Bismillahi as solatu was salamu a'la Rasoulillah..
Saya akan sentiasa kagum dengan mereka yang Allah selalu kirimkan ilhamNya untuk menulis menyebarkan kata-kata yang dapat menyentuh hati-hati manusia. Subhanallah.. hebat..
You Oh Allah..
Moga Allah sentiasa jadikan kita semua dalam kalangan mereka yang mendapat hidayahNya.. amin..
Angel Pakai Gucci
Conversation started 13 November
22:27
NourlHousna Tawfiq
assalamualaikum wbt,
en APG, nama saya husna, saya suka menulis dan mempunyai sebuah blog...
saya tak pasti kalau en APG pernah alami apa yang saya alami, tapi saya ingin bertanya,
1) pernah tak en APG diuji Allah dengan apa yang en APG nukilkan? bagaiman en bangkit dan terus menulis, sbb selalu saya rasa terus hina dan tidak layak untuk memberi nasihat pada yang lain..
2) adakah en punya jadual rutin untuk kekal istiqamah dalam menulis? atau menulis di waktu en APG mendapat ilham?
3) en APG sudah menjadi penyumbang artikel majalah JOM, en APG berminat utk menulis sebuah buku?
ahlan wasahlan ke blog saya..
Taman ✿ Hati
resamkehidupan.blogspot.com
Sunday
22:20
Angel Pakai Gucci
Salaam a'laikum warah matullah,
Maaf atas kelewatan menjawab mesej anda ni. IAllah saya cuba jawab secara ringkas:
1) PErnah, selalu sgt. T__T Tp kalau disebabkan tu kita amik keputusan ntok berhenti berdakwah, maka kita telah menggembirakan syaitan. Huhu.. Jgn mengalah dan teruskan mujahadah.
2) Takde. Menulis sewaktu idea dtg.
3) iAllah mmg ada niat. Doa2kan..
Allahu a'lam
firsly dont ever under estimate yourself, secondly, never under estimate anyone, cause you dont know what they're capable of..
Buat mereka-mereka yang masih sukakan Oppa Gangnam Style.. Tarik Nafas dan Sila baca.
Saya bukan nak "bajek" expert tentang Kpop. Tapi yang saya tahu, PSY seorang artis senior yang sinis dan menyalurkan pendapatnya melalui lagu, dia tulis hampir semua lagu dalam albumnya. At first, dia memang nak sindir budaya hidup di Gangnam sebuah daerah di South Korea, tapi pada akhirnya dia juga terjebak sama sejak lagunya meletup. Nah.. baca kisah di bawah dan sila bersyukur atas nikmat Iman dan Islam.
Saya kongsikan disini untuk dijadikan pengajaran walaupun kesahihannya juga tidak diketahui.. Allahu a'lam, dan Allah juga yang Maha Mengetahui.
Bismillah as solatu was salamu a'la Rasoulillah. . .
19 November 2012
Tangan kiri masih bengkok tak bermaya. Siku pula terasa lenguh selepas enam minggu baru digerakkan. Sedang tangan kanan pula memegang nombor giliran 3086. Saya di HTAA lagi untuk sekian kalinya patuh menghadiri temujanji bersama doktor. Pergelangan tangan kiri masih nampak bengkak sedikit dan agak bengkok jadinya. Saya cuba gerak-gerakkan pergelangan dalam pusingan. Sakit. "Moga-moga hari ni dah tak payah pakai casing" bisik hati.
Duduk di hadapan saya dan Huda, sebuah keluarga bahagia sedang bermain bersama. Si Ayah bermain dengan anak sulung lelakinya, Si Ibu pula melayan anak perempuan yang berusia 6 bulan agaknya. Sayu pula tetiba terasa.
"Akak kena sihat, kalau tangan tu sakit, macam mana nak pegang baby nanti" kata-kata Ummi terngiang di telinga. Sayu hati. Dengan keadaan saya begini, angkat kuali pun terasa sakitnya. Oh Allah..
Suami. Anak. Satu episod kehidupan bagi mereka yang terpilih dengan izinNya. Kedua-duanya adalah modal pahala kita di dunia. Mungkin ramai yang pandang perkahwinan sebagai sesuatu yang menyeronokkan. Tetapi ramai juga yang lupa modal pahala terbesar seorang anak juga adalah ibu dan bapa.
Sebelum kita menginginkan seorang pasangan, mendambakan anak, molek rasanya perbaiki diri terlebih dahulu. Semua mahukan suami yang beriman dan bertaqwa, maka, jadilah kamu seorang yang beriman dan bertaqwa. Kita mahukan anak yang soleh solehah, sudahkah kita menjadi anak yang menjadi penyejuk mata ibu bapa?
Perkahwinan adalah sebuah tanggungjawab. Didiklah diri menjadi manusia yang benar-benar bertanggungjawab. Bertanggungjawab pada diri sendiri adalah langkah permulaan yang sangat penting.
Budaya perkahwinan para remaja yang semakin pesat progresnya disambut dengan pelbagai reaksi. Namun, pada akhirnya, semua kembali kepada diri remaja tersebut sama ada mereka berjaya membuktikan diri mereka mampu berdikari dan menjadi seorang yang matang lagi bertanggungjawab.
wallahu a'lam.
# kakak senior ramai dah membina masjid, ramai juga yang sedang mengandungkan bakal mujahid..
subhanallah.. indah.. =')
video ni sangat comel dan berinformatif.. mereka yang baru melahirkan anak, mungkin video ini akan membantu.. :)
Post ini telah ditulis khas buat ahli PMMM a.k.a mahasiswa Maghribi. Tapi saya yakin sahabat sekalian boleh relate sedikit sebanyak simptomnya pada diri masing-masing.
Ini jihad kita melawan nafsu, sedikit demi sedikit moga terus istiqamah.. Selamat Mujahadah!
Internet Addiction Disorder
(Gangguan Ketagihan Internet)
Adakah anda salah seorang daripada pesakit penyakit di atas?
Mari kita jalankan soal selidik seperti di bawah.
PilihYaatauTidakbagi setiap soalan.
