lagi bhs arab,,,,

2) Cari sebanyak mungkin mengenai pengajian luar negara yg kita pilih.

3) Persiapkan diri sebaik mungkin.
wlupun diberitahu 1hari sebelum i/v sekalipun..get ready je..

4) Pakai pakaian yg kemas.
obviously.

5) Senyum.
wlupun habis dibasuh dan diprovok..


sampai sini shj perkongsian. moga dapat membantu sesiapa sahaja kelak.
doakan la yg terbaik buat semua.


_____________________________________________________________________________

p/s: dapat matrik melaka~
dak kisas konvoi ke melaka??
???
hehehe








16 April 2009

alhamdulillah.. giliran saya pula..

salam..
bismillah,

akhirnya, kini giliran saya ke temuduga,..
mulanya, adilah yg dapat panggilan dr yyasan pahang,..
waktu tu, umi xde kat rumah,..
bila bagi tahu umi yg adilah dpt twrn tuh, umi suruh la tepon yyasn pahang..
tapi sgt2 inferior, dan tak yakin..
jadi, xtepon..

masuklah ke bilik rehat2..
dalam diam umi hubungi yayasan pahang..
rupanya ada salah faham..
pihak yysn ingat yg saya nak mohon medic..

mmg xlayak sgt la sbb bio dpt b..
pastu, umi ckp lah anaknya ni mohon arabic language kat morocco..
ooh..
kalau macm tuh, anak puan blolehlah datang esok pukul 8.30 pagi..
umi yg berdebar2 plak dengar anaknya dapt temuduga..

yup,
umi sebenarnya dapat instinct tu,..
sbb tu umi tepon..
rupanya anaknya pun layak..
alhamdulillah..

doakan ya kawan2..
esok hari saya pula..

wassalam..

Tarikh Keputusan Permohonan ke Matrikulasi & IPTA Sesi 2009~

Para lepasan SPM 2008 yang telah membuat permohonan ke Matrikulasi KPM Sesi 2009/2010 dijadualkan boleh menyemak keputusan permohonan mereka pada 17 April 2009 ini bagi program satu tahun.

Mereka yang berjaya akan dikehendaki mendaftar ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 11 Mei 2009. Di sana satu Program Minggu Pengurusan Pelajar Baru akan berlangsung selama tujuh hari.

Mereka yang tidak berjaya boleh membuat rayuan mulai 17 April sehingga 30 April 2009. Keputusan permohonan rayuan dijangka akan diumumkan pada 22 Mei 2009.

Mereka yang berjaya dalam proses rayuan ini akan dikehendaki mendaftar ke Kolej Matrikulasi masing-masing di antara 25 Mei sehingga 29 Mei 2009. Mereka yang menangguhkan pengajian dan pelajar yang mengulang juga akan mendaftar dalam tempoh yang sama.

Sementara itu mereka yang diterima masuk ke Matrikulasi bagi program dua tahun pula akan mengetahui keputusan permohonan mereka pada 3 Jun 2009. Mereka yang berjaya perlu datang mendaftar ke Kolej Matrikulasi yang telah ditentukan pada 15 Jun 2009.

Semua semakan keputusan permohonan ke Matrikulasi sesi 2009 ini boleh dibuat di laman web Pra Universiti, Kementerian Pelajaran Malaysia.


____________________________________________________________________

Keputusan permohonan kemasukan ke IPTA akan diumumkan pada :
>> Lepasan SPM/Setaraf : minggu kedua Mei 2009
>> Lepasan STPM/Setaraf : minggu ketiga Jun 2009


15 April 2009

meski ku belum tua..

akhirnya..
lupa lak hari tuh sajeedah ad bg award..
this would be the sixth..
tanx ea..
yup. meski ku belum 18 tahun..
tp jeed bg jek..
ambillah dgn sesuka hatinya..

tadaaa..this is for the next 6 month..

