28 February 2012

10 Tip Elak Berkahwin Orang yang Salah




Bismillahi as-solatu was salamu a'la Rasoulillah

Fatrah taaruf. Satu tempoh pengenalan sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Satu langkah yang sangat besar dibantu istikharah munajat kepadaNya. Kenalilah bakal suami/isteri anda sebaiknya. Jikalau terasa tidak serasi anda masih ada masa sebelum menyesal di kemudian hari. Selamat membaca! 

AMARAN : Post ini adalah untuk mereka yang serius memikirkan masa hadapan. Serius panjang!

Ada cara yang betul dan cara yang salah mengenali seseorang untuk sebuah perkahwinan. Cara yang salah adalah membiarkan diri dalam keseronokan dan keasyikan bibit-bibit perhubungan dan di dalam proses tersebut langsung terlupa untuk bertanya soalan-soalan penting yang membantu menentukan keserasian antara pasangan. Salah satu kesilapan besar yang dilakukan oleh remaja Muslim sekarang adalah terburu-buru untuk berkahwin tanpa betul-betul dan benar-benar teliti dalam mengenali seseorang. Kononnya fatrah berpasangan (couple) adalah tempoh yang tepat dan cukup untuk mengenal pasti keserasian dua orang insan. Kemudian secara logiknya apabila semakin lama anda berbual/bercakap dengan seseorang, semakin baik anda mengenalinya. Masalah yang timbul melalui "cara" ini adalah tiadanya konsiderasi yang diberikan tentang bagaimanakah masa tersebut diluangkan.


Kini semakin ramai Muslim couples terlibat dengan "halal dating" iaitu secara asasnya keluar bersama  dengan kehadiran kawan-kawan dan/atau keluarga. Bergantung kepada keluarga dan juga adat, perbualan mungkin singkat dan ditemani atau lebih teruk, tiada had dan tiada pengawasan. Apabila kita letakkan had-had tersebut membuatkan seseorang kehairanan bilakah sebenar-benarnya, jika ada sekalipun, adakah perbualan serius akan berlaku? Malangnya, bagi kebanyakan orang, jawapannya tidak pernah berlaku dan mereka terpaksa hidup merana dengan kesan-kesan mendatang. Jikalau anda mahupun orang yang anda kenali sedang melalui fatrah "mengenali seseorang", panduan-panduan berikut boleh dijadikan sebagai nasihat mengenai apakah sebenarnya yang perlu dicari dan dijauhi.


1) Jangan Berkahwin kerana Potensi:

Selalunya lelaki apabila berkahwin, dia mengharapkan perempuan tersebut tidak pernah berubah, dan perempuan pula apabila berkahwin dia berharap untuk mengubah lelaki tersebut. Ini adalah pendekatan yang salah bagi kedua-dua pihak. Apabila anda berkahwin dengan seseorang, jangan anggap anda mampu mengubah mereka dan mencapai potensi mereka. Tiada sebarang jaminan walaupun perubahan-perubahan tersebut adalah untuk kebaikan. Malah, selalunya ia akan menjadi sebaliknya. Kalau anda tidak mampu menerima seseorang atau membayangkan untuk hidup bersama mereka seadanya, maka, jangan berkahwin dengan mereka. Perbezaan ini termasuklah fikrah, pendapat dalam beragama, tabiat, kebersihan, skil komunikasi dan sebagainya.



2) Pilih Sikap (sifat,watak,peribadi) melebihi Keserasian (chemistry):

Tidak dinafikan keserasian dan daya tarik amatlah penting, namun sikap melebihi kedua-duanya. Bak pepatah yang masyhur, “Chemistry ignites the fire, but character keeps it burning.” Idea untuk "jatuh hati'' sepatutnya tidak menjadi asbab utama untuk mengahwini seseorang; cinta sangat mudah dikelirukan di antara keberahian dan nafsu. Antara sifat yang perlu dititik beratkan dalam pemilihan termasuklah rendah diri, kebaikan, tanggungjawab dan kebahagiaan. Berikut adalah pecahan mengikut setiap sifat:

  • Rendah diri: Orang yang merendah diri tidak pernah memaksa orang lain tetapi selalu berbuat baik kepada yang lain. Mereka meletakkan nilai-nilai dan prinsip mengatasi keselesaan dan kesenangan diri. Mereka tidak cepat marah, bersederhana dan menjauhi materialisme.
  • Kebaikan: Orang yang baik hati adalah seorang pemberi. Mereka mencari kesenangan dan cuba untuk mengurangkan kesakitan orang lain. Cara untuk mengetahui sama ada seseorang itu adalah pemberi, perhatikan cara dia melayan keluarga, adik-beradik dan juga ibu bapanya. Adakah mereka berterima kasih terhadap ibu bapa mereka untuk setiap pengorbanan yang dilakukan? Jikalau tak, maka ketahuilah mereka tidak akan menghargai anda untuk apa yang anda lakukan. Bagaimana mereka melayan orang yang tidak perlukan kebaikan seperti keluarga ( cth: pelayan, pekerja, promoter dll) Bagaimana mereka menghabiskan wang mereka? Bagaimana mereka mengawal kemarahan, kemarahan mereka dan juga cara mereka bertindak terhadap kemarahan orang lain?
  • Tanggungjawab: Orang yang bertanggungjawab adalah mereka yang mempunyai kewangan, pekerjaan, hubungan dan sikap yang stabil. Anda boleh bergantung kepada mereka dan percaya apa yang mereka katakan.
  • Kebahagiaan: Orang yang bahagia adalah orang yang merasa cukup dengan bahagian mereka dalam kehidupan. Mereka rasa senang dengan diri dan kehidupan mereka. Mereka fokus dengan apa yang mereka miliki dan bukannya apa yang mereka tidak miliki. Mereka jarang sekali merungut.



3) Jangan Abaikan Keperluan Emosi Pasangan Anda: 

 Lelaki dan wanita kedua-duanya mempunyai keperluan emosi, bagi membina sebuah perkongsian yang berjaya keperluan tersebut perlu saling melengkapi. Asas keperluan emosi seorang wanita adalah untuk dicintai. Asas keperluan emosi seorang lelaki pula adalah untuk dihormati dan dihargai. Untuk menjadikan seorang wanita rasa dicintai, berikannya tiga AAAs: Attention (Perhatian), Affection (Kasih Sayang) dan Appreciation (Penghargaan). Untuk menjadikan seorang lelaki rasa dicintai pula berikannya tiga RRRs; Respect (Kehormatan), Reassurance (Kepastian) dan Relief (Pelepasan/Kelegaan). Telah menjadi kewajipan bagi setiap pasangan untuk memastikan pasangannya bahagia dan ini termasuk juga keintiman. Selagi mana setiap pasangan memenuhi keperluan emosi pasangannya, hubungan akan menjadi lebih intim dan lebih mesra.



4) Jauhi Arah Tuju Hidup yang Bertentangan:

Dalam perkahwinan anda hanya akan hidup bersama atau hidup berasingan. Berkongsi arah tuju hidup yang sama akan meningkatkan peluang bahawa anda akan hidup bersama. 

  • Anda mesti tahu kecenderungan pasangan anda. Dalam erti kata lain, apakah perkara yang paling mereka suka lakukan (passionate) ? Kemudian tanya diri anda, "Adakah saya menghormati kesukaannya ini?" "Adakah saya menghormati apa yang dia cenderungkan?"
  • Lebih terperinci anda mentakrifkan diri anda seperti nilai-nilai, kepercayaan dan gaya hidup, lebih baik peluang untuk anda mencari pasangan hidup, pasangan sehati sejiwa iaitu orang yang paling serasi dengan diri anda.
  • Ingat, sebelum memilih siapa yang anda ingin bawa bersama dalam sebuah pengembaraan, anda harus tentukan terlebih dahulu destinasi anda.  



5) Jangan dekati zina! Hubungan Seks sebelum Berkahwin / Physical activity:

  • Ketahuilah bahawa hikmah disebalik mengapa Allah menyuruh kita untuk menahan diri dari sebarang hubungan sebelum berkahwin; adalah untuk menghalang kemudharatan yang besar malah untuk menjaga kesucian anggota yang paling penting dalam sebuah perhubungan antara lelaki dan wanita.
  • Selain daripada kekacauan rohani yang nyata, apabila sebuah hubungan dicemari aktiviti fizikal sebelum waktunya, perkara-perkara penting seperti sikap, filosofi hidup, dan keserasian akan terabai. Kesannya, semua perkara nampak indah dan menjadi lebih sulit dan sukar untuk bercakap tentang perkara-perkara tersebut inikan pula teringat tentangnya.
  • Komitmen secara intelek (bijaksana) mestilah terlebih dahulu diutamakan sebelum komitmen secara emosi mahupun komitmen secara seksual.
 