Adakah anda terlalu asyik menggunakan Internet? (sehinggakan sering menanti sambil terbayang nikmatnya waktu online seterusnya )
Adakah anda merasa keperluan untuk menggunakan Internet bertambah semata-mata untuk memenuhi kepuasan hati?
Adakah anda sering gagal dalam setiap kali cubaan menghentikan, mengurangkan dan mengawal penggunaan ?
Adakah anda menjadi resah, penat, tidak keruan, tertekan, dan gelisah setiap kali anda cuba mengawal atau menghentikan penggunaan Internet?
Adakah anda online melebihi waktu yang anda inginkan pada awalnya?
Pernahkah anda gagal dalam sesuatu perkara seperti dalam melaksanakan kerja, belajar dan melepaskan peluang yang lain disebabkan penggunaan Internet yang berlebihan?
Pernahkah anda mengelak dan memberi alasan kepada ahli keluarga anda mahupun teman semata-mata untuk memenuhi kepuasan menggunakan Internet?
Adakah anda menggunakan Internet untuk lari daripada masalah, melepaskan tekanan, dan menenangkan diri anda mood yang tidak stabil?
Jikalau jawapan YA yang anda berikan melebihi 4 kali,
malangnya anda telah dijangkiti penyakit IAD atau Internet Addiction Disorder yang melampau.
Simptom berikut pula merupakan Gangguan Ketagihan Internet yang telah ditunjukkan oleh
mahasiswa-mahasiswi Malaysia di Maghribi.
Simptom 1 : Menghabiskan sebahagian besar masa menghadap laptop daripada menghadap kitab.
Simptom2: Mengupdatedrama bersiri dan movie-movie terkini Melayu, English, Korea, Jepun mahupun Thailand dan Hindustan.
Simptom 3 : Berpisah daripada laptop mahupun tidak dapat online ketika bermusafir ke wilayah lain merupakan taboo untuk mereka.
Simptom 4 : Waktu beramah mesra dengan ahli rumah dihadkan kepada waktu ketika line Internet terputus atau lambat, waktu makan, dan waktu solat berjemaah serta usrah sahaja(jikalau aktiviti tersebut masih dijalankan bersama).
Simptom 5 : Ketibaan tetamu di rumah tidak disedari dan tidak terlayan kerana asyik menghadap laptop sambil telinga dipasang headphone yang melekap.
Simptom 6 : Pencarian maklumat untuk menyiapkan urudh (assignment) dan kerja rumah yang diberikan pensyarah lebih tertumpu kepada penggunaan Internet (COPY-PASTE) berbanding penggunaan perpustakan.
Simptom 7 : Kebolehan menaip menggunakan keyboard laptop menjadi lebih laju,pantas dan efisyen dekkerapnya menaip perbualan chat di Yahoo Messenger, MSN dan lain-lain.
Simptom 8 : Pergaulan dengan masyarakat sekeliling dan kawan-kawan Arab sekuliah dihadkan mahupun dihapuskan secara total untuk lebih memberi ruang kepada masa beronline.
Simptom 9 : Kebolehan menulis dan membaca teks Bahasa Arab masih lemahkerana masa lebih diluangkan dengan pembacaan blog, cerpen, novel bersiri mahupun fiksyen dalam Bahasa Malaysia dan English dan aktiviti beronline yang lain.
Simptom 10 : Mengantuk dan tidak fokus di dewan kuliah kerana berjaga malam untuk menonton cerita, berbual di YM, bermain game, dan lain-lain perkara yang tidak bermanfaat untuk mereka.
Simptom 11 : Rumah ahli persatuan PMMM tidak ubah seperti sebuah Cyber Cafe yang besar dilengkapi ruang tamu, bilik tidur, tandas dan dapur
Anda tersengih bersendirian? Siapa makan oren mesti dia terasa masam manisnya bukan?
Elakkan diri anda daripada menyesal di kemudian hari. Bendunglah penyakit ini dengan bersungguh-sungguh. Setiap saat dan minit yang berlalu merupakan sejarah yang telah kita cipta. Selangkah kehadapan tidak akan sama dengan selangkah ke belakang, kerana kedua-duanya merupakan sejarah yang berbeza. Sepanjang keberadaan kita di bumi Maghribi ini menuntut ilmu, ciptakanlah sejarah manis melalui pengalaman yang berharga yang dapat anda perolehi di sini. Setiap usaha kita dan titik peluh dalam mengejar ilmu itu saksinya adalah satu. Dialah yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui. Dia jugalah yang akan menghitung setiap amal yang kita lakukan di dunia ini.
Bismillahi as solatu was salamu a'la Rasoulillah.. Tarik nafas panjang-panjang. Teruskan menaip husna. Terus dan jangan berhenti.
Assalamualaikum semua.. dah lama kan saya tak menulis?
Incha Allah, pos kali ini saya ingin berkongsi sebuah kisah.
Kisah Paranoid Seorang Muallimah.
Pada tanggal 3 Oktober 2012, saya masih ingat hari bersejarah tersebut hari Rabu. Muallimah Husna segak berabaya hitam ke sekolah (saya lah tu). Macam hari-hari sebelumnya, rutin harian seorang muallimah berlalu seperti biasa.
Hari itu saya rasa agak mesra rakyat terlebih pula. Usai solat Zohor dalam perjalanan pulang dari Masjid selepas berjemaah dengan anak-anak Irsyad untuk ke Bilik Guru, saya dikerumuni anak-anak 3 Umar sama-sama berjalan pulang ke kelas. Salman, ditolak pelajar darjah 4 cedera. Kawan-kawannya sibuk melaporkan kejadian macam saksi yang mahu menegakkan kebenaran. Saya ada kelas Akidah dengan mereka. Masih ada dua masa berbaki sebelum tamat sekolah pukul tiga petang.
Oh ya, pada hari yang sama juga, saya telah merawat lebih tiga orang pelajar yang datang ke Bilik Guru dengan macam-macam lagi sakitnya. Ya, sekali anda menjadi seorang guru, nak-nak lagi Guru Kelas sesungguhnya anda telah dinobatkan dalam masa yang sama menjadi seorang Jururawat, Tukang Sapu, Pereka Dalaman dan Pakar Kaunseling. Pengalaman..