14 April 2009

Jun ohhh Jun...


bismillah..
assalamualaikum wbt..
an observation of a sister & a friend~
...AMARAN : Agk panjang...

bukan nak cakap pasal orang bernama jun..
tapi orang2 yang lahir dalam bulan jun..
kenapa tetiba nak cakap pasal bulan jun ni??

dalam keluarga je ada 3 orang yang lahir dalam bulan jun..
siapa?
adik ke5-hanis, ke6-hannan dan yang bongsu-hulwa.. cam ramai sgt adik..

..hannan..hilmi..hulwa..hanis..
semua perempuan, dan semua comel mcm kakak diorg..
dan semuanya agak ' special in ways'
termasuklah kwn2ku yang lahir dalam bulan jun..
sepertilah juga bestiesku~
bella yg kebetulan sm besday ng rasyidi..

menurut kajian dr. fadzilah kamsah
perangai orang jun seperti ini. 


JUN

1* Berfikiran jauh & berwawasan.
2* Mudah ditawan kerana sikap baik.
3* Berperangai lemah lembut.
4* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
5* Idea yang terlalu banyak di kepala.
6* Bersikap sensitif.
7* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).

8* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.

9* Bersikap suka menangguh-nangguh.

10* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.

11* Cepat marah & cepat sejuk.

12* Suka bercakap & berdebat.

13* Suka buat lawak & bergurau.

14* Otaknya cerdas berangan-angan.

15* Mudah berkawan & pandai berkawan.

16* orang yang sangat tertib.

17* Pandai mempamerkan sikap.

18* Mudah kecil hati.

19* Mudah kena selsema.

20* Suka berkemas.

21* Cepat rasa bosan.

22* Sikap terlalu memilih & cerewet.

23* Kurang mempamerkan perasaan.
24* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.

25* Suka pada barang yang berjenama.

26* Mudah menjadi eksekutif.

27* Kedegilan yang tidak terkawal.

28* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

ini pula situasi2 yang berkaitan dengan kebenaran fakta diatas..
melalui pengalaman sebagi seorang kakak dan seorang kawan selama 18 tahun hayat hidup..
amat seronok nak hurai~
1~ pagi-pagi baru nak bersiap gi sekolah, gosok baju dll,
semua dalam last minute..
kena panggil nama, suruh cepat-cepat, baru dia aktif..
dah ckp sampai berbuih suruh siap awal2.. nnti lmbt..
boleh kata, betul gak, klu kat sekolah dulu, muka bln6 gak rekod
antara yg ramai, tp xsemua yg dtg lambat sekolah,,
haa.. jangan marah ea..

kebenaran fakta~nombor 8,9 & 27

2~ bila hilang barang atau ada masalah je.. mula2 sekali..diorg buat muka dulu.. pastuh menggelabah cari barang.. masa tu tahu dah lah ada hal punye.. orang tanya elok2.. tak nak jawab plak.. carilah dia sendrian diri..
akhirnya, xketemuan, menangislah...

kebenaran fakta~ nombor 17 & 23

3~ budak2..biasalah degil-mendegil ni..
tapi yg xtahan nya klu dah mnx tolong buat sesuatu jek..
mengeluh dulu.. alaahhh..
xpun.. angguk3...
xgerak lagi..
mnx tolong lagi..
ok.. katanya,
sampailah ke sekian kalinya,
tactic psyco lak digunakan,
pandang tepat ke mata, dan tengok dia buat kerja sampai siap..
baru bergerak kerja tu..
xkira umi atau ayah atau abang atau kakak yg mnx tlg..

xmasuk bab berebut barang lagi.. meskipun kakak dan adiknya jauh beza 4 dan 2 tahun,
xreti2 mengalah..<mulalah kedengaran suara2 merdu.. teriak+jerit+menangis
apalagi, campur tgn akak2 nya diperlukan..
selalunya cakap : "bagi je lah, awak kan lagi besar dari dia"
yang adik plak.. lagi lah degilnya.. suke di backup..
xbagi lg,.. jadi, bertawaflah mereka mengelilingi rumah sambil berebut barang..

kebenaran fakta~ nombor 11 & 27

tak kurang gak kelebihan org2 bulan jun..

