Bismillahi as solatu was salamu a'la Rasoulillah
Ah sudah, dia tulis lagi pasal ni.
Mula lah tu nak cakap pasal ikhwah kan.
Tak habis habis nak ulas pasal benda ni. Gatal sangat pergi kahwin cepat-cepat.
Kata-kata di atas mungkin antara pemikiran pertama atau impresi pertama sebahagian daripada kalian selepas membaca tajuk post kali ini. Atau saya sahaja yang terlebih lebih memikirkan apa yang orang akan kata.
Terlebih dahulunya, maaf saya pinta andai ini isu sensitif bagi sesetengah orang. Maaf juga andai post ini agak menghakis hati mahupun menggatalkan mata anda ketika membacanya. Cuma saya perlu berkongsi perkara ini.
Ya, lah. Kongsi je. Tapi apa cerita yang nak dibawa berkaitan tajuknya???
Eh, sabar-sabar. Urut dada, tarik nafas terlebih dahulu. Baca dengan hati yang penuh kelapangan ya. Saya ingin membicarakan tentang "Pengalaman saya berMusyrif atau berMuraqib". Dua juta kali juga saya berfikir untuk menulis tentang perkara ini.
Lahh... bosan. Klik butang x di tab.
okay.. sambil mengurut dagu.. macam menarik... teruskan teruskan..
Ingat tak pembaca sekalian tentang maksud penggunaan istilah Jejaka Kacak dalam post yang lepas?. Jika masih ada yang belum tahu kisahnya boleh klik di sini.
Kacak yang dimaksudkan dalam konteks post ini adalah lelaki yang budiman, berbudi bahasa, budayawan, atau gentleman. Saya kehilangan vocab untuk menggambarkan kacak yang bukan pada wajahnya tetapi pada akhlaknya. Haa, berakhlak orangnya.
Kacak yang dimaksudkan dalam konteks post ini adalah lelaki yang budiman, berbudi bahasa,
Kisahnya bermula sewaktu pulang dari Pasar Seni ahad lepas. Selepas siap berkemas dan menangkap gambar bersama-sama sukarelawan Dapur Jalanan, sebahagian daripada kami mahu makan malam di KFC.
Tetapi saya dengan kepala yang sudah berdenyut juga badan penat yang merayu untuk pulang menyatakan hasrat kepada mereka untuk tidak bersama sama. Saya dan 4 orang lagi akhawat berpakat untuk pulang lebih awal. Saya sebagai kak long kepada mereka terasa bertanggungjawab untuk menjaga adik adik. Ceywah. Maka berjalanlah kami pulang dalam jemaah.
Sedang kami berjalan, saya sudah perasan ada dua orang ikhwah berjalan terlebih dahulu di hadapan kami. Dalam hati, "Oh, agaknya mereka ni nak balik UIA jugak kot. Boleh ikut sekali". Tetiba ada seorang lagi ikhwah berjalan melepasi kami.
Mulut ni laju bertanya "Brother nak balik UIA ke? Kami ni pun nak balik juga". Rasanya dalam hati memang yakin boleh berjalan tanpa musyrif entah kenapa mulut ni rajin pula bertanya. Brother tadi anggukkan kepala dan laju kehadapan mengejar dua ikhwah tadi. Terkumat kamit mulutnya melaporkan kepada mereka berdua tentang kami.
Salah seorang daripada mereka menganggukkan kepala dan sempat mengerling ke arah kami. Bermula daripada saat itu, setiap langkah kami diperhatikan brother tersebut. Beberapa jalan yang memerlukan kami melintas jalan, pasti akan ditunggunya sehingga semua selamat menyeberang. Apabila ada kereta yang ingin laju, pasti ditahannya untuk kami lalu.
Saya tertawa kecil sambil berkata kepada adik "Acu, agaknya ni mesti kali pertama dia jadi musyrif kan? Kenapa dia concern sangat?". Saya jadi hairan akan kebaikannya. Apsal lah nak pelik dengan orang yang nak buat baik?.
Menaiki escalator sempat dia bertanya, "Kita solat dulu boleh?". Saya dengan muka jujur kepenatan hanya berkata "Haah, solat dulu".
Ramai pula yang beratur maghrib itu membeli token. Tiga daripada kami berjalan dahulu menggunakan kad Touch n Go ke arah surau dan yang lain lain beratur membeli token.
Sekali lagi, brother yang concern tadi seakan puas mencari sesuatu. Saya berjalan perlahan ke arahnya. "Surau perempuan tak adalah, yang ada surau lelaki je. Nanti sisters sembahyang lah dulu ya, ada sorang je pakcik dalam ni". Puas dia menerangkan. Tetapi akhirnya apabila kami bertanya, terus seorang janitor mengalihkan papan Caution Wet Floor yang menghalang laluan ke Surau Muslimat. Rupanya air tiada di tandas, tetapi surau masih boleh digunakan.
Sesudah sembahyang kami terus menaiki LRT pulang ke Gombak. Mereka bertiga berdiri memberi tempat kepada kami untuk duduk. Sehinggalah tiba di Putra bas ke UIA masih belum sampai. Kami berlima pun duduk di hadapan kedai buah dan jajan. Manakala, brothers bertiga tadi berjalan ke kerusi yang paling hujung betul betul di hadapan tempat bas akan berhenti.