6) Jauhi Kekurangan Hubungan Emosi:

Anda perlu menjawab YA untuk empat soalan berikut :
  • Adakah saya menghormati dan mengagumi si dia?  Apakah sebenarnya yang saya hormati dan kagumi tentangnya?
  • Adakah saya mempercayai si dia? Bolehkah saya bergantung kepadanya? Adakah saya percayakan keputusannya? Adakah saya percaya kata-katanya? Bolehkah saya memepercayai apa-apa yang dia katakan?
  • Adakah saya berasa selamat? Apakah secara emosinya saya berasa selamat dengannya? Bolehkah saya berterus terang? Bolehkah saya menjadi diri saya? Bolehkan saya mengekspresikan diri saya?
  • Adakah saya berasa tenang dan damai apabila bersama dengan si dia?

Jika jawapannya "Saya tak tahu, Saya tak pasti, dll" teruskan menilai sehingga anda betul-betul pasti dan sepenuhnya memahami apa yang anda rasa. Jika anda rasa tidak selamat sekarang, anda takkan rasa selamat pabila anda sudah berkahwin. Jika anda tidak mula percaya sekarang, ia takkan berubah selepas anda berkahwin.


7) Tumpukan perhatian pada Emosi Kebimbangan Anda: 

 Memilih seseorang yang anda tidak merasa selamat dengannya secara emosi bukanlah resepi yang baik untuk sebuah perkahwinan yang berkekalan dan penuh kasih sayang. Apabila anda tidak rasa selamat, anda tidak dapat meluahkan perasaan dan pendapat anda. Belajarlah cara untuk kenali diri sama ada anda di dalam sebuah hubungan yang dizalimi ataupun tidak. Jika anda rasa anda perlu perhatikan apa yang anda katakan, apabila bersama seseorang itu dan anda rasa tidak bebas untuk menjadi diri sendiri dan selalu berhati-hati dalam setiap langkah anda, itu tandanya anda mungkin di dalam abusive relationship . Sila perhatikan perkara-perkara tersebut:

  • Tingkah laku yang mengawal: Termasuklah mengawal perilaku anda, cara anda berfikir, cara anda berpakaian, cara anda memakai tudung / menyikat rambut dan cara anda luangkan masa. Ketahui perbezaan di antara cadangan dan permintaan. Permintaan adalah ekespresi kawalan dan jika kawalan yang digunakan, anda wajib untuk mengikutinya atau akan ada kesan berikutnya. Begitulah tanda-tanda yang jelas iaitu penderaan personaliti.
  • Isu Kemarahan: Seseorang yang meninggikan suaranya daripada biasa, seorang pemarah, sering memarahi anda, melempiaskan kemarahannya kepada anda, menggunakan kata-kata kesat dll. Anda tidak perlu mengalah dalam layanan sebegini. Kebanyakan orang yang bersikap sebegini mempunyai latar belakang didera. Jika ini terjadi kepada anda mahupun orang yang anda kenali, cepat-cepat dapatkan bantuan. Selesaikan masalah tersebut sebelum berkahwin atau sebelum berfikir untuk berkahwin. 


8) Berjaga-jaga dalam kurangnya Keterbukaan Pasangan Anda:

Banyak pasangan melakukan kesilapan untuk tidak membincangkan semua perkara dari permulaannya.  Tanya diri anda, "Apakah yang perlu saya tahu untuk saya betul-betul pasti saya akan berkahwin dengan orang ini?" "Apakah yang buat saya runsing mengenai si dia atau hubungan ini?" Sangat penting untuk mengenal pasti apakah yang merunsingkan anda, perkara-perkara yang anda ingin tahu, dan perkara-perkara yang anda takut untuk dibangkitkan dalam perbincangan. Maka anda perlu berbincang secara telus tentang perkara tersebut. Ini adalah cara yang terbaik untuk menguji kekuatan hubungan anda berdua. Bangkitkan isu-isu apabila wujud ketidaksefahaman adalah masa terbaik untuk menilai sebaik mana anda berkomunikasi, berbincang dan bekerjasama sebagai satu kumpulan. Apabila kita mula rasa ingin berkuasa dan mula menyalahkan antara satu sama lain, itu tandanya mereka tidak sesuai bekerjasama sebagai satu kumpulan.

Penting juga untuk sentiasa terbuka apabila bersama. Tanya soalan-soalan yang mendalam dan lihatlah reaksi pasangan anda. Bagaimana mereka mengatasinya? Adakah mereka mempertahankan diri? Adakah mereka lebih menyerang? Adakah mereka menyerah kalah? Adakah mereka rasa marah? Adakah mereka menyalahkan anda? Adakah mereka tidak menghiraukannya? Adakah mereka mengelak, berselindung? Atau mereka menerima soalan tersebut dengan rasional? Jangan hanya dengar apa yang mereka katakan tapi lihatlah bagaimana cara mereka katakannya.



9) Berjaga-jaga untuk Tidak Mengelakkan Tanggungjawab Peribadi:

Sangatlah penting untuk kita sentiasa ingat bahawa tiada siapa yang bertanggungjawab terhadap  kebahagiaan anda. Ramai orang silap apabila mereka fikir orang lain yang akan memberi kebahagiaan kepada mereka dan menjadikan hidup mereka lebih baik dan itulah sebab bagi mereka untuk berkahwin. Mereka gagal untuk menyedari jika mereka tidak bahagia sebagai seorang yang bujang, mereka akan terus menderita apabila mereka berkahwin. Jika anda sekarang tidak bahagia dengan diri anda, tidak suka diri sendiri, tidak suka arah tuju hidup ke mana anda pergi, silalah bertanggungjawab terhadap diri anda buat masa sekarang dan baiki perkara-perkara tersebut sebelum berfikir untuk berkahwin. Jangan bawa isu-isu tersebut ke dalam perkahwinan dan mengharapkan pasangan anda untuk membaikinya.



10) Perhatikan Kekurangan pada Kestabilan & kesediaan Emosi Pasangan Anda: 

Ramai orang memilih pasangan yang emosinya tidak sihat dan tidak bersedia. Masalah besar yang timbul apabila pasangan tersebut tidak berupaya mengimbangi hubungan emosinya dengan ahli keluarga, perkahwinan tersebut pada akhirnya menjadi 3 (atau lebih) orang di dalamnya dan bukannya dua. Contohnya, lelaki yang terlebih bergantung kepada ibunya akan membawa hubungan tersebut ke dalam perkahwinan,  ini sememangnya adalah resepi kepada bencana. Perkara-perkara yang perlu di ambil kira juga adalah :

  • Jauhi orang yang kosong emosi dalam diri. Termasuklah juga orang yang tidak suka akan diri mereka disebabkan kurangnya kemampuan untuk menghadirkan emosi. Mereka sentiasa menyesakkan diri dengan kekurangan, ketidak yakinan diri dan fikiran-fikiran negatif. Mereka bertarung dengan kemurungan, tidak rasa hebat, memencilkan diri, sentiasa mengkritik dan kuat pertimbangan, tidak ramai kawan dan tidak percayakan orang malah takut dengan orang di sekeliling. Tanda-tanda lain yang jelas mengenai orang seperti mereka ialah sentiasa tidak cukup dengan apa yang mereka kecapi mereka sering rasa marah, mereka beranggapan orang lain sepatutnya menjaga mereka dan bukan diri mereka. Sering terbeban dan benci dengan keperluan orang lain. Orang-orang seperti ini secara emosinya tidak available untuk membina hubungan yang baik.

  • Ketagihan juga boleh membataskan tahap kesediaan seseorang untuk membina hubungan emosi yang mantap. Jangan berkahwin dengan orang ketagih. Ketagihan bukan hanya pada dadah dan juga arak. Tetapi juga ketagihan dan kebergantungan pada kerja, internet, hobi, sukan, shopping, duit, kuasa, pangkat, materialisme dan sebagainya. Apabila seseorang terbelengu dengan ketagihan, mereka tidak  boleh dan tidak akan bersedia untuk membina sebuah hubungan yang intim dengan anda. 