Menjadi seorang muallimah(guru) yang baru sahaja bekerja selama sebulan. Saya masih mentah dalam menangani masalah pelajar. Saya masih terlalu Ideal. Mahukan kesempurnaan, perubahan dalam setiap perkara yang kita lakukan. Terlalu Optimis sehingga menjadi terlalu Perfectionist. Dah mula boleh agak ke mana jalan cerita ini akan pergi? wink-wink ;)
Alkisahnya, ada kisah chenta dalam kalangan anak-anak darjah tiga. Kebetulan, saya mengajar semua kelas darjah tiga. Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Makanya, saya boleh baca gerak-geri pelajar. Sambil-sambil bergosip dengan mereka, bocorlah jua maklumat mereka yang berutus-utus surat cinta. Terpengaruh dengan lagu-lagu chenta Najwa Latif dan Ainan Tasneem agaknya. Mereka sangat berani dalam menyatakan hasrat hati jiwa dan raga. Oh!
Hendak dipendekkan cerita,saya dapat laporan daripada guru lain, anak-anak dara kelas saya sibuk berutus surat dengan anak teruna kelas lain. Saya terasa sangat protective dan tak dapat menerima pada mulanya bagaikan seorang ibu yang tak mahu anak daranya berperilaku sebegitu rupa. Terasa tak masuk akal, kecik-kecik dah pandai bermain surat. Mungkin bagi sesetengah orang akan berkata, ''alahai comelnya lahh dah pandai main surat", namun saya yang tak cool ini gagal nampak apa pun yang comel daripada perbuatan tersebut. Malah, saya rasa tersangat tidak selesa.
Tetapi, apabila perutusan surat berlaku di depan mata saya, sewaktu saya sedang mengajar, dalam masa yang sama mereka langsung tak mengendahkan apa yang saya cuba ajarkan di hadapan, saya terus mengambil langkah. Geram memang geram tapi saya tak mahu buat sesuatu yang mengaibkan mereka, mata saya terpaku ke arah banat (budak perempuan) yang sibuk menulis surat, dan berjalan laju merampas surat tanpa sebarang kata. Saya simpan surat-surat tersebut di bawah buku PnP dan terus mengajar seperti biasa.
" Kelas, muallimah nak antum bayangkan sebuah pokok yang tinggi penuh dengan epal-epal yang ranum." saya mencelah lalu saya melukis sebatang pokok dan buah-buah epal di papan putih.
"Banat, muallimah nak kamu jadi epal-epal yang tinggi, mahal, susah nak dicapai, bukan macam epal-epal yang jatuh kat bawah tanah dah busuk. Walad pun sama, kena tolong banat, muallimah tak nak lah dengar benda yang bukan-bukan, main-main surat, muallimah pun tak pernah ada boyfriend taw" bebel saya.
Ah, saya pasti mereka agak kurang faham dengan penjelasan saya. Tapi saya harap mereka rasa apa yang saya cuba sampaikan. Oh Allah.. Waktu itu, Syafaatullah dan Taha seronok bergurau sampai tak sengaja terkoyakkan kertas edaran saya hari itu. Saya keluar kelas dan ambil kertas A4 kosong dan pulang untuk tulis semula soalan ulangkaji Aqidah. Saya terus sambung mengajar dan saya baru teringat yang saya masih belum mengedarkan jadual peperiksaan untuk minggu hadapan. Terus saya minta izin lagi untuk keluar.
Dalam Bilik Guru, saya tersempak dengan Muallimah Jameelah,
"Muallimah, kita ni berbesan lah nampaknya, budak-budak ni main-main surat lagi" kata saya dengan nada berseloroh.
"Ye ker? Siapa yang mula dulu? Muallimah rasa banat yang selalunya suka mulakan dulu" kata muallimah. Terasa sedikit tertampar waktu itu.
"Oh macam tu ya, tapi saya dah rampas surat-surat tu hari ini."
"Surat...!" saya terjerit kecil, terus saya teringat surat-surat yang saya tinggalkan dalam kelas. Emosi mengalahkan rasional, paranoid menjelma. Saya terus bangkit dari kerusi dan berlari anak dalam abaya keluar dari Bilik Guru yang perlukan kami menanggalkan kasut sebelum masuk ke bilik itu. Tetiba saya mula terbang melayang.
Saat saya melangkah keluar, saya nampak dunia terus melaju pergi dan saya tergelincir ke kiri dengan ayunya bak seorang puteri. Lebih kurang macam gambar ini..
Rasa malu terus menghempap! Ya Allah,saya nak bangun cepat-cepat. Alhamdulillah, waktu tu kelas sedang berlangsung maka tak ramai yang menjadi saksi kejadian yang agak memalukan tersebut. Saya terus bingkas bangun sambil mengawal keayuan raut wajah menahan kesakitan tangan kiri saya yang tiba-tiba terasa kebas. Saya bergegas ke kelas, memberi alasan kepada rakan guru yang menjadi saksi "Saya ok je" sambil mengangguk-angguk tersengih tawar.
Sampai di kelas, saya hulurkan jadual yang ada di tangan kanan dan terus duduk. Kesakitan yang amat mula terasa. Tapi saya masih menggelabah mencari surat yang dirampas tadi. Puas saya bertanya mereka, rupa-rupanya surat itu masih tersimpan baik. Saya mula perasan yang jari saya tak dapat digerakkan. Saya menunduk ke bawah melihat tangan sambil cuba mengurut. Budak-budak mula bising " Jangan bisinglah, muallimah tengah menangis tu", "Weyh, muallimah husna merajuk lahh..", "Muallimah, kenapa ni?". mereka bertanya.
Kepala diangkat sambil tersenyum, "Tak ada apa-apalah, muallimah sakit sikit je, tadi muallimah terjatuh, dah semua orang duduk ya, siapa dah siap latihan.. hantar". Saat itu, dua orang budak kacak lagi bertuah, Syafaatullah dan Taha terus bergurau, dan akhirnya kertas latihan yang saya tulis buat kali kedua tadi, koyak lagi. Ya Allah, saya agak tensyen waktu tu, dengan tidak semenanya, Muallimah Husna menjadi Super Saiyan.
