29 December 2011

Tong Gas



Bismillah as-solaatu was salaamu a'la Rasoulillah.. 
quick update..

Sesungguhnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu saling melengkapi.
Masing-masing punya kekuatan dan kelemahan yang tersendiri.

Contohnya, kekuatan lelaki memang tak sama dengan perempuan.

Seorang lelaki mampu angkat 1 tong gas dengan bergayanya dipikul di atas bahu.
Lain pula halnya bagi budak perempuan.
Dua orang diperlukan untuk mengangkat 1 tong gas dengan langkah-langkah cermat di atur.
Takut jalan laju-laju terlepas dari tangan terhempap atas kaki. Adoi, kan sakit!

Dah dua kali perkara ini terjadi sepanjang keberadaan saya di sini.

*Fail putar penutup gas yang ketat*
Tong gasnya ada, tapi kalau tak boleh bukak, macam mana nak masak.. betul tak?

Kali pertama waktu Yusra di Malaysia dan saya berseorangan di rumah. Terpaksalah saya jumpa Maryam Si Penjaga Kedai, adu pada dia saya tak dapat buka tong gas. Dia panggilkan seorang Pak Cik Arab bukakan tong gas di luar rumah sebab dah lewat malam hari.


Kali kedua pula terjadi sebentar tadi. Sesungguhnya tong gas itu telah di angkat oleh saya dah Yusra berdua. Berat. Boleh pula penutupnya tersangat ketat. Time musim periksa jugalah perkara-perkara yang memerlukan bantuan mereka bernama Ikhwan diperlukan. Tak sampai hati nak ketuk pintu, tinggalkan sahaja pesanan ringkas di YM masing-masing dengan harapan ada yang masih online.
Alhamdulillah, ada yang respon

Muhd : Saya masuk ya.. mana dapurnya?

Kak Na : Tu dapurnya.

Muhd : Kak Na tak yah masuk dapur k.

5 saat kemudian.....

Muhd : Dah bukak dah..

Kak Ya : Cepatnya bukak. Macam tak caya je.

Kak Na : Bengkak kemerahan tangan kita nak bukak. Dia bukak sekejap je.

Bukankah Allah dah nyatakan dalam Al Quran, Surah An-Nisa ayat 34,


Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.



Dan saya sangatlah bersetuju dengan sayapemalu terutamanya pada minit 8:47

"Banyak lagi benda-benda remeh yang sebenarnya mendatangkan kemanisan dalam kehidupan kita..macam tolong akhowat pindah rumah, tolong angkat washing machine, tolong repair paip jamban yang pecah, tolong baiki paip dapur yang bocor..."

Ketahuilah wahai kamu yang bernama lelaki, mereka yang bernama perempuan sangat menghargai kamu yang sanggup bersusah payah menolong mereka lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan kudrat dan keringat.

Maka, ringan-ringankanlah tulang anda, Allah suka, dan dapat pahala.. ^^ sweet pun ya juga.

Permudahkanlah urusan orang lain, kelak urusanmu pula dipermudahkanNya. 


28 December 2011

Khusyuk - Hayati makna bacaan


 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah

Selalu kita tunaikan solat tanpa penghayatan. Selalu kita tunaikan solat dengan 'zero' tumpuan.

Mengapa? Bagaimana untuk dapatkan khusyuk di dalam solat?



Selalunya kita tak hayati bacaan di dalam solat. Kalau kita benar-benar fahamkan dan amati bacaan di dalam solat.. Insha Allah, sedikit sebanyak dapat membantu kita tunaikan solat dengan lebih khusyuk. Selain kita berusaha untuk diam dan tidak bergerak secara berlebihan di dalam solat, kerana pergerakan yang berlebihan boleh membatalkan solat dan mengganggu konsentrasi.


Klik gambar untuk paparan yang lebih besar.

Takbiratul Ihram

Doa Iftitah


Al- Fatihah


Ruku'


I'tidal


Sujud


Duduk di antara dua sujud

 Tahiyyat awal


Tahiyyat akhir


Doa Qunut



Dont talk to me about love...



 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah








I moved to tears watching these two videos.. 
such a beautiful moment portrayed.. 
such a blissful moment to share..

but please.. dont talk to me about love yet.. dont ask me anything about love.. 
cause I simply cant answer your question..

as I have never experienced one..

As for now, I really dont believe in love.


And all along I believed
I would find you
Time has brought 
Your heart to me
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a 
Thousand more

Call me a conservative.. label me as an old-school girl.. say whatever you want..

But I'm always keeping the faith that true love between two person would only come through marriage. Love before marriage is not forbidden in Islam. But how we lead the love towards Allah is far more important rather than fooling around being in love carelessly and we might end up being hurt.

Alhamdulillah, right now I am very contented from Allah's love and the love of the people around me..



30:21 And of His signs is that He created for you from yourselves mates that you may find tranquillity in them; and He placed between you affection and mercy. Indeed in that are signs for a people who give thought.

22 December 2011

Analogi Hidup dan Mati


Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah

Rasa susah dan payah itu seringkali membuatkan kita mahu terus putus asa. 
Sehinggakan setiap perkara di hadapan terus ditinggalkan tidak dipedulikan.

Namun, sampai bilakah mahu kita berputus asa tidak mahu berusaha?
Kelak mati menjelma, penyesalan sudah tak kemana.


***

6 Disember 2011

Pagi itu saya bertanya diri, saya bertanya Allah, " Wahai Tuhan, kenapa tak dicampakkan langsung rasa gerun untuk exam hari ini?".

Saya sangat bingung dalam masa yang sama sangat "tenang". Bingung sebab tak rasa berdebar langsung nak masuk periksa bagi subjek Simiyaiat Ta'wil hari tu. "Tenang" sebab rasa yakin akan dapat jawab dengan baik walaupun pada hakikatnya saya sangat kurang bersedia.

Berjalanlah saya ke kuliah dengan secebis nota berwarna pink di tangan. Sibuk-sibukan diri juga menghafal perenggan talkhis tentang buku yang saya baca. Hari ni, saya bakal ditanya tentang buku Misykatul Mafahim yang diberi oleh Ustaz Haddawi hasil tulisan Muhamad Miftah. 