Perkara-perkara Tambahan untuk Dipertimbangkan:


  1. Secara faktanya bukan semua orang akan selamanya kelihatan seperti 25 tahun. Pada akhirnya, kita menyintai orang yang kita kahwini melebihi paras rupa mereka. Apabila kita sudah kenali seseorang yang kita cintai dan sanjungi, kita akan cintakan mereka untuk kecantikan dalamannya dan keluhuran peribadi.
  2. Apabila sudah bertemu dengan seseorang, secara sedar ataupun tidak sedar kita seboleh-bolehnya mahukan semua perkara berjalan mengikut kehendak kita tanpa melihat dan mempersoalkan setiap yang terbentang di hadapan mata kita; pasangan kita mungkin bersikap kasar pada pelayan, cakap perkara buruk tentang orang lain, kasar terhadap anda, dll. Tapi kita tidak berhenti dan bertanya, "Apakah maksud di sebalik sikap-sikap tersebut?"
  3. Jangan pernah pisahkan seseorang daripada keluarganya, latar belakang, pendidikan, kepercayaan dll. Tanya soalan-soalan yang dapat mencerahkan lagi perkara-perkara tersebut. Soalan seperti, "Apakah maknanya untuk mempunyai hidup yang serba  ringkas?" "Apakah yang anda inginkan daripada sebuah perkahwinan?" "Bagaimana anda dapat bantu mengenai kerja rumah?"  Bandingkan pendapat anda dan pendapat mereka.
  4. Jadilah orang yang fleksibel. Berfikiran terbuka!
  5. Menginginkan sebuah perkahwinan yang bahagia sepatutnya tidak dikelirukan dengan mati syahid. Sepatutnya perkahwinan sesuatu yang membahagiakan dan melihat pasangan anda juga bahagia disebabkan hubungan anda dengan mereka.
  6. Moral dan kerohanian adalah kualiti-kualiti yang benar-benar mendefinasikan seseorang selain daripada kecantikan, wang, dan kesihatan. Orang yang bermoral dan mempunyai rohani akan sentiasa berdiri di sebelah anda dalam susah mahupun senang. Jika seseorang tidak bertuhan dan tidak berusaha mendekatkan diri mereka kepada Tuhan, maka mengapa anda perlu berharap mereka akan memenuhi kehendak yang anda perlukan? Pasangan yang ideal adalah seseorang yang berusaha memberi keuntungan dan bukannya menyebabkan kerugian. Berkongsi dan mempunyai persamaan dalam sebuah hubungan kerohanian akan membuahkan sebuah perkahwinan yang berjaya. Selain itu, sebuah perkahwinan yang berjaya adalah perkahwinan yang mempertahankan undang-undang keluarga yakni memerlukan tahap kawalan diri dan disiplin diri, termasuklah juga hubungan fizikal, emosi dan rohani sebuah perhubungan. Mencari persamaan dan keseimbangan di antara aspek emosi dan rohani dalam perhubungan adalah kunci utama untuk sebuah perkahwinan yang sihat dan berkembang.

Phewwww..alhamdulillah..berjaya juga akhirnya saya cuba terjemahkan artikel 10 Ways to Avoid Marrying the Wrong Person!. Tahniah buat mereka yang berjaya baca artikel ini sampai habis.

Jika anda rasa janggal dengan terjemahan ini atau mungkin tidak faham langsung dengan intipati terjemahan saya, silalah klik ini untuk bacaan kali kedua. Saya budak masih belajar. Ini adalah cubaan terjemahan semata-mata sebagai latihan untuk subjek Tarjamah semester kali ini.

Saya sama sekali bukan seorang yang pakar mahupun arif dalam bab perkahwinan, tapi kita boleh sama-sama belajar bukan? Pemilihan tajuk juga adalah random dan sekadar bahan bacaan pilihan yang menarik untuk dikongsi bersama. Entah mengapa terdapat kekuatan untuk terjemahkan artikel ini. ^^

Semoga mendapat faedah bersama. Selamat beramal.

24 February 2012

Anak yang berdoa

Bismillahi as-solatu was salamu a'la Rasoulillah

"Umi nak baca apa sekarang ni?" soal anak kecil 5 tahun usai salam diberikan selepas solat berjemaah bersama ibunya. "Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku dan dosa-dosa kedua ibu bapaku. Jadikanlah aku anak yang solehah"  bisik Umi ke telinga sambil memegang kedua-dua tangan kecil anak itu menadah tangan.

رضا الله في رضا الوالدين. Keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan ibu bapa

Ingat tak pembaca sekalian, waktu di bangku sekolah dulu-dulu, setiap kali belek Majalah Sekolah, pasti akan ada satu ruang khas untuk pelajar-pelajar tahun akhir. Gambar kelas yang lebih special dan besar saiznya beserta nama dan alamat juga kata-kata hikmat. Dan di ruang tersebut, saya pasti akan tulis kata-kata di atas. Namun, apakah sudah cukup amal bakti saya kepada mereka? Apakah keredhaan mereka telah saya kecapi? Apakah Allah telah redha kepada saya?

"Aku tak sanggup tinggalkan ibu bapa aku untuk belajar jauh-jauh, aku boleh jatuh sakit demam selalu. Tapi kuat sungguh engkau kan.?" kata seorang anak jantan jati kelahiran Casablanca kepada saya. Bagai ditenyeh garam pada luka yang terbuka. Nak-nak lagi  baru tahun satu pengajian di bumi Maghribi, senyuman tetap terukir di bibir. Inilah pengorbanan kita dalam mencapai keredhaanNya, haruslah tetap bersabar dan lakukan yang terbaik supaya kelak ibu bapaku akan turut berbangga atas pencapaian kita. 

Aduhai hanya hati sahaja yang mengerti betapa kerinduan seorang anak perantauan itu kepada keluarga di tanah air itu bagaimana rasanya.  Anak-anak yang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sudah pasti akan berpisah dengan keluarga. Lebih-lebih lagi bagi anak-anak yang melanjutkan pelajaran ke luar negara semestinya kerinduan kepada keluarga berlipat ganda daripada biasa. 

Namun sedikit kita yang tahu dan sentiasa alpa sebenarnya ibu bapa kita lebih menanggung badai kerinduan yang lebih besar kepada anak-anaknya yang tidak berada di depan mata. Tidak dapat melihat kita, tidak mendengar suara riang tawa, tidak tahu perkembangan, kesihatan dan keselamatan kita . Maka diserahkan segalanya hanya kepada Allah sebaik-baik pelindung dan penjaga. 

Ibu bapa adalah wasilah untuk kita mendapat keredhaan Allah. Anak-anak iaitu kita pula adalah amanah Allah kepada ibu bapa. Penentu syurga dan neraka. Jika baik terbentuk seorang anak, maka baik jugalah akhirat ibu bapanya. Pabila saat kematian telah tiba, ketahuilah akan terputuslah segala amalan kita melainkan 3 perkara.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W.

“Apabila mati seseorang anak adam itu maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”



Jadilah kita anak-anak yang mendoakan kesejahteraan ibu bapa. Selalulah bertanya khabar kepada mereka. Ambillah sedikit masa, usahakanlah walau apa jua cara sekalipun untuk bertanya khabar kepada mereka. Jangan dibiarkan kerinduan mereka berpanjangan. Titipkan jua doa kesejahteraan buat mereka. 



Kenangi Ibu Bapa
Doakanlah Sejahtera
Kita Anak Harus Membela
Apabila Sudah Dewasa

Jangan Biarkan Mereka
Sia-Sia Di Hari Tua
Kecewa Hidup Dan Merana
Kerna Perbuatan Anak Derhaka

Bahgiakan Mereka
Hingga Ke Hujung Usia
Bila Sampai Waktu Ajalnya
Anak Soleh Sebagai Harta

Hai... Ibu Bapa
Kami Permata Anda
Tidak Jemu Berdoa
Agar Sejahtera Terpelihara

Di Dunia Bahagia
Akhirat Pun Begitu Jua
Inilah Harapan Kami Semua
Moga Allah Kabulkan Doa





Jangan sesekali pernah kecewakan dan hampakan hasrat mereka untuk melihat kejayaan kita di dunia dan juga di akhirat. Sedarlah bahawa anda adalah aset ibu bapa anda di akhirat kelak. Usahlah humban mereka ke neraka. Gandakanlah, beratkanlah saham pahala ibu bapa ke syurga. Setinggi mana pun seorang anak melanjutkan pelajarannya, semewah mana pun hidup anak itu pada akhirnya, besar lagi harapan ibu bapanya untuk anak itu berbakti menjaga mereka sampai ke syurga.

Moral:

1) Selalulah tanya khabar mak ayah taw.

2) Buat yang lebih baik semester baru ni ^^

Insya allah. Redha Allah mengiringi kejayaan. Selamat mujahadah! 