1~ diorg mmg pandai..org2 jun sekeliling saya..
hani n hannan selalu dapat top dalam kelas..
bella n syidi lak top students..
diorg sgt2 special..
meski nmpk cam xbersungguh sgt,
tapi dalam diam diorg usaha dengan cara tersendiri..
hani n hannan suka sgt hafal tiap perkataan yg keluar dlm iklan..
jadi, bila iklan ad je, diorg imitate la balik..
excited plak tuh..
huuu~

bella lak sgt pandai melukis+mewarna..
kdg2 idea sgt-sgt mencurah sampai dia sendri tensen sorg..
khidmat buat flyers n sweater khalid~
tensen tuh sampai xtidur mlm..

kebenaran fakta~ nombor 1, 5 & 7

2~ sikap dorg kadang2 menawan hati, sensitif dan pandai berkawan.,.

bella dgn lawak+sikap sensitif..ramai kawan senang dgn dia

rasyidi fav students cgu.. jgn slh phm..
apa yg ketara agak ramai cgu suka budak ni cth: cgu norhizan

hanis jadi pengawas wlupun ktorg sebenarny xpercaya mula2..
tapi mestilah sbb sikap dia yg buat dia layak jadi pengws..
kitorg adik-beradik semua sek rendah yg sama,
tapi hani sorg je jd pengwas..

hannan, pandai ajak berborak+sensitif..
sgt sayang kucing dan bumi..
dgn makcik belakang rumah pun boleh diajak borak..
byangkn budak umur 8 tahun ckp..
"mak cik buat ap?..makcik apa khbar??"
yalah..
sambil main-main ng kucing makcik..
kitorg lak xde kucing..

kebenaran fakta~ nombor 2, 3, 12 13, & 15


3~ sikap diorg yg bes gak.. bila time berangan..

seronok sggh diorg..
pernah satu hari, hani n hannan berlakon jd bawang merah & bawang putih..
habis dress up..
sorg warna merah2.. sorg lgi putih2..
siap posing lg.. tangkap2 gambar..
adeyh..adek2..
jadi mak2 lain plak.. lebih2 lagi wktu 3 beradik dok same2..
pakaikn pampers kt patung, masak2, makeup2 pakai brush lukisan, kaler2 kuku dgn highlight, mix n match bju2 sampai 2-3 baju sekaligus..
huu~
adikku-adikku..

kebenaran fakta~ nombor 14

sebenarnya byk lagi nak cerita, tapi setakat nih je karangan yg dibuat hari ni..
dikarang dengan sgt excited sampai rasanya ini post terpanjang..
siapa2 yg boleh bc sampai habis nih mmg hebat sungguh..

mungkin ada yg benar dan mungkin ada yg xbenar..
semua diatas bersumberkan ingatan ingat2lupa seorag kakak dan kawan..

klu nk kongsi cerita atau sokong..silakan..

yg mana salah dan silap.. harap dimaafkan ea..
sampai disini sahaja perkongsian..

wassalam

Slide 12

13 April 2009

Melengahkan Solat~

Salam..
peringatan buat diriku yang sering lagho dan hina ini..
moga dibukakan hati kami dan ditetapkan iman..
jadikanlah kami hamba-hambaMu yg soleh-solehah..
moga hari esok lebih baik dari hari ini

Azab Melengah-lengahkan Sembahyang
Azab Di Dunia
-Hidup tidak dirahmati
-'Nur' pada wajah akan pudar
-Tidak menerima pahala walaupun bagi amalan yang baik
-Doa tidak dimakbulkan
-Tidak mendapat doa daripada orang yang soleh

Azab Ketika Hendak Mati
-Mati dalam keadaan aib
-Mati dalam kelaparan
-Mati dalam keadaan terlampau dahaga. Jika selautan air pun diberi, masih tidak mampu
menghilangkan rasa haus tersebut

Azab Dalam Kubur
-Dihimpit oleh bumi sehingga tulang berceramuk
-Dihidupkan dalam api kubur sehingga berguling-guling kepanasan
-Dilepaskan ular besar yang berkuku panjang dan tajam ke arahnya