"Better kamu hafal husna!" berdialog saya dengan diri.

Sampai sahaja ke kuliah. Semua kawan sekelas duduk goyang kaki bergelak ketawa. Releks dan "tenang". Seakan peperiksaan tiada. Bertambah lagi bingung saya. Ustaz berjalan di hadapan kami, menuju ke kelas. Kami mengekorinya dengan harapan, "Moga-moga exam hari ni tangguh".

Seberadanya kami di dalam kelas..
Cuba teka siapa orang pertama yang dipanggil untuk oral exam hari tersebut?

Bint Muhammad Tawfiq NourlHousna. Seruan menjelma. Mengalah juga saya dengan keadaan tidak bersedia. Tidak membantah walaupun sepatah. Ditarik kerusi menghadap ustaz. Terus ditanya tentang kesimpulan buku yang saya dah baca. Berserta kertas ditangannya, mata memandang saya, Ustaz dengan penuh sokongan mengutarakan soalan. 

"Bravo-bravo alaik, mizyene.." angguk-angguk dia memberi kepastian dan pujian kerana muka saya menunjukkan keraguan pada setiap jawapan.

Saya tahu Ustaz tidak berkeras dengan kami bukan seperti pelajar-pelajar Arab yang lain. Lagi bertambah rasa bersalah saya sebab peluang yang diberikan untuk menghafal tidak dimanfaatkan. 

"Oh Tuhan, akan saya tunjukkan nanti!" azam pada diri mahu menebus kesalahan. Saya tak nak sia-siakan lagi peluang yang Ustaz berikan.

11:15 pagi, waktu untuk kelas kedua pula. Kelas Us Hamumi yang digeruni. 
Rasa "tenang" di pagi hari tadi terbawa-bawa sampai ke kelas Sarf wa Siwatah. Ustaz Hamumi yang digeruni pelajar-pelajarnya merupakan seorang yang sangat tegas dalam masa yang mempunyai sifat kebapaan yang tinggi. Berpakaian kot kemas dia melangkah masuk ke dalam kelas. 

Terus ditanya pelajar-pelajar di hadapannya, 

" Kamu semua ada soalan berkaitan dengan pelajaran kita minggu lepas?"

Diulang lagi soalan tersebut. Kali terakhir peluang untuk bertanya diberikan, ustaz terus mengeluarkan kertas-kertas kosong. "Baiklah kalau kamu semua tak ada soalan lagi, setiap orang ambil satu meja dan ketepikan beg masing-masing".

"Alhamdulillah," hati memuji Allah, peperiksaan mengejut pula kali ini. Ust memang takkan pernah maklumkan waktu peperiksaan. Memang sangat seronok saya menjawab dua ujian dalam hari yang sama.

Namun, berbekalkan "ketenangan" yang dibawa dari kelas Ustaz Haddawi tadi saya jawab juga soalan-soalan yang diberikan. Alhamdulillah, dipermudahkan untuk menjawab walaupun hakikatnya saya tak tahu samaada jawapan yang saya berikan betul ataupun tidak. 

Usai kelas, saya terus berjalan pulang. Kaki berjalan perlahan, satu suara di benak hati melontarkan soalan demi soalan memberi peringatan.

"Husna, andainya mati itu Allah dah tetapkan tarikhnya, adakah kamu akan tetap bersemangat berusaha untuk mengumpul amal? 

Atau sekadar bertangguh ke saat akhir?

Dan pabila menghadap Allah untuk dipersembahkan segala amal, engkau hanya mengharapkan belas kasihan daripadaNya? 

Sedangkan di dunia Allah dah tetapkan suatu tempoh untuk beramal dan saat kamu diuji adalah saat kamu dimatikan.  

Masuk exam Us Haddawi pun tak ready, inikan pula kalau mati itu sudah ada tarikh yang pasti?".

Hati berbicara lagi.

"Sedangkan hakikat mati itu tidak diketahui waktu dan ketikanya. Samalah dengan ujian mengejut Us Hamumi. Malaikat Maut akan menjemput pada bila-bila masa secara mengejut. Kamu bersedia ataupun tidak, tetap kamu akan dimatikan dan kelak dipersoalkan tentang segala perbuatan kamu di dunia. Semestinya di hadapan Tuhan, Allah Yang Maha Agung rasa gerun itu lebih menakutkan berbanding di hadapan manusia di dunia."

Analogi dua peperiksaan pada hari tersebut mengingatkan supaya sentiasa bersedia untuk suatu saat yang sudah ditetapkan tetapi tidak diketahui saatnya. Mati itu pasti. Saat itu rasa "tenang" pasti hilang.

Setiap kali kita bangun dari tidur masih lagi bernafas, bermakna masih ada tugas yang belum selesai terlunas. Masih terbuka luas peluang untuk kita beramal dan bertaubat kepadaNya. Dia masih mahukan kita berusaha mengejar keredhaanNya. 

Kelmarin, merupakan kelas terakhir bersama Us Haddawi dan Us Hamumi untuk semester kali ini. Kedua-duanya memberi berita gembira, kami semua dapat markah yang baik untuk mid-sem exam lepas. Hanya tinggal berusaha untuk final exam pula. Mereka mahu kami berusaha sebaik mungkin untuk final ini.

Nah, lihat! Bukankah ini peluang seterusnya yang Allah berikan untuk berusaha bersungguh-sungguh?

Andai hidayah itu sudah berada di hadapan mata, namun tetap dipersiakan jua. 
Bukankah kita dalam golongan mereka yang rugi? 

Berdoa Nabi Adam a.s sewaktu baginda sedar akan kesilapan baginda sehingga dikeluarkan dari syurga.


قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

“Ya Tuhan Kami, Kami telah Menganiaya diri Kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni Kami dan memberi rahmat kepada Kami, nescaya pastilah Kami Termasuk orang-orang yang rugi.”
(Surah Al A’raaf :23)


Sering kita gerunkan peperiksaan di dunia.

Seringkan kita kejarkan ijazah, kesenangan, kekayaan semata.