17 February 2012

Define "maturity"

Bismillahi as-solatu was salamu a'la Rasoulillah

Sewaktu saya sedang berjalan-jalan di Turki dengan Minyoung un-ni. Kami tersempak dengan lelaki Turki, pakcik Yusef namanya. Masing-masing perkenalkan diri. Minyoung un-ni berasal dari Korea dan berusia 32 tahun. Tiba giliran saya perkenalkan diri, seorang pelajar Malaysia berumur 20 tahun, Minyoung un-ni dan pakcik Yusef dengan muka terkejut dan tak percaya memandang saya. Mereka sangka saya seorang remaja comel berusia 16 tahun yang berjalan sendiri di negara asing. ( _ _ ;)

Sejak dari kecil saya dikurniakan suara yang agak "halus". Suara yang dikeluarkan bukan dari bahagian perut. Sangat sesuai dicasting menjadi salah satu watak terbaru dalam Upin-Ipin mahupun Boboiboy. Bila saya tanya, "Is it because of my voice you're saying I'm sixteen?".  Mereka jawab, "No, you look like one". Perasan saya sebentar tersipu-sipu malu.


***

"Agak-agak saya anak ke berapa dalam keluarga?" soalan popular yang suka saya duga pada mereka yang masih baru mengenali saya. Kenapa saya suka menduga? Sebab saya tahu semua jawapannya sama. Hampir 8/10 di antara mereka menjawab saya anak bongsu. Sigh. Sungguh tidak matang agaknya perilaku yang saya tonjolkan sehinggakan ramai menyangka saya anak terakhir.  

***

Selalu saya tercari-cari erti kematangan.

Lantas bagaimana kematangan itu diukur?.

Adakah melalui penulisannya di sesawang cyber?

Adakah melalui percakapannya sesama manusia? 

Atau adakah melalui kebijaksanaan mengawal kemarahannya? 

Adakah juga ditafsirkan melalui cara dia mengatasi masalahnya? 

Adakah terserlah melalui cara seseorang itu berkomunikasi?

Apakah kematangan berkait rapat dengan keegoan?

Penghormatan manusia itu berkait rapat dengan kematangan dalam membuat keputusan bukan?

Lalu bagaimana caranya untuk mengetahui sama ada kita sudah matang ataupun tidak? 

Adakah dengan meningkatnya umur manusia, meningkat jua tahap kematangannya?

Kadang-kadang saya kurang mengerti. Bukan sekali dua saya cuba memahami. Tapi selamanya saya akan terus mencari. Apakah sebenarnya erti kematangan diri.

Kadang-kadang saya tergelak sendiri. Kelakar, terasa lucu melihat perangai manusia yang masih kebudak-budakan tetapi berselindung di sebalik "kematangan" .


muka pra-matang (?)

grades don't measure intelligence, 

and age doesn't define maturity.

True enough kan? =)


Selalunya tak ramai cakna apabila saya bersuara. Sekurang-kurangnya masih ada yang dapat membaca suara hati saya di sini. Usahlah dicekik kebebasan orang untuk bersuara meluahkan pendapat. 

Belajarlah untuk mengalah, bukan semua orang bersetuju dengan pendapat kita. Bukan semua juga sebulu dengan fikrah kita. Itulah rahmat. Rahmat ikhtilaf bukan untuk kita berpecah. Tetapi bersatu dalam menyelesaikan masalah.   

Maafkan saya andai pernah terguris perasaan sesiapa dengan tulisan ini. Nyatalah adik ini masih belum sampai tahap kematangannya lagi.

12 February 2012

Manifestasi Cinta

pesanan : saya minta maaf awal-awal..lately blog post saya agak "cheezy".. (= ='') 

Bismillahi as-solatu was salamu a'la Rasoulillah

**


"Kalau ada jodoh, ada lah kan?. Kalau bukan dia sekalipun, saya bersyukur sebab dia dihantar Allah dalam hidup saya sebagai ujian." pasrah saya menulis.

"hahahahaha" gelak kawan saya menceriakan keadaan.

"Saya yakin, ada yang lebih baik untuk saya" sambung saya menulis.

"Macam frust jek..hahaha..frust menonggeng lah husna..hahaha" ceria sungguh kawan saya menulis. 

Tapi saya agak tersentak dengan tulisannya.

"Insya allah, masih ada iman dalam hati saya. Saya masih beriman pada Qada' dan Qadar Allah.Frust sikit kot. Tapi tak lah sampai menonggeng. hahahah." saya turut bergurau pada akhirnya.

***

"Kesian aku tengok kau. Sudah-sudahlah. Aku tahu kau sakit dengar ni. Tapi aku nak kau buang juga perasaan tu. Tak payah fikir dah, dia untuk kau, kau untuk dia ke, korang kongsi persamaan yang banyak ke. Dah lama kan. Kalau aku di tempat kau, aku masih tak bersedia. Aku tak nak kau buat keputusan atas dasar emosi sahaja, ok?" kata sahabat baik nun di Mesir mengingatkan.

***

"Bagi aku kalau dia dah taqdim orang lain, maksudnya dia memang dah tak ada perasaan pada kita. Dia memang dah bersungguh lah tu. Tak pelah kawan, akan datang juga yang lebih baik. Agaknya memang bukan dia untuk kau". pesan sahabat di Vienna melalui skype sewaktu saya meminta nasihatnya.

***

Saya tahu kebiasaannya apabila benda ini terjadi. Saya akan putar lagu-lagu sedih. Lagu-lagu cinta tak berbalas. Lagu-lagu yang menggambarkan cinta sebelah tangan. Nevermind I'll find someone like you.

haish..

Asyik-asyik jatuh hati, asyik-asyik cepat sangat taruh perasaan. Payah sungguh hidup dalam fasa pra-matang ini. Allahu akbar. Sakit. Perit. Hati dah terpikat, tapi bukan semua yang kita idamkan itu baik untuk kita bukan? Allah lagi mengetahui.

***


Sesungguhnya memasak adalah antara terapi kesedihan yang sangat menenangkan bagi saya. Maka terhasillah kuskus khudor berlaukkan daging. Ditakdirkan pula petang itu, sahabat baik saya datang ke rumah sewa kami. Kami makan kuskus bersama-sama sambil sahabat menyatakan hasratnya untuk menghabiskan minggunya bersama kami. Aduhai, gembiranya hati. Saya pegang muka dia, saya kata

"Subhanallahhhh.. awak tahu tak Allah hantar awak untuk saya??

" Blur mukanya sambil mata terkedip-kedip memandang saya.


Maha suci Allah. Dia takkan pernah menzalimi hambanya. Dia takkan pernah uji hambanya kalau dia tak tahu hambanya mampu untuk mengatasi ujian yang diberikan. Dia Maha Mendengar segala rintihan saya. Dia Maha Mengasihani hambanya. Dia Maha Mengetahui apa yang lebih baik untuk saya.  Allah sangat sayangkan saya. Allah tak biarkan saya bersedih selamanya. Allah hantar pula sahabat-sahabat meriahkan lagi minggu saya. Allah tak nak saya fikir pasal perkara ini lagi. Allahumma laka lhamd ya rob. Minggu itu kami ada sambutan Manifestasi Cinta Muhammad.  Tiga usrah menjadi satu bergabung menyambut kelahiran nabi di rumah Villa A.B.U ini. Kami adakan pelbagai aktiviti, kuiz, bernasyid, forum dan lain-lain.

Terdetik di benak, sungguh Allah mahu ingatkan saya, siapakah sebenarnya lelaki yang sepatutnya saya cintai. Siapakah dia lelaki yang patut saya lebih rindukan dan kasihi. Lelaki yang selayaknya saya pandang tinggi. Lelaki yang sepatutnya saya cintai melebihi sesiapun jua. Dialah Nabi Muhammad tercinta. Salamun a\'la rasulina. Ketika itu mula tersedar, baginda selalu rindukan ummatnya. Namun kita selalu lupakan baginda. Baginda selalu menangis mengenangkan kita ummat yang tidak pernah bertemu dengannya. Namun, jarang sekali kita menangis terkenangkan baginda. Lantas bagaimana kita mahukan syafaatnya di akhirat sana? Mari muhasabah.

***


Baginda rindukan ummatnya. Kita? 
***

Saya selalu pesan pada sahabat-sahabat. Fatrah yang dilalui sekarang ini, sebenarnya ujian Allah berikan kepada saya, dan menjadi pengajaran kepada mereka. Saya tahu doa-doa mereka sentiasa mengiringi. Saya tahu mereka sangat sayangkan saya. Saya hanya mahu berpesan, jagalah hati dengan sebaiknya, usah cepat terpesona dengan indahnya peribadi seseorang. Usah cepat menaruh hati pada yang tidak selayaknya. Maka bagaimana harus kita mengurus hati? Peliharalah mata dan hati. Jagalah batas-batas dalam pergaulan. Mintalah kepada Yang Mencipta hati kita. Dia yang memegang setiap hati manusia.