Saya duduk dengan pandangan kosong ke hadapan. Sesekali Acu sua buah ke mulut, disuap manja gitu. Baik sungguh adik saya sorang ni. Yang lain lain pun ada buah di tangan mereka, "Semua orang mesti dah lapar kan?" kata saya.
Sambil kami mengunyah perlahan buah potong tadi, Acu bersuara "Akak, akak rasa kita boleh balik sendiri tak kalau diorang tak ada?". "Tu lah pasal, akak berani je nak balik UIA sebab kita ramai. Tak sangka lah pulak jumpa orang yang sweet nak jaga kita sampai macam tu" kata saya. "Kann kak" sambil Acu menyuap buah ke dalam mulutnya.
Hampir 20 minit kami menunggu bas, tetiba ada suara menegur "Sisters kenapa duduk sini, bas akan berhenti dekat hujung sana, better duduk sana". Saya paling muka ke belakang, brother tadi rupanya. "Alahai, kenapa baik sangat", "Ya Allah, jangan sweet sangat". Kami tersentuh lagi dengan keprihatinan dia.
Saya yang sudah tak hirau apa yang berlaku di sekeliling ikutkan sahaja katanya. Lama sungguh malam berlalu bas masih tak kunjung tiba. Sehinggalah lebih kurang 30 minit berlalu, barulah kelihatan bas Rapid 231 muncul.
Bas tiba dan akhirnya kami pulang. Malam itu ramai sungguh pelajar UIA keluar bandar. Brothers yang bersama kami tadi mencari tempat duduk, tetapi brother concern mencadangkan mereka untuk berdiri sahaja. Otak saya sudah dipenuhi angin ketika itu. Pening dan hanya memikirkan untuk ke cafe sesampainya kami di Mahallah. Tapi hati tetap merasa kehairanan atas kebaikan lelaki tersebut. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan. Dan saya berterima kasih kepada brother tersebut atas keprihatinan yang agak manis(sweet) pada hari itu.
Jadi, apa moralnya daripada cerita ini?
1- Akhawat, berusahalah untuk berjalan secara berjemaah ke mana jua kita pergi.
2- Namun, tidak dinafikan juga kepentingan mempunyai musyrif.
3- Musyrif yang baik akan prihatin dengan ahli yang dibawanya. Bukan hanya sekadar berada di hadapan berjalan tanpa tahu apa yang terjadi di belakang.
4- Masih ada lagi ramai orang kacak (baca:gentleman) di atas muka bumi ini. Dear akhawat, janganlah kita berputus asa.
5- Masih ramai lagi yang telah berjaya dididik untuk sentiasa menjaga kita akhawat dalam apa jua hal.
6- Baik kepada akhawat bukan bermakna gatal atau menunjuk-nunjuk. Baik dan prihatin itu sikap Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam sebuah kisah diceritakan, ada seorang isteri sahabat berjalan sendirian memikut beban di kepalanya untuk di bawa pulang. Rasulullah ternampak akan sahabiah tersebut lalu menawarkan tunggangan untuk dinaikinya. Namun, ditolak dengan baik oleh sahabiah tersebut lantaran teringatkan cemburu suaminya yang tinggi. Nah, bukankah ini bukti Rasoulillah insan yang sweet lagi prihatin pada para sahabiah?
7- Meminta bantuan musyrif tidak bermakna akhawat itu terlalu lemah dan suka minta dilindungi. Akan tetapi ia juga menjadi sebuah penghormatan kepada ikhwah sebagai rijal qawwamoun. Berbanggalah kalian!.
Saya tidak bercadang pun untuk berkongsi kisah ini. Tergerak hati untuk menulis pun atas rasa perlu bila terbaca petisyen Say No to Akhawat Perubatan hanya kerana mereka tidak mahu menggunakan khidmat musyrif. Lucu dan nampak kebudak budakan. Tapi isu yang dibawa itu yang saya maksudkan.
http://www.change.org/petitions/ikhwah-bujang-mesir-say-no-to-akhawat-perubatan-mesir
Saya pun tak terbayang akan perlukan musyrif di Malaysia. Tapi kalau di Maroc dahulu, kami akan bergerak bersama sama jikalau berjaulah. Di situ, bagi saya, ikhwah juga akan belajar bagaimana mengurus kesabaran dalam menunggu akhawat bersiap, berhenti solat dan bershopping. Ala-ala belajar sebelum membina Baitul Muslim. Tak lah terkejut sangat nanti harapnya kalau si isteri suka berwindow shopping dan memang jenis orang bersiap lambat.
Wallahu A'lam. Sekadar perkongsian cerita dan cetusan rasa. We can agree to disagree. Tapi ini sudut pandang saya tentang isi musyrif ini. :)
Terima kasih atas kesudian membaca.

2 comments:
Bestnya jumpa musyrif!
Aku kekadang nak keluar malam, rasa tak secure sebab takde musyrif. Hahaha padahal keluar gi makan je.
Cepat cepatlah cari musyrif ke syurga.. hehe.. dekat dah tu.. boleh teman gi semua tempat siang dan malam.. ;)
Post a Comment