Terkadang lantas terlupa Sijil Padang Mahsyar di sana.
"Ya Allah, jadikanlah kami sentiasa berusaha mencintaiMu, 
ampunkanlah segala dosa-dosa kami Ya Allah, 
dan matikanlah kami dalam keadaan kami mengucapkan أشهد ان لا اله الا الله ، وأشهد ان محمد رسول الله "


Ameen ya robbal a'lamin.. 









26 November 2011

Masalah


 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah


Semalam air mata bertakung tak dapat dibendung. Habis melimpah mengalir deras di pipi. Kekuatan diuji selepas lama diri hanyut dengan duniawi. Terima kasih wahai Tuhan.
Dah lama rasanya hati keras membatu. Tak diuji, asyik dipuji, hakikatnya hati lembik bak jeli.




Aku akan buktikan. Aku boleh!

Meleleh air dari hidung keluar, tersedu-sedan saya di belakang. Huda cuba memujuk. Ustazah buat dek teruskan mengajar di hadapan. Terjegil mata ustazah di hadapan sebentar tadi selepas aku membuat kesalahan. Niat aku hanya ingin menterjemahkan nas Chomsky berkaitan dengan The Concept of Language. Tersalah sebut kalimah yang seharusnya aku marfu'kan, telah aku majrurkan tanpa aku sedari. Oh Tuhan, waktu itu terasa diri sangat bodoh!. Tolonglah husna, minggu ini sahaja dah dua orang pensyarah tegur kesalahan nahu yang kau lakukan,. dan masih kau terus buat kesilapan yang sama. Aiyeeeh. Tabarakallah 3lik! note:sarcasm

"Dah masuk sem yang kelima, tapi masih buat banyak sangat kesalahan tatabahasa"

"Kenapa jadi Mafhumi lLughah??" aku yang lampi tak dapat tangkap apa yang ustazah cuba cakap.

Subhanallah.

Mulanya aku berjalan seperti biasa ke kuliah. Aku katakan pada diri, tiada siapa yang dapat membantu dirimu selagi mana kamu tidak mahu berubah. Mengadu kepada mereka takkan mengubah apa-apa. Sombong, pada diri aku berbohong. 

Kelmarinnya, Sanaa dan Samirah sudah tekad tukar takhasus. Tanpa mereka sedari, mereka berlalu pergi tinggalkan aku sendiri. Selepas hampir sebulan berada dalam bidang Linguistik, mereka beralih ke bidang Sastera dek sifat pensyarah-pensyarah yang mereka rasakan sangat tidak profesional dalam pengajaran. Allahu Akbar!

Sebenarnya aku rasa agak terkesan dengan tindakan mereka. Sehinggakan das tembakan Ustazah Tugani hari semalam telah memecahkan empangan air mata yang penuh kekecewaan dalam jiwa. Macam-macam terjadi minggu ini. 

Selepas Saidah dan Fatihah tinggalkan aku untuk Sastera pada permulaan semester, kini Sanaa' dan Samirah pula berpaling arah mereka. Tak tahan agaknya dengan karenah pensyarah yang takkan pernah kami tahu corak pemikiran mereka. Aku mengadu pada mereka, aku katakan kamu semua Sumber Kekuatanku dalam pelajaran. Susah untuk aku lalui hari-hari tanpa kawan di sisi.


Mereka katakan, "Kamulah sumber kekuatan diri kamu wahai husna", "Kami memang akan sentiasa bersama kamu walaupun kami berlainan bidang.", "Awak boleh lakukan!"

Ah. Mudah sangat engkau bergantung pada manusia! Oh husna. Sungguh Allah itu Maha Kuasa, dan hanya kepadaNya sebaik-baik tempat pergantungan. Nah dulu, engkau hanya bergantung kepada Sanaa untuk belajar dan mengulang kaji. Engkau terlalu selesa dalam zon yang biasa. Tidak mahu keluar dari kepompong yang sama mencuba sesuatu yang berbeza.

Sekarang, pabila Allah tarik satu nikmat, aku gelisah bagaikan esok noktah penamat. Sebenarnya, Allah mahu tunjukkan jangan selalu bergantung kepada manusia, bergantunglah kamu pada Yang Esa. Allah mahu tunjukkan, sebelum kamu mengadu pada manusia, mengadulah kamu pada Yang Esa.

Aku tahu, Dia sangat sayangkan aku. Dia mahu aku sentiasa mengadu. Merayu, memohon ampun atas khilaf yang selalu aku lakukan. Aku tahu, dengan hanya bersedih takkan membuatkan aku lebih baik pun. Aku perlu baiki diri. Belum terlambat sebenarnya untuk aku sedari. Ah.. memang setahun berbaki takkan pernah mencukupi bukan? Adakah perlu itu menjadi alasan?

Oh Allah, tidak kami meminta selain daripadaMu agar dipermudahkan segala urusan.

Oh Allah, hanya kami meminta agar dikurniakan kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujian.

Sahabat..ujian itu berkait dengan iman. Ujian itu daripada Allah untuk membuatkan kita dekat kepadaNya, terselit kifarah dan juga maghfirah.

Aku terlalu angkuh, aku ingat aku kuat untuk menyimpannya seorang diri. Sedangkan aku punya sahabat.

Yang paling penting, walau bersendirian, aku masih ada Tuhan.
Ampunkan dosaku wahai Pencipta.



Ibu angkat, penjagaku sejak dari kecil meninggal dunia, hari Rabu lepas. Al-fatihah buatnya.
s!b: maafkan saya. bahasa agak kasar. saya jawab sendiri soalan yang saya cari.


23 November 2011

A confession: KPOP and me

 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah

Assalamualaikum dear readers :)
*Izinkan saya menulis dengan bahasa campur dalam post kali ini.

This would be the longest article that i have ever wrote in my life. This post is dedicated to all the Moslem Kpop Lovers. I just wanna share my thoughts about this.

Happy reading!

The story of a Kpop addict. I have a confession to make. I am quite addicted to the Kpop world. Saya tak tengok sangat drama-drama cinta ni. To be exact I am more into idols & their songs. I claimed to be a VIP,(maybe Im not a vip afterall sbb tak beli album diorang pun) fangirling-adoring-admiring Big Bang and be inspired by their perseverance in  achieving their dreams bla-bla-bla.