Azab Selepas Kebangkitan
-Hisab dan hukuman ke atasnya amat keras
-Dicampak ke dalam api neraka dalam keadaan hina.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Perintahkanlah anak-anakmu bersembahyang apabila mereka berusia tujuh tahun, dan rotanlah mereka jika masih berlengah-lengahkannya semasa mereka berusia 10 tahun."

mari sama-sama perbaiki mutu solat kita.

kredit: sumber buletin friendster~siti fatimah ismail

12 April 2009

waktu dulu2..~

bismillah..
salam buat semua..
zaman muda-mudi, zaman yg mmg best..
wlupun dikira agak mentah, tapi masih ad juga yg tersirat yg boleh dijadikan pengajaran..
bak pepatah lagu..
pengalaman silam mengajar erti hidup..
amat payah utk kita harungi..


~Situasi 1~
Kawad-kawad-kawad. Dah jadi rutin mingguan, klu xde mmg pelik plak rsnya. Jd, stayback la sampai ke petang. Wktu tuh xdenye nk kesah2 muka burn ke xcantik ke. xkeysah langsung. Asal dpt wakil sekolah tu yg penting. Lebih2 lagi sijil. Hu3.
Nk dijadikn cerita, satu ptg tu, stayback ramai2 lpas kawad, tggu mak ayah sampai nk amek pulang.
Terkeluarlah satu topik yg best utk dikupas. Cerita hantu & jin. Apa lagi, msng2 keluarkan la idea mencurah-curah psl citer hantu yg mereka tahu.
Kononnya, nk berkongsi la pula pasal kebaikan ayat kursi. Kongsi la cter pasal jin yg terbakar akibat bacaan ayat kursi nih.

*diam*
Segan gak rsnya. rs cam beria sorg2. tanyalah mereka kembali.
taw x ayat kursi tu ap?? bg la hint potongan ayat pertama.
*diam*
tiada sambutan.
terkedip2 mata memandang.
mungkin mereka tahu agaknya, tapi wktu tu agak konfius sket kot.
moga-moga sudah ketahuan la mereka lps ni ap itu ayat kursi.



~Situasi 2~
Seronok sgt sbb dapat hadiah drpd best friend kan? Wktu tu form2. Kawan baik bg armsock warna biru, sedondon sgt dgn baju biru pengawas. Dengan seronoknya menyarungkan armsock tu ke sekolah tiap2 hari. Ada satu hari, tgh jalan2 depan satu kelas nih. Tetiba ada sorg bdk perempuan dtg dekat.
Pakai ap tuh? Dipegang2 lengan tangan nk tgk armsock.
erk, camne nk ckp nih ea.
OO.. fesyen ea??
nk cter la ni..
Kan aurat perempuan tuh sampai pergelangan tangan, sbb tu pakai benda ni.

OO.. ea ke?
???
*diam & berlalu*


~Situasi 3~
Wktu form2 agy..
Kelas P.J.K mmg bes, tp yg xbes nya bab salin baju. Kena bondong2 bawak baju spare ke sekolah. Kena bawak tudung lebih skali. Klu x bawa, alamatnya, lawalah tudung sekolah dicop bola nanti. Kawan2 lain pakai tudung bawal putih yg halus mulus. Dah kat rumah xde tudung tuh, bawalah tudung putih sekolah wktu form1 dulu. Tgh syok2 turun tangga nk g PJ nih, tetiba lak ad mamat sorg nih, dengan kuatnya berkata,
Huss, Besornya tudung ko!? xde tudung lain ke??
Gulp..
Besar sgt ke tudung ni?? Dlm hati berkata2.
Terus hilang mood nk ke padang.
Isk bdk nih, bdk len pakai tudung lg byk slek ny..
...


~Situasi 4~
Kelas tempat belajar. Dah tuh, tmpat ap lagi an?? agak2 klu tempat menuntut ilmu dijadikan port berlakunya merpati berkasihan apa yg korg rasa? .
klu merpati sang burung tuh x heran. ini merpati yg ada akal.