Saya jerkah mereka dimulai dengan "Awak ingat murah ke kertas yang muallimah bagi tu??.............. "
Tanpa saya sedari, air mata saya mulai berderai. Dengan penuh syahdunya saya menasihati mereka dengan air mata berjujur (agaknya sebab saya rasa sakit kot). Saya selitkan lagi tentang surat-surat tadi, dan akhirnya saya meminta maaf kepada mereka dan minta izin untuk keluar kelas. Sebabnya, saya memang tak dapat tahan rasa sakit. Mujur hanya berbaki 10 minit sebelum tamat kelas.
Petang itu, saya ditahan di wad. Keesokan harinya, saya tidak hadir ke sekolah. Maha Suci Tuhan, dengan hanya tergelincir, tangan saya boleh patah dan teralih tulang Radius dari pergelangan tangan.
Sewaktu ditahan di wad, pelbagai soalan menerpa "Paranoid sangatkah aku?"satu suara berbisik. Satu suara lagi membalas, "Sepatutnya aku lebih percayakan mereka, tak perlu risau tentang surat tu". "Biarlah mereka belajar daripada kehidupan, belajar daripada kesilapan, kadang-kadang ada benda yang boleh disuluhkan, kadang-kadang ada perkara yang perlu kita biarkan" bisik hati lagi.
Salah ke apa yang aku cuba buat?. Saya cuma tak nak mereka ambil ringan bab ikhtilat. Tapi mungkin cara saya salah. Saya masih baru bersama mereka. Saya tak layak untuk menghakimi tanpa betul-betul mendekati. Dan akhirnya, saya menerima hakikat bahawa ini adalah hukuman dan peringatan buat diri saya. Manakan tahu, mungkin saya dah terguriskan hati ibu bapa saya. Manakan tahu, ini juga balasan atas dosa-dosa saya yang lalu. Mungkin jua ini peringatan untuk mereka yang disekeliling saya.
Yang pasti, simen ini mengajar saya untuk lebih bersyukur atas nikmatNya. Terasa kehilangan nikmat kesempurnaan sewaktu menadah tangan untuk berdoa, mengangkat takbir untuk bersolat dan dalam pekerjaan lain. 19 haribulan ini saya akan mula buka simen selepas enam minggu bertangan batu.
Apa moral dan pengajaran daripada post ini? Saya pun tak dapat nak highlightkan yang mana satu. Sebab sekarang ini pun saya masih struggle dengan diri sendiri cuba menjadi yang lebih baik hari demi hari.
sekalipun kita terjelopok dalam kumbahan dosa..
maksiat mengotori jiwa, mengkaburkan mata..
terasa indah walhal tertipu dalam kebahagiaan dunia..
ingatlah.. hujan hidayah dari Allah akan sentiasa menyapa..
hanya tinggal kita mahu menyental kotoran itu atau dibiarkan sahaja..
Saya jadi sangat malu dengan diri. Tatkala, saudara kita di sana sedang bermati-mati mepertahankan diri.
Saya tersangat lena bermimpi membazirkan waktu 'menggemukkan' diri.
Moga Allah menerima taubat kita selalu dan selalu mengirimkan hidayahnya tanpa jemu. Transformasikanlah (hijrah) diri kita menjadi manusia yang lebih baik hari demi hari. Sebab kita tak tahu, bila kita akan mati. Kita mahu syahid sebagai pengakhiran bukan? T____T
Bismillahi as-solatu was salamu a'la Rasulillah. Termasuk post ini, entah berapa banyak draft yang dah saya tinggalkan separuh jalan. Anda. Saya menunjuk jari telunjuk saya kepada anda. Ya, anda yang sedang membaca post di Taman Hati ini. Ketahuilah, segala perkara yang saya tampilkan dan kongsikan di skrin anda mungkin hanyalah satu helah sahaja. Mungkin juga langsung tidak menggambarkan diri sebenar saya. Dunia facebook, dunia blogger. Dunia yang telah banyak menjadikan diri saya seadanya saya sekarang. Kadang-kadang, bila terasa sangat penuh iman di dada, ilham pula datang, tangan saya laju menekan kekunci tulisan ini dan saat saya kongsikan bersama yang lain, kadang kala ramai yang bersetuju, kadang kala kurang responnya. Tapi saat itu, saya rasa sangat teruja untuk berkongsi. Ada suatu tahap, saya rasa saya mahu kongsikan segala-galanya yang berlaku dalam hidup.
Ada suatu tahap pula, saya akan rasa sangat malu dengan diri saya, ''Oh, apakah aku ini layak untuk menasihati orang sedang diri juga sering teruji?". Sampai saya rasa saya mahu tutup blog ini, sebab terasa sangat hipokrit dengan dunia sendiri. Itulah ujian yang menimpa diri ini.
Kadang-kadang artikel saya terpilih dikongsikan di Iluvislam. Ramai yang akan mula "Add as friend" di Facebook. Banjiran tetamu baru mula menziarahi Taman Hati. Followers juga bertambah hari demi hari. Sampai ada yang sudi berkongsi masalah mereka sama ada melalui emel atau PM. Cloud Facebook Like akan disemak dan komen akan saya baca. Tanpa saya sedari, riak, ujub, takabbur sedang memvirus di hati.
Kita sedang hidup dalam dunia yang membuka aib kita seluas-luasnya, dunia yang menguji keikhlasan kita, dunia yang membuatkan selalu kita lupa rasa "Ihsan" iaitu rasa Allah itu Maha Melihat, dunia yang hanya mahukan kita mengejar kata pujian manusia sahaja, dunia yang mahukan kita orang lain turut bersetuju dengan kita, secara mudahnya, dunia yang membiarkan kita menjadi bukan diri kita. Warna sebenar diri hanya akan dapat dinilai indah atau keruh nampaknya melalui perbuatan seseorang itu. Percakapannya, pergaulannya dengan manusia sekeliling. Penulisannya juga boleh dijadikan kayu ukur. Tapi semua itu bukan untuk kita risaukan apa kata manusia. Risaukan apa yang Tuhan manusia mahukan itu selalu tidak kita hiraukan. Cukup-cukuplah wahai diri, sekadar tampil di hadapan manusia dengan sebaik rupa, walhal tidak cuba perbaiki diri tampil dihadapan Maha Pencipta sebagai sebaik-baik hamba. Sila sepak diri selalu dengan tangan sendiri, biar tangan itu jadi saksi tatkala kita sedang pengsan dalam khayalan dunia. Bukan dunia matlamat kita, kerana kita akan meninggalkannya.