Segala-galanya bermula dengan Internet Addiction that leads to Kpop Addiction since 2008. Rasanya dah agak parah ketagihan yang saya alami. Dulu-dulu kalau orang cakap pasal Kpop sket, I was like.. ''Hey! do you know this group??". Saya suka sangat lagu-lagu diorg!.

Honestly, I did even joined the forum of Big Bang's fan. I watched all the variety shows, their documentary during the trainee days. Spending my time carelessly in front of the laptop, wasting my life over something that wont last forever. Listening to their songs sampai dah boleh hafal. Spazzing over OTP. Teruk kan?

Ok. So what kalau awak suka dengar dan tengok Kpop an? its has become a norm .. everyone drawn into the Hallyu Wave nowadays... so chillax lah kan <--- (kwn sy ajar wktu blk summer hr tu -_-'')

Memang. Semua orang ada taste masing-masing dalam memilih hiburan kan?
And choosing Kpop as my source of entertainment was actually a very bad decision that I have made. Walaupun Alhamdulillah, saya berjaya hadapi-hadapi hari saya dengan baik. Its actually not something to be proud of. I really felt that I have strayed too far from Allah.

Deep down inside of me,
Saya rasa dengan saya menggilai dunia Kpop bagaikan satu dosa besar yang saya ingin tutup dan tak nak semua orang tahu pasal perkara ni. Biarlah saya dengan kejahilan ini. Biarlah saya dalam dunia saya sahaja. I have become ignorance. Orang lain, tolonglah janganlah ikut saya. Biarkan saya sendiri.

In the mean time, saya ingin berubah menjadi seorang muslim yang baik. Saya nak berubah.

But I have found it hard for me to be ignoring Kpop world.
[2.42] Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.

menyental kotoran jahiliyah di pakaian peribadi,

sentalannya perlu kekuatan, perlu sokongan, perlu berterusan,

walau lelah usah berhenti di tengah jalan,

sungguh Allah sebaik-baik pemberi bantuan.

Saya bukanlah seorang yang sangat baik dan alim. Realitinya, saya hanya seorang remaja yang masih terkulai-kulai dalam merealisasikan hakikat penciptaannya di muka bumi Allah ini. Jalan tarbyah saya masih lagi panjang. Penuh duri yang harus saya tanggalkan di pakaian keduniaan sebelum bertemu Tuhan di alam kemudian. 

Payah, sangat payah. Namun, Maha Suci Allah, segala pujian hanyalah untukNya.
Allah masih sayangkan kita. Dia sentiasa gerakkan hati-hati kita untuk kembali kepadaNya walaupun sering kita terkandas jauh dari jalanNya.

Dear Kpop Lovers,
Pernah tak terlintas dalam hati U guys tengah gelak-gelak bila tengok diorang punya variety shows, ( running man, 1D2N, incisible youth etc.etc) ataupun tengah fangirling over their music shows or concert (inkigayo,music core,super show suju, big show bigbang, nolja 2ne1 etc etc)..

Rasa kesian pada mereka?

Kesian.. mereka hanya hidup untuk dunia sahaja.

Kesian.. mereka hidup dalam kejahilan yang nyata, Hidayah Allah masih tidak sampai kepada mereka.

Kesian.. kalau depressed and no longer famous. Diorang akan bunuh diri.

Kesian sangat..

Saya rasa kesian, dan patutnya saya rasa lebih kesian pada diri sendiri. Sampaikan satu tahap, rasa sayang kat diorg ni, saya harap sangat suatu hari nanti, Allah akan berikan mereka hidayah untuk masuk dalam Islam. Kita ni dah dapat hidayah daripada Allah. Muslim dari kecil lagi, tapi hidup kita sama macam orang bukan muslim? Shame on us.

I am imagining one of the idols will finally found Islam and become a Moslem. It would be a shock to the world of KPOP. Ianya tak mustahil kan? Berapa ramai brothers and sisters revert to Islam kat Hollywood? Ramai kan..

Tetapi di Korea, Islam itu masih minoriti. Sangat sedikit Muslim di sana.

Saya sangat terkesan dengan video-video ni sebenarnya..



Have we really portray the best thing about Islam yet to them?

I know maybe ada antara U guys yang akan kata.. "Buat apa kecoh-kecoh pasal benda ni beb?!"
Hidayah Allah itu kan hak Allah. Kita memang tak ada kuasa untuk mengajak semua orang masuk Islam.

Tapi, tak pernah terlintas ke terfikir, untuk sebar kongsikan keindahan agama kita pada mereka yang bukan Islam? Pernah tak terfikir kita ni asbab non-Muslim tak nak masuk Islam?

and the least most simple thing that we can do beside doa is behaving like a true muslim. Tak perlu susah2 nak preach about Islam and so on. Just tunjukkan peribadi yang baik.

The misconception that we throw to them will just give them another image of our religion. Sebenarnya, kitalah yang bertanggungjawab. Kelak kita yang akan dipersoalkan.

"Ko cakap macam ko dah buat je kan dakwah2 ni kat orang bukan Islam lain"

Saya menulis atas dasar pengalaman yang saya ingin kongsikan. Saya sendiri masih rasa ragu atas usaha yang saya lakukan dalam menceritakan keindahan Islam kepada mereka. Adakah mereka jelas dengan apa yang saya katakan? Adakah terdetik walaupun sedikit dalam hati mereka tentang Islam ini? Saya tak tahu, dan saya rasa rugi kerana tak dapat tunjukkan sehabis baik saya.

I really have to write about this, and let it out from my chest.
Last summer, I went to Turki for 4 days before heading back to Malaysia after 2 years tak blk. Nak kata Allah itu Maha Merancang Segalanya, hari pertama kami di Istanbul, kami terjumpa seorang kakak Korea, namanya Minyoung di Aya Sofea (Hagia Sofea). Waktu tu kami dah penat berjalan, kami tengah duduk berehat. Tetapi datang Minyoung un-ni nak bergambar dengan kami. Mungkin sebab kami berpakaian lain daripada yang lain agaknya. Dia tertarik nak bercakap dengan kami.