Adeyh.. kelas kami di hujung bangunan+tepi tangga..
perlu ke?? perlu buat kat klas org??
tapi sebenarnya perlu ke buat?
jap2..kelas kat sekolah..
SEKOLAH
SCHOOL
dah macam omputih
umur bru sedekad dah pandai buat mcm2..
ooh... penangan CHENTA kan..

semua pengalaman tu sebelum menjejakkan kaki ke bumi waqafan..
bumi waqafan lain ceritanya..
antara mutiara yg dikutip mengenai hakikat manusia diciptakan..

~hakikat hidup~

1- A'bidullah
hidup sebagai hamba pada Yang Esa perlu patuh pada perintah dan jauhi larangan

2- Khalifatullah
dipilih oleh Allah memakmurkan bumi ciptaanNya

3- Daie Ilallah
tggungjawab mengajak DIRI & yang lain mendekatkan diri pada pencipta



perkongsian sekadar ingin dijadikan pengajaran buat semua,
jauh sama sekali mahu memalukan sesiapa,
kadang2,
melalui pengalaman orang kita boleh belajar macam2.
ini hanya secebis pengalaman,
xtermasuk kalian punya pengalaman kan??

orang kata, xboleh nk ckp lebih2.. takut2 kelak kita yang kena pula..

betul ke?? mungkin yg dimaksudkan berhati-hati dlm tindak tanduk kita, takut-takut kelak, berlaku pada diri dan waktu itu kita pula yang tak sedar.

moga direnungkan buat kita bersama.
maaf atas salah & silap
wassalam..~


11 April 2009

what actually do you want??

only two fingers..
the period compared by our prophet p.b.uh Rasullullah..
to the kiamat..
only two fingers..
how far is it??

so what else do you wish to do?
what actually do you wish to get from your life?
what is the objective of your life?
where are you after this??
have you ever really-really thought of that...

but then, do we really have to enjoy it?
just enjoying it without doing any benefits out of it?
huh..
such a waste..
after all you've learn this is all what you got?
being carelessly in everything..
only begging for His help during hardship..
and forgetting Him during joyfulness moments?
what a pathetic human are you..

allah choose you to be in islam..
do you actually act as a moslem??
allah sent a prophet to you..
do you actually know him??
allah give you everything..
do you ever thanked Him for those nikmat??

do you??

yup..
life, our life is only once..
and only once we got the time to be either a good person or a bad one..
choose only that..
after that, you will endure everything by your own..

so.. what actually you should do?

imagine yourself,
being happily forgetting His promises to us..
and then you end your life..
without gaining His forgiveness,
in the pitch darkness, lonely, gross living creatures accompany you..
got beaten by the angels every single seconds without any mercy..
and you will scream as loud as you can..
begging for them to stop..
is that all you can do?
during that time, no one, yet no body will listen to you..
the seventh step of the last person will be the next life of loneliness..
inside the graveyard..
do you really think you can answer all those questions??
do you?
maa rabbuka?
maa imamuka?
maa qiblatuka?
maa kitabuka?
can you really answer that? after all the sins that you have done?

and after you'll be drag mercilessly to the hell..
FOREVER..
is that what you want?

muda lagi la beb.. tua2 nnty tobat rr..
kecoh je lebeyh??
hekeleh...

death can come to you at any time my dear, remember that..

what have you learn, you must apply it in your life..
and please dont be such an ignorant person..
or else, it will only a paper exam oriented questions for you..

please. please again..
we dont have much time left.
our enemy will soon attacking us..
the kiamat will soon arrived..
when the sun rise in west..
everything will be useless..
such a handfull of amal you will present to Him soon..
and solat will be the first to be asked..

what??
all you can think is enjoying every pieces of your life with those maksiat, and all??
havent you realise that life in afterlife is EVERLASTING?
you've got only 2 choices..
Heaven or Hell..
Everlasting..Kekal Abadi..Selamanya..