Dalam setiap keputusan dan pilihan yang kita mahu lakukan juga, jangan pernah lupa beristikharah, kerana anda takkan pernah kecewa dengan takdir yang Allah tentukan. Malah, rasa cinta kepadaNya, rasa kebergantungan untuk menggapai redhaNya akan sentiasa bercambah. Allah akan bagi jawapan yang terbaik. Allah akan menjawab segala persoalan kita dan hajat kita melalui istisyarah iaitu bermaksud meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan. Allah sudah jawab istikharah dan persoalan-persoalan saya lalu dihulurkan juga ketenangan bersama-sama.

Sepayah mana ujian yang Allah berikan kepada kita. Berbahagialah duhai diri. Bersyukurlah selalu. Kerana saat air mata itu jatuh takkan dapat kita rasakan lagi jikalau hati sudah mati. Air mata itu juga takkan pernah jatuh sewaktu kita bahagia lagi alpa. Bersyukurlah atas rahmat ujian. Kepada remaja-remaja seperti saya, Selamat menjalani kehidupan pra-matang dengan penuh kematangan buat semua Semoga Allah sentiasa hulurkan kekuatanNya selalu buat kita.

Mari, berjiwang-jiwangan dan berindu-rinduan pada Pencipta dan Kekasihnya. Manifestasi Cinta pada selayaknya.

lagu ini sangat comel ok!




I'm blessed with His love and the love of people around me :3





09 February 2012

untuk kamu solehah..

Artikel Iluvislam : Untukmu Solehah

Bismillahi as-solatu was salamu a'la Rasoulillah

Assalamualaikum solehah,


Apa khabar hati dan imanmu hari ini? 

Mengapa aku lihat dirimu bagaikan tidak keruan? Soal hati ya..

Wahai solehah, payah bukan tatkala kita jatuh cinta? 

Kadang-kadang rasa itu hadir, kadang-kadang rasa itu hilang.



Percayalah, saya tahu bagaimana rasanya. 

Jangan pernah dibunuh rasa itu!

Namun, tuntunlah fitrah itu sebaiknya dengan zikrullah. 

Usah lumurkan sucinya fitrah itu menjadi lumpur fitnah.  

Usah pula dipalitkan hatimu dengan kerinduan yang dusta.

Hatimu dan hatinya bukan milik sesiapa.

Milik pencipta kita selamanya. Dia yang memegang hati kita.

Hadirnya rasa itu sebagai hadiah ujian. Sebagai tarbiah.

Tabahlah wahai solehah, moga diberi kekuatan selalu. 

Pintalah pada Pemilik Hati yang mengawal rasa itu. 

Dia Maha Mengetahui bahawa kita mampu. 

Yakinlah, rintihan kita, aduan kita takkan pernah sia-sia.

Dia Maha Mendengar bukan? Dia lagi Maha Penyayang.

Mana mungkin doa-doa hambanya yang solehah tidak didengari.

Ingat, Tuhan kita akan berikan kita semua yang kita perlu, 

bukan hanya semua yang kita mahu.




Kelak pada akhirnya, selepas semua ini berjaya kita harungi,

semuanya akan menjadi tersangat indah. 

Waktu itu akan tiba jua duhai solehah.

Saat hatimu dan hatinya tenang bersatu diabdikan hanya kepadaNya.

Imam solatmu akan tiba kelak. Dekat.

Penantianmu akan berakhir dengan sebenar-benar persediaan.

Ilmu, hati dan doa perlu dirapi

Andai belum cukup bersedia. Mujahadahlah wahai solehah.


Doaku untukmu agar selalu dirimu kuat.

Selamat bermujahadah sayangku solehah.


Sayang fillah,
bint tawfiq. 

29 January 2012

Beza antara Lelaki dan Perempuan

Bismillahi as-solatu was salamu a'la Rasoulillah,
Assalamualaikum wbt,

10:50 pm, Sabtu, 28/1/2012

Mata saya dah berat, kepala saya dah mula pening-pening. Tapi saya akan cuba juga menulis tentang malam ini dalam sejarah. Petang tadi, berangkat pergi dua orang ahli Mohamedia lagi keluar wilayah. Ahli wilayah seramai 6 orang kini hanya tinggal berdua sahaja selepas yang lain-lain telah pergi berkelana di bumi Tuhan. Musafir mentadabbur alam dan manusia. 

"Nah ni kunci, nanti Zakhir nak datang, akak bagi kunci kat dia k, kalau dia tak datang-datang jugak akak bagi kunci ni pada Bushaib " pesan Izzat sambil dihulurnya  dua bentuk kunci dan semangkuk ayam kari tiga ketul air tangan Herdi. Izzat akan ke Marrakech dan Herdi pula ke Rabat. Syarafi dan Farid dah selamat ke Spain.

Sebak pula rasa semua orang dah mula berjalan membawa haluan masing-masing. Moga selamat pergi dan  selamat pulang hendaknya. Bertambah sebak sebab tetiba terbayang macam mana pula perasaan waktu kami akan benar-benar tinggalkan bumi Maghribi ini. Oh Tuhan..

Kami pun menjalani aktiviti harian seperti biasa sambil menanti ketibaan saudara Zakhir. 

Dung,dung,dung. Bunyi besi diketuk. Saya bergegas keluar dengan telekung melekat di kepala bersama 2 bentuk kunci yang telah diamanatkan. Kepala dihulur keluar dengan harapan saudara Zakhir di hadapan pintu, rupanya anak-anak jiran yang datang.

" Tadi ada dua orang datang rumah tapi dia dah pergi" kata seorang budak.

" Diorang pergi mana? Maliziyin ke?" soal saya.

"Haah, Maliziyin, tapi aku tak tahu dia dah pergi mana" jawab budak tadi sambil seorang mak cik menggesa supaya mereka cepat-cepat berlalu.

"Kenapa dia tak ketuk pintu kita dulu Yusra?" tanya saya kepada Yusra. "Entahlah".

Mata sudah semakin layu, saya dah tak larat nak tunggu, jadi saya pesan pada Yusra kunci-kunci tadi ada di atas meja saya.

"Debub!" satu bunyi kuat menjagakan saya dari mamai. Terus saya panggil Yusra untuk keluar menghulurkan kunci. Tapi Yusra kata itu bukan bunyi pintu, tetapi bunyi kerusi jatuh.

Saya bingkas bangkit bersama kunci ke arah pintu. "Shkouun?" soal saya sebelum membuka pintu. Sekali lagi kepala dijengukkan keluar. Masih tiada siapa di luar. 

Dan mulalah kedengaran bunyi-bunyi seakan ada hidupan yang bergerak di rumah atas. 

"Siapa pulak kat atas tu?? Zakhir dah sampai ke?? Kat mana pulak dia dapat kunci??" bebel saya sendiri.

Saya arif bahawa diri saya mewarisi sikap paranoid daripada keluarga yang sukar untuk dikawal. Terus saya menjengah keluar ke ampaian untuk menjenguk ke arah tingkap atas. Gelap. Tidak bercahaya. Saya bergegas pula keluar mengetuk pintu rumah atas. Saya baru perasan lampu tangga mereka terbuka. 

"Siapa pula buka lampu tangga ni. Izzat tak tutup ke tadi?" kata hati. Diketuk-ketuknya saya pintu dengan syiling. Tiada jawapan. Yusra memberi salam pula. Masih tiada jawapan. 

Saya terus berpakaian lengkap ke kedai Maryam untuk membeli ta'biah, malangnya kedai tutup. Dengan bantuan kakak-kakak Rabat, kami yang sudah ke'panik'kan ini meminta mereka menelefon rumah atas. Manalah tahu, tetiba ada yang mengangkat telefon. 

"Yusra, jomlah kita berdua naik atas. Tengok siapa yang ada." saya mula mengajak Yusra.

"Tak nak lah saya.. takutt.. antara harta dan nyawa, nyawa lagi pentingg" kata Yusra.

Nak katakan takdir Allah sangat teratur, Wan Syafirdaus sedang bagi tugasan pada Yusra, dan dengan baik hatinya Wan hantar mesej pada Izzat untuk telefon kami semula selepas Yusra meminta bantuannya.

Selang 3 minit kemudian, henset saya berbunyi. Izzat di talian. Terus saya bercerita tentang dua orang misteri yang datang dan pergi begitu sahaja dan juga tentang bunyian yang kami dengar sebentar tadi.

Saya bertanya, " Izzat awak ada buka lampu tangga tak tadi?". "Tak ingatlah kak" jawabnya pula.

" Awak tahu tak tadi akak ada dengar bunyi-bunyi kat rumah atas, nak akak tengok ke??" kata saya.