Bismillahi as solatu was salamu a'la Rasoulillah.. Amaran : Post-post sebegini rupa akan membanjiri blog ini tak lama lagi ^ ^
Nikmat mempunyai anak dan rasa tanggungjawab serta amanah yang dipikul dalam membentuk anak tersebut amat besar. Sangat besar. Saya rasa saya telah mula selongkar rasa itu.
Rasa bagaimana untuk menyentuh hati anak tersebut, rasa untuk tidak berputus asa dalam memberikan pendidikan yang terbaik, rasa untuk selalu berusaha bersungguh-sungguh buat mereka.
Semakin besar rasa itu, semakin besar juga harapan yang terbina untuk melihat mereka berjaya dunia dan akhirat.
Mungkin inilah perasaan ibu dan ayah kita bukan?
Minggu ini sudah masuk minggu ketiga saya masih diberi peluang menjadi seorang murabbi. Kembali berbakti di Al Irsyad, taman permainan saya suatu ketika dahulu. Setiap hari pelbagai memori tercipta di sekolah. Seronok dan rasa tercabar untuk lebih kreatif dalam mendidik.
Hasrat umi ayah nak saya sambung Master. Kata mereka, 21 tahun masih muda untuk tidak sambung belajar. Oh, sejujurnya, saya sudah jatuh cinta kepada mereka. Sayang pula rasanya untuk berhenti nanti. Tapi, walaupun saya hanya dapat menjadi guru ganti, saya tak mahu sekadar melepaskan batuk di tangga. Tidak serius dalam bekerja. Insya allah, saya akan tetap bekerja sehingga akhir tahun ini sehingga bulan februari tahun depan.
1 Abu Bakar
Rezeki sambung belajar tahun depan? Kita tunggu dan lihat sahaja bagaimana. Buat masa sekarang, lebih baik saya fokus dalam mentarbiyah diri agar ilmu yang dapat saya sampaikan menyentuh hati mereka. Kalau saya berniat nak ubah insan di sekeliling saya, saya mestilah ubah diri saya dahulu kan?
Allah ada berfirman dalam surah Ar-Ra'du
إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىيُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ ...
Tarbiyah yang paling penting adalah tarbiyah buat diri sendiri terlebih dahulu. Anak-anak kecil sebenarnya masih boleh dibentuk, hati mereka masih bersih dan suci dari noda. Senakal mana pun seorang anak tersebut, marah bukan suatu pilihan, mendidik lebih diutamakan.
Cabaran mengajar 7 kelas yang berbeza setiap minggu memang mengujakan tapi seronok sebenarnya. Macam mana ya nak cerita..hmm, saya mengajar subjek diniyyah, Feqah, Akhlak dan Aqidah. Subjek yang menceritakan tentang keistimewaan Islam.
Jadi, bagaimana caranya saya nak beritahu kepada mereka betapa indahnya Islam ini? Sekadar membaca teks yang ada pada buku? Menyiapkan soalan-soalan dan latihan dalam Buku Aktiviti? Kelas yang saya dapat pula kelas anak-anak yang cerdas berlari sambil menjerit keriangan tanpa mempedulikan sesiapa pun di hadapan mereka. Oh Tuhan, nampak sangat kekredibilitian seorang muallimah bernama Nurul Husna masih belum terbina. ^ ^
3 Uthman
Minggu pertama, misi untuk buat mereka duduk. Minggu kedua, misi untuk buat mereka fokus 10 minit pun ok. Minggu ketiga, misi untuk suruh mereka buat latihan. Minggu keempat, minggu untuk semak latihan yang diberikan dan kesan pelajar bermasalah. Sebenarnya, setiap hari adalah hari yang baru. Cara mengajar juga perlu diperbaharui.
3 Umar
Banyak. Terlalu banyak perkara yang saya perlu belajar. Menjadi guru melalui pengalaman memang mengujakan tapi dalam masa yang sama boleh beri kesan pada diri. Sampai satu tahap, air mata saya mengalir sendiri waktu tulis di papan putih. Haish, nak buat macam mana kalau budak-budak tak mahu dengar kata kita. Kita bukan sesiapa pun, baru seminggu dua berkenalan. Masih tak hangat lagi hubungan antara muallimah dan pelajar. Maka, saya kena buat sesuatu yang menyeronokkan!. Yoshhh~~
Tipulah kalau saya tak pernah marah. Buat muka singa macam mana pun, kalau suara macam anak kucing, susah nak lawan juga karenah 30 anak-anak soleh solehah yang hyperactive di dalam kelas. Oh, subhanallah. Sekarang dah boleh kawal rasa marah dan geram, sebabnya, kalau tak dikawal, boleh jadi syahid dalam mengajar agaknya. Rasa sakit jantung setiap kali menjerit.
Nyaring sebuah jeritan suara, bingitnya mungkin tidak dapat meyentuh hati..
Namun saat suara hati tulus berbisik keranaNya, biarpun perlahan kedengaran, sentuhannya berkesan..
Wahai Allah, Pemilik hati-hati manusia.. Tautkanlah hati-hati kami erat menuju keredhaanMu selalu..
p/s: orang kata kalau bergaduh, kita jerit kuat-kuat sebab hati kita tengah jauh, kalau bercinta, berbisik pun dengar, sebab hati kita sangat dekat.. maka kenalah bercinta dengan anak murid, tak perlu jerit-jerit.