Dia sebenarnya dah lama kat Turki, dah 2 minggu dia sampai tapi destinasi terakhir dia kat Istanbul. Dan di Istanbul, dia keseorangan sebab kawan-kawan Korea yang lain dah balik. Nak tak nak dia kena spend her last days alone. Kami ni pula, memang agak clueless nak berjalan bersendirian. Kami ajaklah dia jalan bersama. Oh yeah, she happened to be a fluent English speaker because she studied in Canada for about half year , jadi kami pun berkomunikasi dalam English.

Jadinya, kami pun berjalan sama-sama dalam Aya Sofea. Aya Sofea secara ringkasnya adalah sebuah tempat peninggalan sejarah yang menyaksikan Islam dan Kristian berkuasa di Turki. Di dalam Aya Sofea tergantung khat nama Allah subhanahu wa taala, Muhammad s.a.w dan para sahabat, Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman, Saidina Ali serta cucu baginda s.a.w,  Saidina Hassan dan Saidina Hussin.


Minyoung un-ni terus bertanya "I wonder what is actually written up there". Dan kami pun terangkan padanya satu persatu nama-nama agung tersebut. Kami ceritakanlah Allah itu nama tuhan kami. Allah is our God's name. Muhammad, the name of our last prophet. Those names Muhammad s.a.w great companions are Abu Bakr, Umar, Uthman, Ali and the name of Hassan and Hussin, Muhammad's dearest grandchildren. She was totally awed! 

Dia sangat kagum sebab kami boleh baca tulisan khat a.k.a Arabic words. Kami pun ceritalah padanya, "We are studying in Morocco in Islamic and Arabic studies". She nodded.

Tetiba dia bertanya lagi, Allah is your god. Where is he?

gulp

Berligar otak cari ayat yang betul dan sesuai nak jawab persoalannya. OhMyALLAH. Kami boleh jawab elok-elok tak ni? Bismillah. I answered, can you actually feel the wind, do you believe in oxygen?. She answered, "Yes, absolutely". I continued, "The same thing applied, we cant see our God, but we believe that He exist and he always see us and we always turn to Him."

Huh.. subhanallah.

She replied,"You really are a strong believer". Dia sambung bercerita, "Ibu bapa saya menganut agama Buddha, tetapi saya tak menganut apa-apa agama. Setiap kali saya dilanda musibah dan ujian, saya rasa sangat bersendirian, saya rasa tak de siapa yang boleh tolong saya. Saya hanya ada diri saya. Saya sentiasa rasa bahawa dalam setiap perkara, semuanya bergantung pada diri saya."

Di dalam hati saya, "Ya Allah, hidayah itu sesungguhnya milikMu sahaja". Kami teruskan berjalan ke Blue Mosque (Masjid Biru) pula. Berbual seperti biasa, sedikit sebanyak sejarah yang kami tahu, kami ceritakan kepada Minyoung un-ni. Dia rasa sangat seronok dapat berjalan dengan kami.

Kami rancang untuk berjalan sama-sama lagi untuk keesokan harinya pula. Dan ditakdirkan pula, kami tetap tak berjumpa walaupun sudah berjanji di tempat yang sama. Sampaikan saya pergi ke hotel Minyoung un-ni, rupanya dia memang dah keluar. Hari kedua berlalu dengan perasaan yang sangat-sangat kesal. Kenapa kami tak boleh datang awal untuk tunggu Minyoung un-ni.

Kami tetap berjalan ke Topkapi Palace dengan harapan dapat berjumpanya disana. Oh ALLAH, perasaan rasa bersalah tu lagi menebal bila dalam Istana tersebut terbentang segala macam sejarah Islam yang kami boleh ceritakan pada Minyoung un-ni!. Tapi dia tidak bersama dengan kami.


Hari ketiga pula, memang saya terus tekad nak berjumpa dengan Minyoung un-ni. Saya bangun awal dan terus ke hotel Minyoung un-ni. I went alone without my friends because they have another plan.

Dia sangat terkejut jumpa saya kat luar pintu biliknya. Dia tak basuh muka lagi waktu tu. hihi. Dia kata, "Puas saya tunggu kamu semua" saya jawab, "Kami pun tunggu awak..". Saya balas pula, "Hari ni saya nak berjalan dengan awak boleh?". Dia kata, "Ok.! saya memang dah rancang dengan kawan-kawan kat bilik saya nak naik cruise, jomlah ikut sekali". Dalam  hati saya, "mak aih, naik kapal ke?, takpelah, ikut je lah".


Rupanya, Minyoung un-ni kanselkan plannya dengan rakan-rakan bilik untuk berjalan dengan saya. Kami pun terus berjalan ke Dolmabahce Palace menaiki tramway. Sedang kami take turn masuk Istana Dolmabahce peninggalan Kamal Attartuk, ditakdirkan lagi oleh Allah, dua orang yang tunggu depan kami adalah korean. We greeted them, because Minyoung un-ni wanted to take picture of us. So she ask for their help. The mother and her daughter, Mrs Yuni and Jenny are heading the same places like us. Subhanallah!. Maka, berjalanlah kami berempat.


Surprisingly, they can speak in English very well. Yes! Memang bestlah. Kalau tak, mati kutulah saya tak faham apa-apa dan tak ada benda untuk diborakkan. Jenny pernah belajar kat US. She's participating in the exchange students programme so thats why she can speak well. While her parents own a radio station that was handled in English.


Minyoung un-ni berjalan ngan makcik Yuni. Dan saya pula berjalan dengan Jenny un-uni. Dia memang gila-gila. And for your information, mereka tak minat IDOLS at all. kekeke. And you can bet that almost 50% of my talk is about Kpop world. Sebelum berjumpa dengan Jenny un-ni, Minyoung un-ni dah agak terkejut sebab literally, I know better about Kpop Idols more than her. Sobs. Perlu dibanggakan ke? Then, bila dengan Jenny pula, dia pun not into Idols sangat. Tapi dia dengar je lagu-lagu idols tapi bukannya hardcore fan of any of them.