" Tak pa akak pasang ayat Alquran kuat-kuat sebelum tidur, satgi benda tu pergi lah" jawab Izzat dengan selambanya. Sempat lagi budak ni bergurau. Orang tengah panik ni.

"Isk budak ni, akak risau awak punya laptop dan barang-barang penting hilang..". Tup. Izzat kehabisan kredit pula. 

"Ok, kalau macam tu akak pergi kat kedai Si Mohamad tu, suruh dia teman akak ngan kak yusra naik atas, cakap nak tengok Internet" tenang Izzat memberi arahan seterusnya menggunakan henset orang lain.

"Si Mohamad yang jaga kedai tu kan? Ok-ok, akak cuba minta tolong dia temankan kitorang naik atas" kata saya.

Maka bergegaslah kami ke tingkat atas bertemankan kawan Si Mohamad sebab dia tak boleh tinggalkan kedai., Najib masih di Maqha tengok bola.

Dengan muka tebal dan yakin, saya ajak kawan Si Mohamad terus naik rumah atas dengan alasan nak tengok modem Internet. Sebijik sebuntat saya ikut arahan Izzat. Rupanya semua pintu semua masih berkunci. Saya jengah masuk beserta salam. Saya periksa tingkap di ruang tamu dan tandas. 

Kesemuanya masih bertutup dengan baik. Tiada tanda-tanda rumah dipecah masuk atau lain-lain insiden yang berlaku. Turunlah kami semula ke tingkat bawah sambil menceritakan hal sebenar kepada kawan Si Mohamad. Serius saya lupa nak tanya nama. Dia kata jangan takut tak ada apa-apa pun yang akan berlaku. Tetiba dihulurnya tangan untuk bersalaman, terus dilapik tangan dengan tudung labuh hitam dan disambut salam kawan tersebut.

Canggung. Awkward. Memang pelik benar dilihatnya. Tapi saya hanya ingin menyambut salam disebabkan kesudiannya meneman kami naik ke atas dan hanya satu cara untuk bersalam iaitu dengan lapik.

Maka tenanglah sudah hati ini bahawa Insya allah, tiada orang yang pecah masuk rumah seperti imaginasi saya yang gila merawang.

Maha Suci Tuhan. Berbeza sungguh sifat lelaki dan perempuan. 

Lihat sahaja betapa sifat tenang  seorang lelaki yang ditunjukkan oleh Izzat dan kawan Si Mohamamd ternyata menjadi penawar kerisauan seorang perempuan seperti saya. Mereka lebih fikir dengan rasional dan ternyata tidak menggunakan emosi. Berbeza bukan dengan perempuan? Terlalu banyak fikir dan terlalu banyak perkara yang nak dirisaukannya.

Walaupun misteri 2 orang lelaki yang datang dan bunyi-bunyi di tingkat atas masih belum terjawab. Saya akan tetap tenang dan cuba untuk terus memberi sepenuh keyakinan kepada Allah. Moga  kita dibawah rahmatNya selalu, insya Allah. Nampak benar takutnya tu.




Ok, saya dah sangat mengantuk sangat. Minta diri dulu. Insya allah, pagi-pagi esok bila dah cerah saya dan Yusra akan naik semula ke atas pastikan semua barang baik-baik.

update : percaya atau tidak, barang-barang tersusun rapi tiada kesan pecah masuk atau sebagainya. misteri masih tidak selesai. atau mungkin makhluk dari dunia yang lagi satu memang sengaja nak main-main dengan kami.. :)

Wassalam.

Berjumpa Pencipta & KekasihNya

Bismillahi as-solatu was salamu a'la Rasoulillah

Assalamualaikum wbt

Pernah tak dalam hidup kalian tersempak dengan orang 'famous'? Mungkin Mat Luthfi sekampung dengan anda, mungkin juga anda pernah ternampak Anwar Hadi waktu membeli-belah di KL, atau mungkin terjumpa Maria Elena waktu ada gathering bersama-sama rakan-rakan blogger yang glamour dan lain-lain peristiwa yang buatkan anda tersenyum sampai ke telinga sehari suntuknya, mungkin kerana dos bahagia dan bangga berlebihan dek berjumpa dengan orang famous lah katakan.

Kalau ada twitter, terus twit kepada kawan-kawan. Tak ada wireless di tempat tersebut, balik rumah terus update status Facebook, paling lambat sekalipun update blog dengan gambar-gambar sebagai bukti, 'just now i met them you know'.

Semasyhur mana sekali pun manusia yang anda bakal jumpa di atas muka bumi ini, saya pasti dua kisah ini bakal membuatkan anda terus lupa akan mereka semua dan terus fokus dan ternant-nanti untuk berjumpa dengan Allah dan RasulNya.

Walaupun mungkin banyak dosa yang kita lakukan telah menjadi asbab jauhnya kita kepada Allah dan Rasul s.a.w, moga-moga kita tetap terpilih untuk bertemuNya dan kekasih Allah di syurga. Biarlah perjumpaan kita kelak, kita akan disambut dan dipandang dengan pandangan kasih sayang dan bukannya dengan pandangan kemurkaan.

Ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah, maafkan kesilapan kami Ya Rasulullah. 

Kisah Nabi Musa bercakap dengan Allah.



Mimpi Dr. Haron Din Jumpa Nabi Muhammad SAW





Mereka insan terpilih Ya Allah, sungguh indah perjumpaan itu. Pilihlah kami jua Ya Rob.. TT__TT

20 January 2012

Kufur nikmat? #selalu kan?

Bismillahi as-solatu was salamu a'la Rasoulillah

Assalamualaikum wbt.

Kehadapan pembaca yang dikasihi sekalian (walaupun saya tak pasti blog ni ada pembaca ataupun tak),

Perasan tak kita selalu sangat menanam tebu di bibir, janji yang dibuat sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja dan setiap kali itu juga kita gagal menepati janji kita terutamanya kepada Pencipta.

Tak percaya?

Siapa di antara kita selalu banyakkan ibadah, bangun malam untuk study?

Ramai yang selalu baca Al-Quran tak dengar lagu lagha semata-mata nak jaga hafalan?

Perasan atau tidak, ujian Allah itu pada waktu susah dan SENANG kita.

Jom cek balik amalan kita.

Siapa di antara kita yang masih boleh bangun malam lepas exam?

Ramai tak yang mampu kekal kurangkan perbuatan lagha lepas result keluar?

Tak payah tuding jari kat orang. 4 jari lagi tertuju kepada saya. Dan soalan ini yang selalu saya tanyakan pada diri. Kenapa hanya pada waktu susah sahaja kita sanggup bersusah mendekatiNya.

Kenapa kita masih gagal nak kekalkan momentum ibadah kita supaya sentiasa sama seperti banyaknya kuantiti dan bilangan ibadah yang kita lakukan sewaktu kita susah. Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Saya lontarkan setiap apa yang saya tulis di blog ini khususnya buat diri saya. 

Takutlah wahai diri, andai kejayaan dan kemudahan yang Allah berikan itu semata-mata istidraj bagi dirimu. Istidraj supaya kamu semakin kufur nikmat, lalai, mengingatinya. 

Malulah. Malulah kamu kepada Sang Pencipta yang Maha Memerhati Yang Mengetahui. 

Waktu senang, kita selalu lupa dan terus leka dengan perkara lagha dan maksiat kepadaNya. Waktu senang, tak ada lagi rintihan "Ya Allah, permudahkanlah urusanku" ataupun "Ya Allah, berikanlah kekuatan bagiku menghadapi ujianMu".

Time ni lah solat hajat berganda, doa tak putus-putus, bangun malam pukul 4 pun sanggup sebab rasa syukur tu patutnya berganda-ganda. 

Sedar atau pun tidak waktu senang itu adalah ujian yang Allah berikan kepada kita sebagai pengukur tahap kesyukuran kita kepadaNya. Pada waktu senanglah Allah nak tengok hamba yang dahulunya merintih merayu agar diberikan bantuan, kembali bersyukur kepada Allah.

{ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ} [إبراهيم: 7]
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Maka Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".(QS Ibrahim 7)

Allah takkan pernah rugi apa-apa pun. Kita yang selamanya akan berada dalam kerugian setiap kali kita lupa kepadaNya.


Mudah sangat saya berkata-kata. Laju sangat kata-kata nasihat meluncur dari bibir. Walhal hakikatnya, sangat payah hati dan akal mengingatkan anggota untuk bergerak lakukan ibadah kepadaNya. 