uncovered yourself to the man as if you dont know its a sin??
all you can say, hidayah xdatang lagi..
is that all??
being born in islam and having iman in your heart, were the greatest nikmat of all..

being socially with guys as non-muhrim..
wah3..
laughing-touching-slapping them here and there..
who'd give you the permit to do so??
being cool la ni..
relax la..
kubur masing2 kan??

dunia is not everything ok..
life in heaven had been described in the quran beautifully..
nothing can be compared to the great nikmat in heaven..
yet no one can describe heaven..
as its too special only for the choosen one..

dont you want to be one of them??

ok..
if its that's all you can think about?
life to its fullest..enjoy la..
huh..
all that i can say..
Our Lord is Forgiving & Merciful
let us refer back to Quran and Sunnah..
the only holy things that left behind by our prophet..
if you can successfully follow both of it..
we will be with Rasulullah in Padang Mahsyar..
insya allah..

life is only once. so do our best to please the Almighty.

oh allah,
please forgive us for you alone can forgive all of our sins..
ameen~

p/s : im writing this to remind me myself and others~




09 April 2009

Barisan Kepimpinan Baru~


Salam..
Pernah terfikir jadi menteri???.
Boleh bayang?
Setakat jadi pengawas sekolah pun kelam kabut. Inikan pula menteri negara.
Fuhh..

Melangkah ke dunia baru. Barisan kepimpinan neg yg baru dah diumumkan. Tapi ramai ke yg tahu?. Apalagi, mari lihat pemimpin-pemimpin negara kita. Kabinet Baru Malaysia.

Selamat Bertugas~
Mungkinkah pimpinan kali ini lebih baik?. Saksikan sja kelak.

Mungkin nmpk cam pelik, tapi, tak tahu kenapa ye? Dapat instinct aka firasat yg kuat.
Salah seorg drpd kwn2ku kelak ada yg jd pemimpin negara.
Insya allah~
Siapa tahu? Mungkin ya mungkin x.
Berat betol tggungjwab+amanah yg dipikul. Kelak akan disoal akan kepimpinan kita. Semuanya
akan disoal..


klik utk paparan jelas~







PERDANA MENTERI :
Datuk Seri Najib Tun Razak


TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

JABATAN PERDANA MENTERI:

Menteri:

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon
(Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)

2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
(Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)


3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
(Unit Perancang Ekonomi)


4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom
(Hal Ehwal Agama Islam)



Timbalan Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong

2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim

3. Datuk S.K. Devamany

4. Ahmad Maslan

5. T. Murugiah

KEMENTERIAN KEWANGAN:

Menteri:
Datuk Seri Najib Tun Razak


Menteri II:
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah


Timbalan Menteri:

1. Datuk Chor Chee Heung

2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin

KEMENTERIAN PELAJARAN:

Menteri:
Tan Sri Muhyiddin Yassin


Timbalan Menteri:

1. Datuk Dr Wee Ka Siong

2. Dr. Mohd Puad Zarkashi

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:

Menteri:
Datuk Ong Tee Keat


Timbalan Menteri:

1. Datuk Abdul Rahim Bakri

2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:

Menteri:
Tan Sri Bernard Dompok


Timbalan Menteri:
Datuk Hamzah Zainudin


KEMENTERIAN DALAM NEGERI:

Menteri:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein


Timbalan Menteri:

1. Datuk Wira Abu Seman Yusop

2. Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:

Menteri:
Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim


Timbalan Menteri:

1. Datuk Joseph Salang Gandum

2. Senator Heng Seai Kie

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

Menteri:
Datuk Peter Chin Fah Kui


Timbalan Menteri:
Noriah Kasnon


KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

Menteri:
Datuk Seri Shafie Apdal


Timbalan Menteri:

1. Datuk Hassan Malek

2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:

Menteri:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin


Timbalan Menteri:

1. Datuk Dr. Hou Kok Chung

2. Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Menteri:
Datuk Mustapa Mohamed


Timbalan Menteri:

1. Datuk Mukhriz Mahathir

2. Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:

Menteri:
Datuk Dr. Maximus Ongkili


Timbalan Menteri:
Fadillah Yusof


KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

Menteri:
Datuk Douglas Uggah Embas


Timbalan Menteri:
Tan Sri Joseph Kurup


KEMENTERIAN PELANCONGAN:

Menteri:
Datuk Ng Yen Yen


Timbalan Menteri:
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib


KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

Menteri:
Datuk Noh Omar


Timbalan Menteri:

1. Datuk Johari Baharum

2. Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERTAHANAN:

Menteri:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi


Timbalan Menteri:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad


KEMENTERIAN KERJA RAYA:

Menteri:
Datuk Shaziman Abu Mansor


Timbalan Menteri:
Datuk Yong Khoon Seng


KEMENTERIAN KESIHATAN:

Menteri:
Datuk Liow Tiong Lai


Timbalan Menteri:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:

Menteri:
Datuk Ahmad Shabery Cheek


Timbalan Menteri:

1. Datuk Razali Ibrahim

2. Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:

Menteri:
Datuk Dr S.Subramaniam


Timbalan:
Datuk Maznah Mazlan


KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Menteri:
Datuk Ismail Sabri Yaakob


Timbalan Menteri:
Datuk Tan Lian Hoe


KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

Menteri:
Datuk Kong Cho Ha


Timbalan Menteri:
Datuk Lajim Ukin


KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

Menteri:
Datuk Seri Sharizat Jalil


Timbalan Menteri:
Datin Paduka Chew Mei Fun


KEMENTERIAN LUAR:

Menteri:
Datuk Anifah Aman


Timbalan Menteri:

1. A. Kohilan Pillay

2. Datuk Lee Chee Leong

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:

Menteri:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin


Timbalan Menteri:
Datuk M. Saravanan


Dipetik daripada:
Akhbar Utusan Malaysia Online



Sekadar perkongsian bersama.
Marilah jangan jadi seperti katak.
Lebih-lebih lagi katak yg rumahnya bawah tempurung..hehe

wassalam~

07 April 2009

kak aryana kim slm sume~

salam..
bismillah~

mlm smlm ym ng senior dr kisas..
akh faiz dan akak aryana..
perbincangan berkisar ke luar negara atau x..
baik n buruk mnurut pndpt msg2..

sebelum tu..
kak aryana kirim salam kat semua~

jadinya..
my condition right now is unpredictable~
yet..
i must wait for the answers to come..

1) tawaran KUIS = dpt

2) MARA = dukacita

3) Yayasan Pahang = permohonan baru diterima

4) Kementerian Pelajaran Malaysia = baru buka tawaran utk PPC

5) UPU = bulan mei baru tahu = 1/5

6) matriks = 17/4

so.. ap yg dibincgkan smlm adlh mengenai prospek kerjaya dalam bdg bhs ni..

as far as i know, tawaran kerjaya dalam bidang bahasa ni sgt terhad.
selain, menjadi cikgu dan pensyarah serta translator yg dapat difikirkan sekarang.

kondisi saya begini :

1) if i got the offer from yysan pahang *insya allah

-i will have to study in morocco for 3-4 years
-come back to lovely Malaysia and find job
or
- continue studying for master
-if there is no job offered, i would have to take diploma pendidikan for 1-2 years. as the qualification to become a teacher you must at least have the diploma pendidikan.

2) if my rezeki is in Malaysia

- UIA is my first choice of all
- i would take TASL as (teaching arabic as a second language)
- it will took me 4-5 years of studying and
-then after several years in teaching field, i wish to continue my study abroad for master in Jordon.

kedua-duanya sama baik dan sama bagus tapi sekarang ni..prospek kerjaya dalam bdg bhs ni, pada pandangan saya itu je..masih dalam proses mencari lagi sekarang~
klu ad ap2 info, sudikanlah menambah..
sebab sedang buntu sket..

apa-apa pun rancangan nya,,
kita manusia hanya mampu merancang, allah jua yang kelak menetukan segalanya..
baik buruk suatu takdir ada hikmahnya..
dan..
satu tazkirah bernas malam tadi~

hadaf belajar di dunia, bukan hanya mahu mencari kerjaya pada masa hadapan..
bahkan lebih daripada itu..
mencari keredhaan allah sudah pasti yang utama~

tapi..

jangan kita lupa..
dalam impian menjadi penyumbang BERKESAN kepada agama, bangsa dan negara. rancanglah masa hadapan sebaik mungkin..
bak kata-kata dalam buku 7 Habits of Highly Effective People..