Alhamdulillah, I am being treated like their own race. Maybe because we are Asian(?). I dont know. But I can really talk about Islam and Muslim to them without being criticized and harmed. Jenny un-ni share her thoughts too about Palestine. Baginya, tak adil bagi orang Palestin diperlakukan sebegitu rupa.  Dari Dolmabahce Palace ke Rumeli Hisari dan ke Istiqlal Route, Galata Tower kami pulang ke hostel selepas berjalan seharian sampai ke malam sebab esoknya adalah hari terakhir saya di Turki.

Sebelum berpisah, Jenny un-ni dan makcik Yuni hadiahkan saya satu poket kecil berwarna kuning sebagai tanda ingatan. Semestinya sebelum berpisah kami bertukar emel. Sebak rasanya sebab dah takkan berjumpa lepas ni, walaupun, still connecting through the cyber world.

Pengalaman ini sememangnya sangat berharga bagi saya. Namun, sudahkah saya jalankan tanggungjawab saya dengan sebaiknya? Sekurang-kurangnya apabila ditanya di akhirat kelak, saya harap saya dapat jawab soalan daripada Allah tentang usaha saya mengajak non-Muslim kepada Islam. Sekurang-kurangnya saya telah cuba dan saya harap jawapan saya diterimaNya.

Semoga hidayah Allah sampai kepada mereka suatu hari nanti.

Dear readers,
Islam itu sangat indah, terlalu sempurna untuk kita tidak kongsikan pada yang lain. Kafir itu bukanlah satu kalimah yang keras. Maksud kafir itu adalah tertutup. Tertutup hati mereka daripada cahaya Islam. Tetapi lagi sayang, apabila kita sendiri yang mensia-siakan lagi hidayah yang Allah dah berikan pada kita.

Teguran ini buat diri saya sendiri sebenarnya,

Berapa banyak masa diluangkan membaca, mendengar, menghayati AlQuran daripada masa kita luangkan untuk baca Allkpop,Kpopsecrets, Soompi, tonton drama, dengar lagu-lagu KPOP.?

Berapa banyak kali kita menangis atas dosa-dosa kita dan teringat pasal mati berbanding kerap kalinya kita gelak ketawa tengok Invicible Youth, OhMySchool, Strong Heart.?

Berapa banyak pengetahuan kita tentang peribadi Rasulullah s.a.w, kenal tak kita tentang para sahabat dan sejarah Islam berbanding pengetahuan kita tentang profil GD, Yoseob, Leeteuk dan lain-lain.?

Kalau boleh stay up lambat sebab nak habiskan tengok cerita Secret Garden, BOF, All My Love kenapa kita tak nak stay up lambat untuk solat sunat?

Mereka (kpop idols) memang bersungguh-sungguh dalam mengejar impian mereka, but have we ever wondered, mcm mna susahnya para nabi dan sahabat dulu-dulu nak sebarkan agama. Lagi payah kot.

Jadikanlah, Nabi Muhammad satu-satunya idol kita.

Boleh menangis bila DBSK break up, Daesung kena blamed, depress bila GD kena accused tapi tak pernah concern tentang Palestin, tak pernah tahu pasal krisis di Syria tak pernah nak update.

Sedarkah kita tentang perjuangan remaja-remaja Islam di Palestin dan Mesir yang bangkit berjuang untuk agama dan negara berbanding 'perjuangan' remaja sekarang yang mahukan kemasyhuran, keseronokan berlebihan dengan dunia khayalan hiburan.

KPOP=JPOP=Hollywood=Mallywood=Hindustan= sama sahaja.

Semuanya kembali ke atas diri kita sebenarnya. Iman itu selalu naik dan turun. Kita hanya manusia biasa. Memang tak lari dari kesilapan tapi sejauh mana kita sanggup nak baiki kesilapan tu?

Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah, hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah. quote- RAIHAN,Mari Berhibur.


Berpada-padalah. Ustaz Don pun dulu-dulu waktu zaman mudanya dengar lagu Linkin Park. Siap beli album lagi taw. fuhh..tapi dia menjadi orang jugak. Kita?



Dear me, 

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.

s!b: i could never post this anywhere else beside my blog.

ambillah yang baik, buanglah yang buruk.


wallahu a'lam.

24 October 2011

Bangun..! Usah Bertangguh Lagi!

Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah

Berteleku sejuk sekujur badan di dalam selimut membalut diri. Sayup-sayup azan Isyak berkumandang dari luar tingkap kedengaran. Takbir laungan mengagungkan Ilahi mengajak manusia sujud kepada Yang Esa. Waktu itulah juga mata ini terasa berat yang amat. Hampir terkatup mata dihempap rasa mengantuk yang tetiba hadir tanpa diundang. Mulalah bisikan-bisikan itu mula kedengaran.

" Tidurlah sekejap, bangun waktu malam nanti je"

"Alah.. waktu Isyak kan panjang,.musim sejuk kan.. apa salahnya tidur bukannya tak sembahyang nanti"

Oh, lenanya dibuai bisikan itu. Dan.... 

"Ok husna!, bangunnnnnnnnnn" dilempar gebar yang berat ketepi.

"Syaitan memang nak ajak kau masuk neraka, sebab dia tak dapat masuk syurga. Jadi dia dengki dengan manusia dapat menikmati segala macam kenikmatan nanti. Tak payah ikut dia masuk neraka. Kau kan nak jumpa Allah.." Membebel keseorangan mengheret diri mengambil wudhuk.


Yusra di ruang tamu terkekek-kekek gelak. Lucu melihat perangai pelik sahabatnya itu. 

Aduhai diri.


Anda mesti pernah terasa begitu kan? Terasa sayup-sayup diri terbuai lalai dengan satu bisikan yang berjaya membuat kita ralit dengan niat sebenar.

Nak-nak lagi apabila menghadap Facebook bukan? Habis semua perkara tergendala.



