Amaran : Post kali ini terlalu banyak kalimah Kaf Ha Waw Ya Nun
Adakah saya akan berKaf Ha Waw Ya Nun?
Atau adakah sahabat saya yang akan berKaf Ha Waw Ya Nun?
Siapa yang akan membina masjid tidak menjadi persoalan. Cuma saya tertarik untuk berkongsi pendapat dan pengalaman mengenai perkara yang hangat diperkatakan oleh anak muda seperti saya. Kisah saya mungkin biasa-biasa sahaja penulisannya, tapi diharapkan semua mendapat manfaat bersama.
Situasi 1
Bouchra dan Siham kawan baru Maliziat tahun pertama di kuliah menghampiri Syaz, Gia, Nor dan Yani di hadapan Syu'un Tollabi yang ditutup.
"Kaifa halokon? Hal antunna bikhayr?" tanya Bouchra kepada mereka.
"Alhamdolillah, kull syaik bikhayr. Wenti? Kaifa haloki?" Balas Nor.
Mereka bersapa bertanya khabar dan bertanya tentang pelajaran sehinggalah Bouchra mengeluarkan henset Samsung touchnya.
"Keluarga Bouchra mesti keluarga yang berada", bisik hati Nor.
Sesudah jari-jemarinya menekan skrin sentuh hensetnya itu, dikeluarkan pula beberapa keping gambar suasana perkahwinan yang gah dan mewah, anak menteri pun kalah. Mereka semua terpesona dengan kecantikan sang pengantin di dalam gambar-gambar tersebut. Lalu Syaz bertanya kepada Bouchra, gerangan siapa di dalam gambar tersebut,
|
sekadar hiasan |
"Bouchra bukan ke ni awak?".
"Ya, mestilah semua ini gambar saya." jawab Bouchra.
"Wah, tahniah ya awak dah berkahwin!" sambung Gia mengucapkan tahniah.
''نعم, كنت متزوجة. ولكني مطلقة" Ya, saya pernah berkahwin. Tetapi sekarang saya sudah bercerai.. Dengan bersahaja Bouchra membalas ucapan tahniah Gia.
Nor yang terpinga-pinga seorang diri di situ bertanya " ماذا قلت بشرى؟'' Apa awak cakap Bushra?
"أنا مطلقة! مطلقة.." Saya dah becerai.. bercerai.. diulang-ulang lagi ayat tersebut.
Nor yang sememangya lambat memproses maklumat, atau bahasa lainnya lampi iaitu lambat pick up mengulang-ulang perkataan Mutollaqah.. Tolaq.. Talak.. dalam fikirannya.