Anak-anak muallimah, bukakanlah hati kalian untuk muallimah ya.. :)
Setiap kali mereka buat perangai, saya cubit kedua-dua pipi mereka dan suruh mereka istighfar 10 kali. Kalau tengah buat kerja lain, saya pinjam buku tu dan pegang. Kalau ada mainan, saya hulur je tangan, mereka akan bagi. OH, THE POWER OF A TEACHER! Sekali je saya hulur tangan sambil mata dikerlingkan , anak-anak ini akan terus bagi. Ajaib kan? Baik je anak-anak ni sebenarnya. Nakal sedikit je campur degil.
Saat melangkah masuk ke kelas..
Pelajar A : Muallimah.. muallimahh.. nyanyi sikit!
Pelajar B : Kita berkenalan dalam laman muka bukuuuu~~~
Pelajar C : Muka muallimah comel macam Najwa Latif.. suara pun sama..
Pelajar D : Muallimah.. muallimah, muallimah ada Facebook tak? Nak minta nombor telefon.. Sign sekali ya.... (sambil buku 3-5 disua)
Masuk dua minggu, saya buat terapi bacaan Al Quran. Saya tak boleh nak menjerit kan? Jadi apa yang saya buat, 10 minit pertama saya ajak mereka baca ayat Al-Quran. Dua minggu ini, saya guide mereka baca surah Taha ayat 1-5. Sampai mereka dapat baca dengan lancar. Walaupun apa yang saya dapat ajarkan sedikit, biar ayat Al-Quran sahaja yang merawat hati mereka.
Ayat pelembut hati, Surah Taha 1-5, ayat-ayat yang telah melembutkan hati Si Bengis Umar ibn alKhattab (r.a) untuk mencintai Islam.
Setiap kali saya mengajar, saya cuba untuk memberi pendekatan logik kepada mereka, dan minta mereka berfikir. Setiap kali mereka buat hal, saya cakapkan pada mereka yang Syaitan tengah hasut kita untuk selalu malas dan nakal dalam kelas. Setiap kali mereka bergaduh pula, saya ambil dan pegang tangan sambil katakan yang tangan ini akan disoal di akhirat kelak.
Muallimah A : Masuk kelas nanti buat muka garang. Biar mula-mula ni nampak garang, nanti diorang lama-lama boleh baca kita.
Muallim B : Anti dapat kelas 3 Omar ya..susah sket kelas tu. Kasi nampak tegas sket bila masuk kelas nanti.
Aina : Adik aku dulu pun macam tu, dia kata memang kena garang-garang waktu mula-mula, nanti diorang pijak kita pula.
Sesungguhnya silibus Gokusen 1, 2 dan 3 serta bermuka garang tak cukup untuk menyentuh hati dan membentuk anak didik andai hati kita kotor kan?. Astaghfirullah..
Saya belum jadi anak yang solehah, belum juga jadi kakak yang baik, namun Allah telah menghantar anak-anak Al-Irsyad untuk saya mentarbiyah diri, baiki kesilapan diri dan belajar dari mereka semua. Sebuah generasi ummat Muhammad yang beriman sedang dalam proses pentarbiyahan.
Moga Allah hulurkan sekali kekuatan dan kesabaran bersama.
Difference between school and life?
School teaches you lessons and then gives you a test.
But life gives you a test and you learn the lessons.
p/s: semua orang suka kalau nama mereka diingati, tapi saya mudah lupa.. so saya kena tangkap gambar mereka.. ><'' 2 Ali, 3 Ali, 4 Umar, 4 Uthman, 5 Abu Bakar dan 5 Umar akan saya update di post akan datang. incha allah.. ;)
Bismillahi as solatu was salamu a'la Rasoulillah.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera pembaca semua!
Nah! Sila tonton cerita tentang kekasih saya..
Macam-macam fenomena luar biasa berlaku sekarang kan? Daripada gelombang Psy-Gangnam Style ke pembatalan saat akhir K-Fiqh Ummah dan akhirnya filem menjijikkan Innocence of Muslim yang kononnya dibikin untuk memberi penerangan tentang Islam, tapi sebenarnya menghina Nabi Muhammad dengan cara yang paling terkutuk.
Saya ada banyak benda yang dikongsikan. Tapi izinkan saya kongsikan sedikit pendapat mengenai K-Pop a.k.a Hallyu Wave yang sedang berombak ganas sekarang.
Ingat tak post saya yang lepas mengenai A confession : Kpop and Me? Alhamdulillah, banyak respon baik yang diterima melalui post tersebut.
Sejujurnya, saya masih lagi tak boleh buang 100% addiction saya terhadap K-Pop. But one thing for sure, saya dah tak lekat depan komputer macam saya dahulunya.
Sebenarnya kan.. Dunia K-Pop banyak ajar saya tentang kehidupan juga. Melalui Big Bang, saya banyak dapat kenalan baru di Facebook. Yeah, kononnya dulu saya suka add dan approve mereka yang ada kaitan dengan Big Bang. Yalah kan, seronok boleh kongsi cerita dengan orang yang faham kita bila orang sekeliling kita tak faham kita. (faham je kan apa yang saya cuba maksudkan!)
Melalui Big Bang juga, saya sangat bertuah dapat jumpa mereka yang sanggup berubah kepada yang lebih baik dengan berusah bersungguh-sungguh membuang jahiliyyah dalam diri mereka. Ingat senang ke? Susah kot..
yeah, sure, one of a kind, is he trying to say he's creating a new religion?
I have nothing against K-Pop or Big Bang. Plus, I am a big fan of G-Dragon too. Tapi sekali dia tunjukkan kepada dunia dirinya yang sebenar melalui Album One of Kind, takkan semurah itu kita nak gadaikan iman kita semata-mata kerana dia GD? Betul tak.. Yang salah tetap salah. Takkan semua perkara kita nak jadi buta dan sokong sewenang-wenangnya. GD's muslim fans, you know what I'm talking about right?
Instead of idolizing these genius artist such as Psy or even GD, copying the dance steps of Oppa Gangnam Style yang memang konfem-konfem tak membawa kita ke syurga. Apa kata kita gali lebih mendalam dasar cinta kita kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan selawat banyak-banyak jadi muslim yang lebih produktif dan jadi muslim yang lebih peka dengan dunia semasa.