Habit 2 : Begin with the end in mind

dan kelak the end bagi kita semua adalah penyudah yang sama.

moga-moga pada akhirnya.. kita semua mendapat kedua-duanya..

Rabbana Atina Fid Dunya Hasanah Wa Fil Aakhiroti Hasanah Waqina A'zaabannar~
Ameen..




06 April 2009

3rd award from misz syera~

salam sume..
tak sampai 1mggu..
hehe..
dapat 3 award sekaligus..
haha..
excited lak..
amacam?? best x rkn2 blogku~
hehe..
susah nk cari tuh..
but then, tanx3 a lot to syera..
org bg dy.. dy bg balek..
hehe..
bes2..ske bangat deyh..

ok2..
camne award tuh??

nih dy..

tankq ea..soo..meaningfull~
thats why im going to pass it to my other dearies

1) dear hajar~
2) dear adilah~
3) dear alia~

nnty2.. org pass kt org len lak ea..
okies then..
daa..
wsalam

05 April 2009

award from dearie Siti~

salam..

today is my lucky day..
i just got my first award,, hehe.. first and second in a time..
whoooaa..
quite excited actually..
and as a lucky person, i just got them from mua bloggers friend..
sis siti..

1) da First Award..

drum please...
dum-dum-dum-dum-dum
2) da Second one..

tadaaaa!..

tanx for da lovely award dearie sis..
its soo-totally cool..
orite thats for now..
daa..

o
this award i pass it to~
idah
syera
iejan

wsalam~



02 April 2009

The Story Of The Ark and The Great Flood

assalamualaikum wbt and a very good day ladies and gentlemen..

my name is nurul husna bt mohamad tawfiq..

i came from kolej islam sultan alam shah, klang selangor.

i am also one of the students for the spm leavers programme in uia.

today, i would love to share the story of the prophet nuh alaihissalam.


long,long ago, there were man and women, and then, there were families. but soon the children of adam a.s began to stray to wrong path. this custom displeased allah s.w.t. so, he sent the prophet nuh a.s to the erring people to guide them to the right path. nuh a.s spoke to them in public and preached to them in private. after years of struggle and hardship only a handful of poor people listened to his call. at last, nuh a.s warned his people of an approaching flood, hoping that that would persuade them to ask for allah's pardon. but then, his people turned against him and tried to kill him. in great distress, nuh a.s prayed to his Lord, "help me Lord, i am overcome"

allah then ordered nuh a.s to build an ark "under our watchful eyes". after a very long peiod of hard, tired work, the ark was finally ready. nuh a.s said, "embark!, in the name of allah, it shall set sail and cast anchor. my lord is forgiving and merciful". allah then asked nuh a.s to bring aboard with him each pair of living creatures along with his faithful believers. no sooner had they all on board, the rain started to pour. more and more rain fell each day. the rivers overflowed and the water fell in torrents.

The Ark rose and fell on mountaneuos waves. But when the flood had reached it peak, allah commanded the sky to hold back the rain. The cloud began to part and the rain stopped, and as the level of the water began to go down, the mountain peak began to reappear. The Ark began to rest on Mount Judi in a land now known as Turkey.

Nuh a.s and his companion thanked Allah for saving them from such a devastating flood. Everyone happily came out of the ark. The animals were led to safety.
Nuh a.s prayed "Lord, make my landibg from this ark be blessed, for You alone can make me land in safety"

~Thank You~

well..that's the story that i have presented during the ceritificate giving ceremony..*peace