Duduk di hadapan komputer sahaja? Mata, telinga dan jari -jemari ini bakal menjadi saksi atas segala dosa yang kita lakukan. Mereka akan menuduh kita kembali, mendakwa untuk apa mereka ini digunakan di dunia. Mata memandang  dosa, telinga mendengar lagha, jari menaip kata dusta. 

Oh Tuhan, jangan biarkan kami menjadi hamba yang kufur nikmat kepadaMu. Keluarkanlah kami dari zon keselesaan di dunia fana. Semuanya palsu. Sungguh tiada kejayaan yang lebih menggembirakan daripada kejayaan di akhirat sana. Bantulah kami Ya Allah, bantulah kami dalam mengingatiMu selalu..

Yok, istiqamahlah membaca Al-Mathurat yang di dalamnya tersurat dan tersirat doa-doa yang boleh kita amalkan selalu. Cuba baca dan selami maksud ayat-ayat Al-Mathurat yang kita baca setiap kali selepas subuh dan asar. Jangan baca laju-laju tanpa penghayatan. Pejam mata, amati dan minta sungguh-sungguh pada Tuhan setiap kali berdoa. Kalau kakak dan adik-adik yang datang bulan pun still boleh amalkan doa-doanya.

Hayati bait-bait doa ini










































Tak ada Al-Mathurat? Cuba download kat sini


Mari kejar redha Allah sama-sama^^! Moga kita selalu menjadi hamba yang bersyukur pada setiap masa.

16 January 2012

Hamba Ar-Rahman

Bismillahi as-solatu was salamu a'la Rasoulillah
Assalamualaikum wbt.

Minggu lepas akhirnya kami sempat berdating lagi selepas sebulan lamanya tak berjumpa. Walaupun tak semua dapat join, tapi seronok sebab at least dapat juga cas iman sama-sama. Ayat TnT kali ini adalah berkaitan dengan Ibadur Rahman atau maksudnya Hamba Yang Maha Pengasih. 

Jadi apakah ciri-ciri seorang Hamba Yang Maha Pengasih?
Agak-agak kita ada tak sifat-sifat IbadurRahman?

Sungguh Allah itu sangat mengasihi hamba-hambaNya yang beriman dan Dia berikan ciri-ciri tersebut untuk kita ambil sebagai pedoman. Yok, cuba tengok ada tak sifat-sifat yang disebutkan dalam Surah Al-Furqan Ayat 63-77 pada diri kita dan kita cuba amalkan segala yang tersurat dan tersirat daripada ayat tersebut.

Dan ayat yang paling terkesan pada saya adalah ayat yang ke 68-70. Allah cakap bagi mereka yang menyembah selain daripada Allah, membunuh jiwa yang tidak berhak untuk dibunuh dan juga mereka yang berzina akan digandakan azab bagi mereka pada Hari Kiamat nanti. Sama bukan dengan situasi zaman sekarang?. Zina berleluasa, pembunuhan bayi merata-rata, golongan murtad ada dimana-mana. Morocco, Malaysia, UK? Sama sahaja. Situasi ini sudah menjadi norma

Tapi Allah tenangkan hati-hati mereka yang telah berbuat dosa dengan ayat yang seterusnya, ayat 70, Allah kata "Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."



Betapa agungnya Allah Yang Maha Mengasihani walau selangit tinggi, sebesar gunung mahupun sebanyak pasir dilautan dosa-dosa yang telah kita lakukan, tetap Allah akan terima taubat kita dan menghadiahkan syurga dan redhaNya. Kalau ada mereka yang telah terlanjur berbuat zina atau anda kenal dengan mereka yang berbuat sedemikian, cuba baca balik ayat ini.

Sungguh Allah sedang memberi amaran bagi mereka yang membunuh, berzina dan menyembah selain daripadaNya akan mendapat azab, namun Allah cakap pula dengan kita, bahawasanya walaupun manusia mungkin membenci kita dan memandang hina atas dosa yang telah dilakukan, ketahuilah Allah tetap memberi peluang kepada kita untuk bertaubat dan akan menggantikan segala kejahatan dengan kebaikan. Sungguh Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Apalagi yang kita mahukan selain daripada keampunan Allah atas segala dosa dan kesalahan yang telah kita lakukan bukan? Utamakanlah pandangan Tuhan daripada pandangan manusia.

Dan siapa kita untuk menghukum manusia lain andai dia pernah melakukan dosa?


Kita bukannya Tuhan yang mampu mengampunkan dan menghukum manusia mengikut kehendakNya. Jadi, betulkan persepsi pandangan anda kepada mereka yang pernah terlanjur melakukan dosa, bantu mereka kenal Allah. Pimpin mereka mengenal kembali keindahan Islam sebagai cara hidup. Biarkan masa lalu berlalu dan bergerak kehadapan dengan penuh keyakinan serta taubat iaitu kembali semula kepada Pencipta kita. Sungguh Allah Maha Menerima Taubat.





Sifat-sifat yang dikemukakan di sini adalah sifat-sifat yang dimiliki oleh orang-orang yang beriman setelah menunaikan berbagai kewajiban yang diwajibkan kepada mereka. Seperti yang termaktub pada Surah al-Furqaan ayat 63-77, sifat - sifat yang dimaksudkan tersebut adalah:




  • Bersifat dengan sifat tawadhuk
  • Selalu mengucapkan ucapan-ucapan yang baik


[63] Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; 


  • Orang beriman yang suka bertahajjud di malam hari

[64] Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,


  • Orang yang merasa takut akan azab dan seksa Allah


[65] Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan

[66] Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk”;



  • Orang yang sentiasa bersederhana dalam membelanjakan hartanya.


[67] Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.



  • Menjauhkan diri daripada Syirik kepada Allah
  • Tidak melakukan pembunuhan
  • Menjauhkan diri daripada perbuatan zina


[68] Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;

[69] Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan,


  • Bertaubat dengan sebenar-benar taubat atas dosa yang pernah dilakukan.


[70] Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[71] Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;



  • Menjauhkan diri daripada penyaksian palsu
  • Tidak mengerjakan perbuatan yang tidak berfaedah


[72] Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.



  • Senang menerima nasihat yang baik


[73] Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta.



  • Mendoakan kebaikan bagi keluarga dan keturunan

[74] Dan juga mereka (yang diredha Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

[75] Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,

[76] Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.

[77] Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): “Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telahpun menyalahi (ketetapan Tuhanku itu); dengan yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu”.



Semoga kita sentiasa kuat dalam mengamalkan setiap ilmu yang kita peroleh dan sentiasa berpesan atas kebenaran dan kesabaran. Wallahu a'lam.

07 January 2012

Random : Romantik nyeww~~!


Bismillahi as-solatu was salamu a'la Rasoulillah

Saidah Fathi dan Saidah Jayid. Dua besties saya di sini. Kebetulan sahaja nama mereka sama. Tapi merekalah sumber kebahagiaan saya sama seperti makna nama mereka. 

Lately kalau nak jumpa Saidah Jayid mahu pun Saidah Fathi, mesti masing-masing sibuk dengan "teman" mereka sampaikan kita dilupakan.. haish.. = = ''  Ya lah.. sorang dah 7 tahun bercinta, sorang lagi tengah dilamun cinta.Ok. Fine. Tak kisah pun sebenarnya pasal "teman" mereka itu. The random things yang saya nak cakap tulis adalah berkaitan ayat-ayat romantis dalam sms.

Kullama. Everytime. Setiap kali. Saya baca sms diorang (which diorang yang nak tunjukkan ok!) mesti saya nak termuntah punyalah. Bukan literally, tapi betul-betul nak termuntah. Satu gelojak yang kuat datang dari perut memaksa diri untuk terbatuk-batuk memaksa sesuatu untuk keluar. Tapi sebenarnya loya semata.

Seriously, ayat-ayat cinta dalam Bahasa Arab sangatlah manis sampaikan boleh kena jumpa doktor gigi sebab gigi berlubang ataupun masuk wad sebab kencing manis akibat high amount of sweetness consumed! Oh Tuhan. Walaupun dalam Bahasa Darijah tetap kalimah-kalimah tersebut tidak selayaknya dilafazkan buat masa ini.
 
Kalimah

7ubbi (hubbi) = cintaku [agaknya hubby tu omputih amek dr orang Arab kan?]
ya ahla min 3asl = wahai si manis yang lebih manis daripada madu
qalbi = hatiku
wardi = bunga ros ku

Dan lain-lain ayat pemanis mulut yang tak sempat saya baca sebab dah tertolak henset tu ke mereka. Tak larat nak baca takut termuntah betul-betul. Kalau dah namanya perempuan pastikan cair dek kata-kata cinta bersulam rindu itu. Bluerkk.

"Oh COME ON Husna!! You are exaggerating~ ~ " kata Saidah Fathi si budak English Department.