Yup, memanglah the so called "tarian kuda" tu kelakar dan dapat memecahkan lemak-lemak di kaki anda dengan cara yang 'menyeronokkan' sebab sekarang kan 'trend'. Tapi, sedarlah, Psy yang buat tarian tu, dapatlah juga at least 1 million USD or more masuk dalam bank dia kan..kita?
Pak Cik Psy yang mengkagumkan
K-pop ajar saya tentang produktiviti dalam kehidupan. Dear Kpop fan, those idols that we all, fangirling, nosebleeding, drooling to are making a lots and lots of money. But we are still the same old lazy bums and being such an unproductive muslims that contribute nothing towards everything.
I'm not asking for you to stop and boycotting K-pop because you dont want to. I just want you to come to your sense and think. Kita dok habis-habis duit beli album, beli tiket konsert, duduk depan komputer berjam-jam, kelak kan, Allah akan tanya di akhirat. Mana pergi wang kita, mana masa yang kita habiskan. Kalau kita cuba hentikan mereka datang negara kita memang susah. Tapi tak susah halang diri sendiri dari terjebak dengan lebih jauh dalam dunia K-Pop ni.
They are just doing their job, entertaining people. Making a lot of money. Dont you think that we should be doing our job as a Muslim too? We should make a lot of money too! Who's going to help the Palestenian, Syrian and all other muslims??? It should be us. Their own brothers and sisters in Islam. Muslim.
Ok, bayangkanlah kan, tengah dok terkinja-kinja praktis tarian kuda tu ataupun sedang hadiri konsert K-Pop, saat itu Malaikat Izrael datang, kita tak nampak Malaikat tersebut, tapi Malaikat tetap datang dan cabut nyawa kita sedang kita buat perkara yang lagha. Wa naudzu billah min zalik. Tentu kita tak nak mati sebegitu hina bukan?
What I'm trying to say is, we should all take example of their hardwork in achieving their dreams by being a productive person. Itu yang patut kita contohi, mereka bekerja keras siang malam, berlatih 24 jam menari dan menyanyi dan mereka dibayar dengan gaji yang sangat lumayan untuk masa yang mereka korbankan. Kegigihan yang begitu patut kita contohi. Kegigihan dalam menjadi manusia yang lebih baik hari demi hari.
Siapa sangka, K-Pop mengambil alih dunia melalui Psy. Perintis ke pasaran Amerika dah berjaya dapat tempat #1 dalam US I-tunes Chart, lepas ni siapa pula? YG Entertainment tengah usaha bersungguh-sungguh kembangkan sayap 2ne1 atau JYP dengan Wonder Girls nya dan SM dengan SUJU.
Tapi pada akhirnya, muslim kita juga yang leka dan lalai lagi dengan dunia yang dicipta Korea ini. Haish, saya menegur diri saya terlebih dahulu dan moga-moga pembaca dapat manfaatnya.
Entah macam-macam lagi yang akan dipromosikan K-pop selepas ini. Mungkin tarian sotong pula? Ingat..mereka akan tetap datang 'menyerang' kita. Jadi bagaimana kita nak 'lawan' mereka andai kita turut 'serta' dalam serangan mereka?.
Tak perlu cakap gebang-gebang, demonstrasi bagai nak rak andai solat subuh jemaah dan solat jumaat pun masih ponteng lagi. Ayuh koreksi diri. Cek balik, diri ini layak tak dapat syafaat nabi di hari yang tiada penolong nanti kalau di dunia asyik dengan hiburan semata, selawat tak bermain di bibir kita dan apabila kuffar (orang-orang kafir) menghina baginda kita buat-buat tak cakna. Allahu allah...
Sesuatu ibadah itu apabila dilakukan secara berjemaah terasa sungguh indah dan penuh barakah. Mengaji seorang diri kadang-kadang selalu tersyok sendiri. Kononnya, semua harakat dan dengung sudah kita baca dengan betul. Tapi sebenarnya, apabila bertadarus bersama, barulah kita sedar yang banyak rupanya kesalahan yang kita terlepas pandang. Kalau mengaji sorang-sorang cepat mengantuk, mengaji ramai-ramai memang terbukti seronok!
Saya tak pasti sama ada semua graduan luar negara akan rasa perkara yang sama atau pun tidak sepulangannya mereka ke tanah air, tapi yang pasti, saya agak inferior untuk menghadapi masyarakat. Bagaimana saya dapat suaikan diri nanti? Bagaimana saya perlu mulakan bicara?
Adakah saya dapat pilih perkataan yang sesuai? Dapatkah mereka menerima saya?.
Terima kasih mak cik semua atas pengalaman yang berjaya merobohkan sedikit tembok inferior dalam diri saya. ^ ^ Walaupun hanya empat hari bersama, saya pasti akan merindui bulatan gembira ini.
Minggu depan saya akan mula tinggal di Johor temankan atuk mak, atuk abah di Parit Tengah dan nenek di Parit Raja sampai hari raya. Mungkin saya tak dapat online selalu dan tulis seperti biasa (macamlah saya selalu sangat update kan.. hihi) .
Semoga Ramadhan ini dapat kita manfaatkan sebaiknya.
Sehingga kita berjumpa lagi nanti, incha Allah!
They compete in the #Olympics for Gold. We compete in #Ramadan for Jannah.
Post kali ini akan penuh dengan pujian. Pujian buat jejaka hensem (baca : gentleman) yang sudi menolong golongan lemah walau di mana jua anda berada.
Terima kasih saya ucapkan buat mereka yang banyak membantu kami (budak-budak yang balik Msia hari tu) angkat beg-beg yang beratnya separuh daripada berat badan mereka. Jazakumullah khayr. (Sambil lap air mata terharu)
Saya suka gelarkan lelaki yang gentleman sebagai hensem. Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin lelaki-lelaki tersebut terus mengingatkan saya kepada baginda Rasulullah s.a.w dalam taamul baginda dengan para wanita. Betapa kacaknya baginda bukan sahaja pada wajahnya namun dalam tingkah lakunya. Baginda yang murah dengan senyuman bak bulan purnama senantiasa membantu mereka yang memerlukan. Contoh agung yang perlu diikuti semua. Sollu 3lan nabiy~
Sehinggakan ada kisah seorang wanita tua yang selalu membenci Nabi Muhammad s.a.w masuk Islam kerana akhlak baginda yang membantu wanita tua tersebut mengangkat barangnya.