Allah.. Lemah betul kita. Sewaktu mula semester baru, semangat pun wajiblah berkobar! Ok, sem kali ini wajib lebih baik daripada sebelumnya. Akan aku buktikan pada dunia! Dan lain-lain lagi. Tetapi akhirnya kita berada di takuk lama. Bertangguh setiap masa. Apa nak jadi ni manusia?



Sebenarnya tanpa kita sedari, Allah itu Maha Adil dalam setiap aturan yang ditetapkan. Sentiasa beri kita peluang dan masa untuk kembali kepadaNya. Bertangguh dan tergesa-gesa itu memang amat diminati syaitan sebab kita yang akan rugi. Tiga ayat yang ringkas tetapi amat besar maknanya telah dirakamkan Allah untuk menjadi pedoman kita semua. Surah Al-Asr. 








Sesungguhnya kita adalah orang-orang yang rugi. RUGI a.k.a LOSS.

Maha Agung Allah Yang Esa. Allah sangat sayangkan kita. Allah bersumpah atas masa. Allah mahukan manusia untuk jadi orang yang berjaya. Bagaimana? Dengan beriman kepadaNya dan melakukan amalan yang soleh. Tanpa melupakan tugas untuk sentiasa berpesan ke arah kebenaran dengan penuh kesabaran. Nah, usah bertangguh lagi nanti rugi.

Waktu itu adalah peluang yang Allah berikan untuk kita manfaatkan sebaiknya. Waktu lapang yang Allah berikan itu adalah nikmat untuk mengejar sesuatu yang lebih nikmat di kemudian harinya. Waktu di dunia itu adalah sebaik-baik nikmat yang Allah berikan untuk kita manfaatkan untuk akhirat. Bertaubatlah sebelum terlambat. Berubahlah sebelum terngadah.

Ayuh! Bangkitlah diri. Usah bertangguh lagi. 

Allah Maha Mengetahui setiap usaha yang kita lakukan ke arah keredhaanNya itu pasti dihitung dan diberi ganjaran yang setimpal. Mari berusaha mengejar redhaNya. Lihat dan amati kebesaran Tuhan dalam setiap perkara yang kita lakukan. Moga-moga kita dijauhkan menjadi manusia yang dalam kerugian. 







17 October 2011

Perkongsian sebuah Kehidupan


 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah


     Erti hidup itu pada memberi. Terkadang kita inginkan sesuatu perkara selalu mengikut kemahuan diri, tapi kita lupa ada sebahagian daripada milik kita itu perlu dikongsi. Selamanya takkan boleh kita hidup dalam bersendirian. Setiap milik kita sudah Allah takdirkan akan ada bahagiannya untuk perkongsian. Sememangnya payah pada mulanya untuk kita berlapang dada dalam membantu. Mulut berkata "tak mengapa", hati agak payah mengiyakan ikhlas pula. Pelik bukan? Kita mahu menolong dan ada niat untuk meringankan beban orang lain. Tetapi seakan ada bisikan halus yang akan menyelinap ke dalam diri dan akan membisikkan kata-kata yang akan melunturkan niat murni kita dalam menghulurkan bantuan. Ya, Encik Syaitan Laknatullah beserta konco-konconya yang lain takkan pernah berhenti menarik-narik keikhlasan hati kita dalam beribadah bertukar menjadi sesuatu yang sangat berbeza dari niat asalnya.

     "The world is not all about you. Always you have to take time and think about others too".

28 September 2011

The Dawah Show



 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah



They always inspired me to become a good Muslim day by day.
Thank You Allah for this Iman and Islam.
Alhamdulillah. :)

25 September 2011

Tudung


 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah




"Kak Siti - kak Siti, semua ustazah kat SMART pakai tudung macam ni taw sekarang" teruja sungguh kawan umiku menunjukkan tudung lycra berawning labuh. "Akak ambillah satu.." Dihulurkan tudung itu kepada umi dengan harapan Cikgu Biologi berspek mata dihadapannya akan memakai tudung itu nanti. 


Umi ada bercerita kepada ayah. Saya hanya memasang telinga. "Si Asmira tu tanya, Kak Siti tak pakai ke tudung yang saya bagi tu". Jawab umi sambil tersenyum, "Akak pakai waktu kat rumah je" 

**
Pagi tadi, sambil menggosok tudung bulat berwarna ungu milik umi, saya bertanya kepadanya "Umi pernah bosan tak pakai tudung ni". Umi sekadar geleng kepala. "Rasa bosan tu tak pernah..tapi.." Umi terhenti sebentar. "Umi rasa tak cantik ke?" saya mencelah. "Tak cantik macam orang lainlah"


Tetiba Umi bercerita lagi "Ada sorang ustaz kat sekolah Umi cakap kat umi, "Dalam banyak-banyak cikgu kat sekolah ni, Cikgu Siti sorang yang tak berubah-sama je macam dulu". "Kenapa? Isteri dia ustazah juga kat sekolah tu ya? Mesti ustazah tu pakai tudung fesyen zaman sekarang kan mi?" saya menduga. Umi mengangguk pula.



"Ayah memang tak bagi umi pakai tudung tu", sambung umi lagi.

24 September 2011

Dimanakah kita?



 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah


Sungguh di dalam kehidupan kita tidak pernah ada satu kebetulan, semuanya suratan yang sangat mempesonakan.

Sungguh mempesonakan sehingga kesan pahatan pengalaman yang diperoleh dalam perjalanan kehidupan itu, mampu kita kongsikan bersama yang lain dengan harapan supaya dapat dijadikan pedoman.

Setiap derap kaki yang kita atur menuju destinasi kerja mahupun belajar dikira langkahnya oleh dua peneman setia Raqib dan Atid. Kemana kita halakan kaki kita, segala perkara yang dilaksanakan kita dicatat dengan cermat tanpa pernah lepa. Itulah tugas mereka.

Namun, bukan semua yang dizahirkan itu dapat direkod ke dalam buku amal kita. Lintasan hati, cetusan rasa, bisikan rahsia, umpatan cerca, niat yang buruk mahupun mulia hanya Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar segalanya. Lantas bisiklah kata cinta kepadaNya, pintalah semahunya kepadaNya, adulah sepuasnya hanya kepadaNya. Kerana Dia yang paling setia. Maka, setialah kamu kepadaNya.