"Deary, I dont mind if these words were said if  a halal relationship is going on. But the fact is that you are not even married that whats me feel like ewww" balas saya. Geli-geliman dibuatnya. 


 Sangat random penulisan saya kali ini, cuma nak kata, Bahasa Arab itu sangat puitis bahasanya tapi sayang kalau kita tak faham bahasa ini apabila membaca surat-surat cinta daripada Sang Pencipta.



قالوا:مسكين من لا يعرف الإنجليزية..قد يواجه صعوبة في فهم كلام الناس
 
  وأقول:مسكين من لا يعرف العربية..قد يواجه صعوبة في فهم كلام رب الناس
 
They said : Poor him. He doesn't know English. It must be tough for him to understand others.
But I say :  Poor him. He doesn't know Arabic. It must be tough for him to understand God's words

Mereka berkata: Kasihan sesiapa yang tidak tahu Bahasa Inggeris, pasti dia menghadapi kesusahan dalam memahami kata-kata manusia.
Tetapi saya kata: Kasihan sesiapa yang tidak tahu Bahasa Arab, pasti dia menghadapi kesusahan dalam memahami kata-kata Tuhan manusia.


Tapi kalau baca pun tidak, masakan kita nak faham kalimah cinta Sang Pencipta kalau step pertama untuk membaca pun kita tak mulakan? Lebih memalukan lagi, kalau dah belajar Bahasa Arab dah reti baca dengan bertajwid tapi masih malas nak selongkar kalam suci Tuhan. Shame on you lah beb~ ~ (panggg..!! terkena  lempangan kat muka sendiri)

Maka cubalah kita kirimkan “sms” atau titipkan “surat” ke penghuni langit dan saksikanlah sendiri, apakah ada penghuni langit yang sudi atas dasar kasihNya pada kita- membalas “sms” atau “surat'' itu?

Yok kawan-kawan, baca surat cinta Sang Pencipta. 

Rasulullah pernah bersabda :
“Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar (membaca) al-Quran dan mengajarnya.” 
(Hadis riwayat al-Bukhari)




p/s: men mesej-mesej ngan suami time dia outstation mesti lagi sweet kan? ^^

06 January 2012

Terima kasih Ilahi



 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah



Seinfiniti kesyukuran itu hanyalah buat Allah tanpa mengira waktu dan ketika kita di dunia. Berjalan pulang ke rumah hari ini seperti hari-hari sebelumnya juga. Ringan bagaikan berjalan di atas awan. Tiap kali sesuatu tugasan mahupun imtihan dapat dilaksanakan dengan baik walaupun keputusannya masih belum diketahui, selalu akan ada satu perasaan yang amat menenangkan menyusup genap ruang kalbu. Hati terasa amat tenang, dada terasa sangat lapang . Subhanallah.

Waktu itu berkali-kali harus diingatkan semula pada diri. Inilah ujian bagi mereka yang mendapatkan kesenangan. Sesungguhnya rasa tenang itu adalah antara nikmat yang kita selalu lupa untuk mensyukurinya. Lihat dan bandingkan keadaan saudara seakidah kita yang sentiasa dalam keresahan, kerisauan dan ketakutan ditindas kuffar. Dibandingkan pula dengan keadaan kita maka sememangnya Allah ingin melihat sama ada hambaNya mahu bersyukur ataupun tidak. Sejauh mana hambaNya kembali berterima kasih atas nikmat pemberianNya.

Namun, bersyukurlah jua wahai diri andai ujian menimpa, keresahan jiwa melanda atas kesusahan dalam urusan dunia. Sungguh Allah mahu melihat sejauh mana kamu kembali merayu mengadu kepadaNya. Meminta bantuan dan pertolongan atas nama kesabaran.


Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;

Sentiasalah kita membaiki tanggapan terhadap Sang Pencipta. Kerana "Sesungguhnya Allah berfirman: "Aku sebagaimana prasangka hambaku kepada-Ku. Aku bersamanya jika ia berdoa kepada-Ku." [HR.Turmudzi]



Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

الحمدلله على كل حال مهما كان الحال
No matter what happens, never forget to say Alhamdulillah.
Praise be to Allah.

(✿◠‿◠)


Ya Allah, Permudahkanlah urusan keluargaku, urusan sahabat-sahabatku, serta urusan umat Islam keseluruhannya, sebagaimana Engkau telah memudahkan urusanku. Alhamdulillah.



01 January 2012

Love is Blind


 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah


Pardon me for my poor English. Its been a while since the last time I'm writing a post using this language. =)


The wise men say, "Love is blind" and every letter of it stands true. 





Last Tuesday, Saidah came to my house after weeks we didn't get to sit down and talk.

Saidah tried her best convincing me about her current situation. Hoping that somehow I will agree with her in the so-called-topic of love. 

"Husna, what will you do if somebody confessing his love to you..and you're also having a crush on him but both of you are not mentally and financially ready for any commitment nor having intention in getting marry."

My answer would be, 

"First of all, if I am ready for marriage, I will ask him to meet my parent. But if I am not ready yet to marry, I will simply tell him that he can choose to wait for me or simply move on and try forget about me, just find another woman that suits him better. "

Saidah's eyes nearly pop out of the socket.

"OH, Its IMPOSSIBLE! There's no way that you will let him go. Both of you like each other"

I looked back at her saying,

"I just dont believe in love before marriage. I mean, if being in love is about going on a date, text messaging each till late night, lovey-dovey call saying 'I Love You, I Miss You', its just rubbish." 

Clearly she's not agreeing with my reply,

"How would you marry someone when you are not in love with him. Its just impossible to get marry to somebody that you havent met before"

Answering her question, 

"That's why in Islam we have Khitbah. The period of time for a couple that planning on marriage to get to know each others. Getting to introduce themselves with a third person accompanying. Not by wasting our time carelessly on a date or so on."

Saidah still explaining her best for me to believe that being in love is necessary nowadays. It has become a norm which everybody must have a couple. I tried to explain to her both in Arabic Language and English Language till I got nothing to say anymore but to throw some questions for her to answer. 

" Saidah, what will you benefit from this?" with a stern voice yet a smiley face plastered I asked her.

" I would be so happy and .... " she left speechless without answer.

فقط؟؟؟  means " That's it?, Is it the only thing?" .


"Okay, what if you die, what would you say to Him in the next world about how you spent your life before Him."

and I throw another question just trying to get her imagination run far away through the future. 

" What if you did'nt get to marry Mehdi in the future. And let just imagine this, you are married  to another person. One day, both of you went shopping to Marjane and suddenly you saw Mehdi just before you. Wont you feel something weird inside?"

She just shook her head  in denial.

" Well, he must be understand that I'm now married, so he wont come over me." 

"I asked her back, Though both of you shared some feeling back then?, Oh it must be difficult right?"  

The fact that I love to see Saidah being happy is far more than satisfying cause I can never feel the hardness that she's going through right now. But I couldn't agree with her choosing to be in a relationship that will only make her even farther than Allah as an escape or exit door for the problems she faced. 

Cause I simply dont want her to hurt even more. 

Teenagers always run in a circle with a dull, simple set mind in searching for true love in life. Thus, we always try to look forward meeting the right guy and the right girl for us. But what we forget is that, the teenage life that we live actually far beyond the goal that we set in mind.

I am always fail to benefit my time wisely. Nevertheless, I am trying my best to be a better muslimah day by day. There are plenty of things we havent done yet in our life and we havent done enough for Islam.

I should'nt be worrying about my future husband. But I should be worrying whether I am ready to become a good wife and a mother to my children in the future. Later then, the time will eventually come when my dear  future husband, my other half step into my life. Because He already promised me and He knows the best for me.

This is nothing as to compare to Allah's satisfaction.

I should be worrying the most whether Allah loves me or not. Does He satisfied with me? Have I done enough in pleasing Him? Have I done enough repenting all the wrongdoings and all the sins that I made before? Did I spend most of my time in searching for His bless or only seeking only for His anger?.

Is Allah satisfied?


All I'm trying try to say is that Love before marriage is not forbidden in Islam. But how we lead the love towards Allah is far more important rather than fooling around being in love carelessly and we might end up being hurt.
.


Dear Saidah, I couldnt give you the best answer but I stumble upon Aiman Azlan's status this morning,

Someone told me, 
"I have a boyfriend. I want to marry him but we aren't able to marry yet. Our parents won't approve."

I am with the parents on this one. Lesson: Don't start what you can't finish. Lower your gaze and protect your private parts. Practice fasting, it will be a protection for you.

Prevention is better (and much less painful) than cure.


and I really have to agree with him. ( =

p/s: I love you fillah!