Sepanjang perjalanan kami pulang ke Malaysia, semua perkara buat kami terbayang ke Morocco dan rakyatnya. Kononnya saya tak nak menampakkan kerinduan dan rasa berat hati meninggalkan bumi Gerbang Andalus tersebut. Tapi pada akhirnya, saya akui saya rindu mereka.
Saya rindu abang-abang dan pak cik-pak cik hensem yang selalu mengalah tempat duduk dalam bas untuk diberikan kepada mak cik dan ibu mengandung. Abang-abang yang sentiasa ringan tulang bantu mengangkat barang-barang berat tanpa diminta tolong. Dengan kacaknya membantu sehingga ke akhirnya. Tanpa sebarang upah, cukup sekadar doa, Allah Yarham bil Walidayk. Moga Allah merahmati kedua ibu bapamu.
Tapi sampai sahaja di bumi tanah tumpah darahku ini, sangat kurang yang begitu. Kisahnya begini, hand luggage yang saya bawa naik flight ke Kuantan beratnya kira-kira 15 kg. Al-maklumlah, coklat Milka sahaja 12 bar dalam beg stewardess saya tu. Nampak kecik molek tapi beratnya masya Allah. Nak katanya, saya tak berkuasa untuk mengangkat beg tersebut naik compartment beg. Saya duduk di 22 C, kebetulan di 23 C ada seorang abang yang tunduk sedang baca buku. Kot lah tak perasan agaknya saya tengah cungap-cungap angkat beg dari pintu depan. Saya teragak-agak nak bagi salam sebab abang ni pakai seluar short atas lutut.
Pramugara MAS yang berpakaian segak jauh di depan pula, maka, dengan muka kurang segannya, saya minta tolong abang seluar short tadi. Dia diam, tak pandang saya terus angkat beg naik atas. Ok, terima kasih banyak ya, kata saya. Saya duduk terus pejam mata. Penat.
Tidur-tidur ayam saya tak sedar dah 40 minit rupanya kapal terbang berlepas dan sudah selamat sampai Kuantan. Tetiba kepala saya disiku sesuatu. Oh, abang tadi punya majalah tersondol kepala saya sikit. Tak apa-tak apa. Dengan senang hatinya saya bangun ambil beg galas saya yang beratnya agak-agak 10 kg sambil berhusnuzzon abang tadi akan turunkan beg saya tadi. Namun, hampa. Abang tadi sekali lagi tak pandang pun saya. Terus dia ambil beg dia dan saya tidak diendahkannya.
Saya tahu, semua orang mesti nak keluar laju-laju kan. Akhirnya saya buat keputusan mintak tolong Pramugara baju segak tadi untuk angkat beg saya. Saya tunggu semua orang keluar. Pintu depan dan pintu belakang dibuka. Tinggallah saya seorang tertunggu-tunggu Pramugara tadi. Saya angkat tangan sikit macam nak tanya soalan.
Pramugara tu angguk-angguk, "Ya, boleh keluar kat sini" tunjuk dia ke pintu belakang.
"Er, saya nak mintak tolong angkatkan beg boleh?" kata saya sambil jari telunjuk menuju ke atas.
Dia pun bergegas tolong saya, "Awak pegang belah sana saya pegang belah sini, kita angkat sama-sama" kata dia.
"ermmm.." hati saya bersuara sambil buat-buat sentuh beg tersebut.
"Beg ini patutnya letak kat bahagian kargo kalau berat, kami pun sakit-sakit belakang angkat beg passenger" bebel kakak Pramugari yang sedari tadi tunggu saya turun.
"Terima kasih banyak ya, saya minta maaf sangat-sangat.. terima kasih ya" tertunduk-tunduk saya ucap terima kasih dan minta maaf sambil terkedek-kedek usung beg berat untuk keluar dari flight tersebut.
"Selamat berpuasa ya!" jerit abang Pramugara tadi. "Ya,,selamat berpuasa juga!" balas saya tanpa menoleh ke belakang terus berjalan laju keluar.
Rasulullah ada berkata : "....sebaik-baik di antara kamu adalah mereka yang terbaik buat isteri-isteri mereka"
Allah pun ada sebut dalam surah An Nisa' ayat 34 : "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan..."
Dengan ini saya menyeru semua ikhwan mujahideen yang saya kasihi kerana Allah untuk selalu membantu kami, nak-nak lagi dalam hal mengangkat barang berat. Bukan kami tak mahu angkat ramai-ramai, tapi kerana Allah telah menciptakan kalian yang lebih kuat dan tampan untuk membantu kami. Baru-baru ini diceritakan ada seorang akhawat berjumpa doktor dan disuspect rahimnya terlari sedikit akibat banyak mengangkat barang berat.
Ok, Incha allah, mungkin lepas ni, ikhwan sekalian boleh jadi jejaka hensem acuan sunnah Rasoulillah. Kalau nampak akhawat mahupun mak cik-mak cik angkat barang berat terus dengan tampannya offer diri, "Takpe-takpe biar saya angkatkan" lantas melemparkan senyuman setulus hati. Ah.. subhanallah.. kacaknya jejaki acuan Rasoulullah tersebut. Mana tahu, terus mak cik tu jadikan calon menantu. ehhe. gurau-gurau. Kalau agak susah untuk ikhlaskan diri, bayangkan sahaja mak cik tersebut seperti ibu kalian, dan akhawat yang ingin dibantu itu adik dan kakak kalian. Incha allah, moga terus laju menghulur tangan meringankan beban. ^ ^
Selamat beramal!
Wassalam
p/s: Moga setiap bantuan yang kalian hulurkan buat mereka yang tidak berupaya itu dibalas kebaikannya oleh Allah dengan ganjaran pahala di sisiNya. p/s 2: Abang-abang dan pakcik-pakcik tu orang Maghribi~~~