11 September 2011

Makruh


 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah


Perkara yang sama menjadi topik perbualan. Terkadang boleh jadi sangat membosankan. 
Seolah pemikiran remaja harus diletakkan "K" dan menjadi topik utama adalah usaha mencari pasangan. Serabut otak memikirkan. Menyesakkan. 
Allah sudah tentukan, mengapa perlu risau tak keruan?
Banyak lagi yang harus difikirkan di masa hadapan.


Percaya untuk Berjaya


 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah


Perkongsian oleh seorang sahabat dalam usrah pada hari ini. Percaya untuk Berjaya. 
Ramai manusia yang tidak berjaya apabila mereka tidak percaya yang mereka boleh berjaya. 


Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)



Itulah cara Rasulullah memotivasikan umat Islam sewaktu perang tersebut dengan menjanjikan sebuah kemenangan ke atas Kota Konstatinopel akan ditawan umat Islam pada suatu hari nanti. Akhirnya umat Islam menang jua Perang Khandaq tersebut motivasi daripada Rasulullah. 

04 September 2011

siapa gerangan diri nanti.


 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah


mencari gali potensi diri untuk digunakan sebaiknya,
biar berbeza haluan kita, namum matlamatnya tetap sama.


tanya sama diri, apa yang ingin aku jadi suatu hari nanti?


jangan terhenti setakat di dunia,
biar hasilnya kelak dapat dituai di akhirat sana..


selamat pulang ke kuliah buat semua.. :)

18 August 2011

tiada kebetulan..


 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah


Setiap perkara yang terjadi dalam hidup kita bukan sebuah kebetulan, 
tapi sebuah perancangan daripada tuhan. 


Allah sudah menetapkan segalanya indah mengikut aturanNya, 
terpulang kepada kita untuk menggali cari hikmah yang tertanam 
atau membiarkannya terkubur begitu sahaja.







05 July 2011

Outlandish


 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah


Just wana share my picks from Outlandish. They are underrated. 
But still some people notice their existence.


Outlandish - 2 muslims and 1 catholic - Look what we can achieve if we live in peace :D
Enough said.



10 June 2011

Saya Normal


 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah

Kehidupan dan cinta - Iluvislam



Melangkah ke alam 20-an sememangnya membawa insan bernama remaja untuk berfikir lebih jauh mengenai erti sebuah kehidupan. Terbentang dihadapannya seribu satu pilihan yang akan menentukan corak masa hadapan. Semuanya terletak di tangan masing-masing. Pilihan yang mana harus digarap terlebih dahulu. 

Pelajaran, perhubungan, percintaan, perkahwinan adalah topik-topik yang takkan pernah lari dalam perbualan remaja normal seperti saya. Sering saya berkongsi cerita dengan Ummi setiap kali berbual "Ummi, kak fatin dah kahwin!" jawapan yang diterima, "Belajar dululah kak..". Niat di hati sengaja saya mahu bercerita, namun respon yang diterima berbeza pula. Saya tahu, ummi mahu saya fokus dalam pelajaran terlebih dahulu. Usah bermain-main dengan perasaan. 

ummi saya berkaca mata.. ;)
Pernah saya bercerita lagi kepada Ummi, "Umi, semalam ada seorang kawan akak, dia YM dengan seorang kawan lelaki ni.. budak laki ni mulakan perbualan.. Salam sayang..pelik akak dibuatnya, macam bukan pelajar agama. Kalau tengah bercinta memang macam tu ya? "

09 June 2011

Lagi-lagi hak anak itu dinafikan


 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah


Lagi-lagi hak anak itu dinafikan. 
Kasihan. Kali ini dibuang, dicampak dari tingkat yang tinggi. Lalu jatuh terhempas di jalanan, terburai isi otak anak itu. Kelak di akhirat, anak itu akan menuntut kepadamu. 
Lagi-lagi hak anak itu dinafikan.

 Ingatlah gambaran Allah tentang Hari Kiamat dalam Surah At-Takweer. 




وإذا الموءدة سئلت * بأي ذنب قتلت 
[8]Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, -
[9]Dengan dosa apakah ia dibunuh?

Kezaliman apakah yang telah kau lakukan. Dirimu tidak ubah seperti orang Jahiliyah yang membunuh anak perempuannya selepas sahaja dilahirkan di dunia. Kerana ibunya malu mendapatkan seorang anak perempuan.

01 June 2011

Mereka boleh, Kita pun boleh!


 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah


"يلا بنات ، سأذهب الآن . أريد أن أبكي في الدار "
Kata saya sebelum berpisah dengan Saidah dan Fatihah. 




"لا تبكي يا حسنى ، سأقتلك إذا تبكين!"
Fatihah dan Saidah sama-sama beri amaran supaya saya jangan menangis.

14 May 2011

Saya tak nak ketinggalan.. :)

 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah


Assalamualaikum wbt buat semua,
Semalam, 9 Mei 2011 selesai sudah satu lagi rutin usrah kami dengan Kak Aini untuk minggu ini. T & T (tilawah dan tadabbur) pilihan adalah Surah As-Soff, muka surat 551. 
Bak kata seorang sahabat bernama Noraini, surah ini penuh dengan ruh. Benar, surah ini sangat penuh dengan teguran Allah buat hamba-hambanya. Tersirat asbab nuzul yang mengisahkan tentang golongan Muhajirin dan Ansar dalam mengejar pahala, kisah Nabi Musa  bersama pengikut baginda dan sebagainya.

Namun, ada satu ayat dalam surah ini yang sangat menarik perhatian kami. Sepertiga waktu dalam usrah semalam dihabiskan mengupas maksud tersirat melalui pemahaman kami dalam ayat keempat daripada Surah As-Sof.
Dah baca terjemahan ayat tersebut?
Berperang? Perlu ke kita keluar berperang? Kena pergi Palestin ke kalau macam tu?

Saya pasti ada di antara pembaca yang merasa gerun dengan ayat tersebut. 
Seolah-olah kita wajib menjadi tentera untuk membela agama.

Oh tidak sama sekali :)